Tuesday, 3 April 2012

SEWA MAHAL DI KOMPLEKS BELIA – KERAJAAN SELANGOR

Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah gagal mengiktiraf sumbangan Majlis Belia Selangor (MBS) apabila mengenakan kadar sewa mahal untuk majlis itu beroperasi di Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, Shah Alam.
Noh Omar mengatakan MBS ialah sebuah pertubuhan sukarela dan tidak mempunyai sumber kewangan banyak untuk membayar kadar sewa yang tinggi. Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor amat rakus, tamak dan mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata dari segi kewangan.

Kerajaan Selangor seolah-olah tidak mengiktiraf MBS memandangkan MBS yang memperjuangkan pembinaan kompleks ini ketika pemerintahan terdahulu untuk mengumpulkan pentadbiran belia di seluruh Selangor. Tindakan syarikat pengurusan MSNS Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Selangor yang menaikkan kadar sewa sehingga 300 peratus bagi premisnya di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor adalah tidak patut.

Timbalan Presiden MBS Badrul Hisham Badrudin berkata MSNS menghantar surat pada awal tahun ini memaklumkan menaikkan kadar sewa daripada RM1,977 sebulan kepada RM5,280 berkuat kuasa Januari. Sejak 2001, katanya MBS tidak perlu membayar sewa bagi premis di tingkat empat dan lima.

Kerajaan negeri Selangor juga telah mengenepikan peranan yang dimainkan MBS dalam menubuhkan satu lagi badan belia dikenali Penggerak Belia Negeri Selangor. Spatutnya Kerajaan Selangor mempereratkan hubungan pertubuhan-pertubuhan belia.

"Sebab itulah BN (Barisan Nasional) membuat kompleks ini dan tidak mengenakan apa-apa sewa terhadap pertubuhan belia seperti MBS ketika itu untuk duduk di dalam kompleks kerana hendak memberikan pembelaan terhadap kaum belia".


 




No comments:

Post a Comment