Monday, 31 December 2012

DULU ZUL ARIFFIN TUMPANG POPULARITI OSTAJAH ABBY ABADI, KINI BERALIH KE GAYATRI PULA



Pelakon sasa Zul Ariffin mengaku sedang jalin hubungan cinta dengan penerbit filem dari Tayangan Unggul, Gayatri Su Lin Pillai. Ada yang kata Zu menghimpit wanita itu untuk mendapat peluang berlakon.


 Apalagi, kenalah Zul, sampai ada yang menuduh dia sengaja menghimpit wanita yang ada kepentingan untuk menaikkan namanya. Semua tu komen dari peminat-peminat. 

Kisah hubungannya dengan  Ostajah Abby Abadi dulu juga diungkit kembali apabila ada komentar mengatakan Zul menghimpit Abby semasa nama Abby kecoh gara-gara masalah keretakan rumah tangga dengan Norman Hakim. Kerana namanya dikaitkan dengan  Ostajah Abby, tiba tiba saja Zul jadi perhatian walaupun sebelum itu tiada orang hiraukan dia.


Bila sekarang ini Zul mengaku sedang melalui alam cinta dengan Gayatri, ada pula yang kata dia sedang berusaha mendapatkan job berlakon di bawah produksi yang ada kaitan dengan Gayatri.


Kalau hati dah terpikat nak buat macam mana kan. Itulah kata orang cinta itu buta. Walaupun Gayatri lebih berusia berbanding Zul, tapi ia bukanlah satu halangan buat mereka meneruskan hubungan.

Sepatutnya peminat doakanlah hubungan mereka menjadi, janganlah pula mudah mengkritik tanpa tahu hujung pangkal. Peminat hiburan hari ini tak macam dulu dah, mereka lebih cenderung mengkritik, apatah lagi dengan pelbagai laman sosial yang ada kini, mereka meluahkan apa sahaja sehingga menimbulkan aib artis.

No comments:

Post a Comment