Thursday, 29 August 2013

#Syiah Dalang Kebanyakan Pengeboman Di #Thailand

Sebastian Phiu Admin: Syiah disyaki menjadi dalang ke atas kebanyakan kejadian letupan yang berlaku di Thailand berikutan tangkapan dua pengikut Syiah yang cuba mengebom diplomat Israel.

Jika benar mereka ingin sekali membunuh orang Israel, kenapa sampai sekarang mereka tidak menyerang Israel. Jika dua orang Syiah ini boleh datang ke Thailand dan cuba memgebom diplomat Israel, kenapa mereka tidak pergi sahaja ke Israel sana dan mengebom orang Israel di sana?

Semua orang Islam benci dengan Israel. Puak Syiah mengambil kesempatan di atas sentimen ini cuba mengebom diplomat Israel supaya kelihatan ianya dilakukan oleh umat Islam Thailand yang semestinya adalah Ahli Sunnah waljamaah dan sudah semestinya pasti akan berlaku tindakan susulan daripada pihak yang bertentangan. Yang menjadi mangsa sudah tentulah umat Islam Sunni Thailand jika pengeboman itu berlaku.

Merujuk kepada laporan berita cubaan mengebom juga dilakukan di kedutaan Israel di India dan Georgia. Ketiga-tiga negara ini merupakan negara yang mempunyai peratusan umat Islam yang sedikit dan tertindas selain bergolak. Kesempatan ini diambil oleh puak Syiah supaya tekanan ke atas umat Islam Sunni di negara-negara seperti ini terus meningkat.

Perkara ini sangat membimbangkan jika ianya berlaku di Malaysia. Lihat sahaja parti PAS yang sedia menerima SYIAH dan lihat sahaja apabila mereka berdemonstrasi pasti akan berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi baru-baru ni PAs menolak SYIAH namun mohon pihak berkuasa serius menangani isu SYIAH ini dari akar umbi bak kata pepatah jangan sampai sudah terhantuk baru nak teradah.

No comments:

Post a Comment