Thursday, 31 October 2013

Mahfuz Bimbang Dipecat Jika #PAS Kalah Di Sungai Limau. #PRKSGlimau #BN #beraniberhijrah

Selain dari calon yang bertanding, rupanya ada lagi orang yang risau sekiranya

PasGAGAL mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau. Melalui maklumat yang

diterima pagi ini, antara yang paling pening kepala sekiranya Pas kalah ialah

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana, kegagalan Pas mempertahankan kubu kuat mereka akan menjadi satu

tamparan hebat buat Mahfuz yang sebelum ini bersungguh-sungguh melobi untuk

jawatan Pesuruhjaya.

Malah mengikut sumber dalaman, antara yang mahu memastikan parti itu kalah ialah

bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas, Negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. Ini

kerana Phahrolrazi yang sebelum ini bersekongkol dengan Mahfuz untuk menjatuhkan

Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak kecewa apabila dengan tindakan ahli

Parlimen Pokok Sena itu yang dikatakan mengkhianati dirinya.

Phahrolrazi sebelum ini, dikatakan turut mengidamkan jawatan sebagai Pesuruhjaya

Negeri merasakan tertipu dengan gerakan licik yang dimainkan oleh Mahfuz. Atas

sebab itu, Phahrolrazi merasakan PRK Sungai Limau adalah merupakan kesempatan

terbaik untuk meminta Pas pusat merombak kembali kepimpinan negeri.

Di saat jentera Pas sedang berhempas pulas memperhebatkan jentera kempen,

kumpulan Phahrolrazi dikatakan sedang sibuk mengerakkan jentera mensabotaj parti

dari dalam.

Malah atas sebab itu juga, Mahfuz sanggup menggunakan pendekatan untuk menipu

pengundi bagi menarik sokongan. Sebagai contoh, pada permulaan kempen jentera

Mahfuz telah menggunakan gambar ‘superimposed’ untuk berbohong kononnya

calon Pas rapat dan sering mengadakan perjumpaan dengan Ustaz Azizan.

Seterusnya dia kantoi menipu lagi apabila cuba menggunakan bapa kepada Menteri di

Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Jamil Khir Baharom kononnya mendoakan agar

BN/Umno kalah di Sungai Limau. Namun apabila diperiksa semula, nyata ia hanyalah

propaganda kempen untuk menarik simpati pengundi.

Dan yang terbaru, Mahfuz jelas terdesak apabila cuba menipu dengan menggunakan

isu susu tamat tempoh untuk menipu rakyat yang kononnya diberikan oleh jentera BN/

Umno di Pusat Daerah Mengundi Sungai Dedap. Namun setelah diteliti, aduan tersebut

rupanya dicipta oleh kakitangan Harakahdaily.

Dengan pelbagai siri pendedahan pembohongan Mahfuz ini, sudah cukup membuktikan

betapa jentera parti itu yang semakin terdesak.

Kesimpulannya, Mahfuz akhirnya sedar tindakannya untuk melobi jawatan Pesuruhjaya

tanpa mendapat sokongan para pemimpin negeri bakal merosakkan imejnya sekali gus

merosakkan peluangnya untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden Pas.

Inilah yang dinamakan, kehidupan ini ibarat roda yang berpusing. Nampaknya semua

gerakan jahat yang pernah dilakukannya untuk menyingkirkan Ustaz Azizan suatu

ketika dahulu mula memakan diri. Bak kata pepatah bangkai gajah masakan boleh

ditutup. Ini kerana lambat atau cepat, semua kejahatan yang pernah dilakukan pasti

akan diketahui juga.

Pesanan kepada Mahfuz, bersedialah untuk dipecat sekiranya GAGAL

mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau.

No comments:

Post a Comment