Tuesday, 6 November 2012

Asal-usul Isyarat 'R' Yang Nik Aziz Buat

 
 
Maksud "Crossed Fingers" yang adalh isyarat tangan yang digunakan oleh agama Kristian bagi memohon perlindungan kepada Tuhan mereka, selain itu isyarat "Crossed Fingers" tersebut bermakna memohon doa dan keberkatan supaya mendapat nasib yang baik. Cara mereka memohon doa sangatlah berbeza dengan agama Islam yang menadah tangan memohon kepada Allah. Adakah kita sebagai orang Islam harus menggunakan isyarat tangan yang sama sebagai memohon perlindungan dari Yang Maha Kuasa? Tidakkah dengan cara itu orang mengikut isyarat tangan itu sedikit demi sedikit telah terpesong kearah kesesatan dan membelakangkan agama Islam?

Isyarat "Crossed Fingers" juga adalah sejarah yang telah digunakan oleh orang beragama Kristian dalam usaha untuk membenarkan orang-orang yang beriman mengenali antara satu sama lain apabila mereka ditimpa kecelakaan.


Disamping itu, penganut agama Kristian terutamanya kanak-kanak menggunakan isyarat "Crossed Fingers" supaya memberitahu bahawa mereka adalah suci dari dosa-dosa dan penggunaan "Crossed Fingers" ini dalam kepercayaan Kristian bahawa kuasa Salib Kristian mungkin akan menyelamatkan mereka daripada dihantar ke neraka. Tidakkah perkara ini munafiq kepada umat Islam yang menggunakannya?


Asalnya isyarat "Crossed Fingers" ini diceritakan berlaku pada awal pagi Jumaat dimana seorang Kristian menunjukkan isyarat ini untuk memohon kuasa yang ada kaitan dengan salib Kristian bagi memohon perlindungan apabila berhadapan dengan kejahatan. Selain itu, semasa mereka ditindas oleh orang-orang Rom, mereka menggunakan isyarat "Crossed Fingers" beramai-ramai dalam usaha untuk mengenali satu sama lain dan berkumpul di satu tempat untuk beribadat menolak kejahatan.


Dalam sejarah lain, maksud "Crossed Fingers" ini pada abad ke-16 di England, mereka memebuat isyarat "Crossed Fingers" bagi menangkis kejahatan. Dalam budaya pop pula, isyarat "Crossed Fingers" ini bermaksud tanda sumpah menandakan bahawa dia tidak berbohong dan pernyataan dia adalah benar belaka. Jika tidak, sumpahan dan janji adalah tidak sah.


Dalam diam sebenarnya mereka yang sering menunjukkan tanda isyarat begini adalah penyokong kepada agama Kristian. Tidakkah mereka sedar atau sengaja buat-buat tak sedar. Jangan leka kerana nafsu sendiri dan agama diketepikan. Sedikit demi sedikit tanpa sedar kufur kepada Allah. Hal agama tidak boleh dibuat main-main.

No comments:

Post a Comment