Thursday, 9 February 2012

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN MY RAPID TRANSIT (MRT) KEPADA NEGARA

Projek My Rapid Transit (MRT) membabitkan pembinaan aliran rel penumpang elektrik yang bermula dari Sungai Buloh merentasi pusat bandar Kuala Lumpur ke Kajang sejauh 51 kilometer. Ia termasuk laluan terowong bawah tanah antara Jalan Semantan ke Maluri. Keseluruhan projek dijadualkan siap pada Julai 2017.

Projek MRT diwujudkan sebagai pilihan alternatif kepada LRT kerana ia mampu membawa lebih penumpang dan mampu membawa penumpang dengan lebih segera. Selain itu, Lembah Kelang kekurangan liputan pengangkutan awam berasaskan rel jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Lembah Kelang cuma mempunyai kurang dari 20km rel untuk setiap juta penduduk. Bandaraya yang berasaskan pengangkutan awam seperti Singapura, Hong Kong, dan London mempunyai lebih dari 40km rel untuk setiap juta penduduk. Projek MRT ini akan melonjakkan liputan sistem pengangkutan awam berasaskan rel di Lembah Kelang. MRT merupakan mod yang paling sesuai untuk mencapai tahap penggunaan

MRT Corporation (MRT Corp), pemilik serta pengendali My Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang, mula mengagihkan kontrak utama bagi pelaksanaan projek mega dianggarkan bernilai kira-kira RM50 bilion itu, apabila mengumumkan pemberian dua kontrak bernilai RM1.73 bilion.

Kontrak pertama ialah bagi pelaksanaan Pakej V5 membabitkan kerja membina dan menyiapkan laluan jejambat serta kerja berkaitan dari stesen Maluri Portal ke Plaza Phoenix bernilai RM974 juta, manakala yang kedua adalah Pakej V6 untuk membina dan menyiapkan jejambat serta kerja berkaitan dari stesen Plaza Phoenix ke Bandar Tun Hussein Onn bernilai RM764 juta.

Ketua Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid, berkata kedua-dua kontrak itu diberikan kepada kedua-dua syarikat itu selepas melalui proses penilaian ketat serta menyeluruh oleh Jawatankuasa Pemerolehan Sehenti (OSPC) yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Azhar berkata, pihaknya yakin pemberian kontrak utama itu akan membolehkan pelaksanaan projek MRT meraih momentum dan terus menyediakan manfaat positif kepada ekonomi. Ia juga, katanya sejajar Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menetapkan projek MRT sebagai pemangkin ekonomi utama Kuala Lumpur untuk mencapai Wawasan 2020. MRT penting untuk merealisasi target NKEA Greater Kuala Lumpur/Lembah Kelang, iaitu untuk mencapai tahap 20 teratas perkembangan ekonomi dan di antara tahap 20 teratas bandaraya terbaik untuk didiami menjelang 2020. Kejayaan bagi NKEA Greater KualaLumpur/Lembah Kelang akan memberi kesan terhadap NKEA yang lain.










Kita sedia maklum bahawa MRT dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Sehubungan itu, dengan adanya MRT, ia dapat menarik lebih banyak penumpang sehingga penggunaan kenderaan sendiri akan berkurangan di jalan raya. Secara tidak langsung, kesesakan lalu lintas dapat diminimumkan.

Selain itu, MRT yang bermutu tinggi turut memperkasakan industri pelancongan. Sistem pengangkutan yang canggih, selesa, mesra , bersih dan selamat dapat memberikan imej yang baik kepada pelancong ke negara kita. Tegasnya, pengusaha MRT perlu meningkatkan mutu perkhidmatan kerana perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti dapat mendorong industri pelancongan negara kita.

Sistem MRT yang baik dapat menjanakan pembangunan ekonomi negara. Tanpa disedari bahawa MRT  yang berkualiti dapat meningkatkan produktiviti negara. Hal ini demikian kerana pekerja dapat sampai di pejabat tanpa lewat dengan adanya sistem pengangkutan seperti MRT  yang menepati jadual waktu. Jika negara kita memiliki sistem pengangkutan yang canggih seperti MRT, pekerja dapat sampai di destinasi tempat kerja dengan cepat dan tepat pada masa. Nescaya, mereka lebih bersemangat dan memiliki daya produktiviti yang lebih tinggi. Daya pengeluaran yang tinggi dapat memangkinkan pembangunan ekonomi negara supaya negara kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju.

Tambahan pula, pembangunan MRT dapat meminimumkan pencemaran udara di negara kita. Kualiti udara negara kita semakin merosot sehingga negara kita dilanda jerebu. Salah satu faktor utama adalah kenderaan di jalan raya semakin banyak. Jika orang ramai menggunakan perkhidmatan MRT, kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan sehingga asap yang mengandungi toksik dapat dikurangkan terutama karbon monoksida, sulfur dioksida dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, MRT merupakan elemen yang penting untuk menjamin pembangunan negara kita. Sistem pengangkutan yang canggih dapat menjanakan pembangunan negara kita ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang dan yang paling penting MRT diwujudkan khas untuk rakyat. MRT memberi kemudahan dan kesenangan kepada rakyat. Bertepatan dengan slogan 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

12 comments:

Amira Nashwa said...

Terima kasih atas info di atas. Kami dapat membuat kertas 3 sejarah kami dengan info anda. Ribuan terima kasih sekali lagi kami ucapkan.

#1.2SQD

Anonymous said...

Thanks 4 the info!!!
I used this for my Sejarah folio.

Anonymous said...

Tq i used this for my PT3 Sejarah 2017

Anonymous said...

please follow my insta @muiz_keluang.man

Anonymous said...

nama saya jep

Anonymous said...

yaashwanth smelly

Anonymous said...

please follow my insta @iqraiman

Anonymous said...

please follow me @yaashwth

Anonymous said...

yaashwanth is cool

Anonymous said...

@iqraiman is a victim which is part of the missing MH370 flight

Anonymous said...

sup bradah and sistar

Anonymous said...

fack off

Post a Comment