Monday, 28 October 2013

#PakatanRepublik jadikan #GST sebagai Sentimen Kebencian Rakyat. #Bajet2014

Sejurus selepas pengumuman bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Perdana

Menteri Jumaat lalu, pembangkang mula menjadi isu Cukai Barang dan

Perkhidmatan atauGood And Service Tax (GST) sebagai isu yang cuba

digunakan untuk terus menanamkan sentimen kebencian rakyat. Mereka mengatakan

kononnya kerajaan BN/Umno sengaja mahu menindas membebankan rakyat dengan

mewujudkan pelbagai cukai baru.

Mereka cuba memainkan isu secara berterusan untuk memastikan rakyat dapat

menghadam sekali gus menerima semua tohmahan ini tersebut dan menganggap ia

sebagai perkara yang betul. Itulah resam pembangkang, mereka akan cuba menjadikan

semua isu untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan.

Sedangkan secara realiti ia adalah sebaliknya. Pada yang masih kabur dan samar,

GST adalah merupakan cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah

pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan,

termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Malah kadar GST yang dicadangkan pada 4% itu juga sebenarnya lebih rendah dari

kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada

masa sekarang.

Dengan pelaksanaan GST, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam

sistem percukaian sedia ada. Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya kita membeli

minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah membayar dua kali cukai,

yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Dalam sistem GST ini, pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan

adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah

bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Atau dalam bahasa mudah, bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan

miskin, sebanyak RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan

dikenakan pada 4%, beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17

sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.

Sebagai contoh pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan

sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan

harian mereka. Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan

di dalam invois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.

Malah sekiranya dibuat kadar GST yang ditetapkan ini merupakan yang terendah

dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Laos

mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar 7

peratus.

Dan buat kali yang kedua, Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang juga turut

membentangkan bajet alternatif, sehari sebelum pembentangan bajet kerajaan. Ia

antara lainnya bertujuan untuk menunjukkan kononnya pakatan pembangkang lebih

hebat mengurus tadbir ekonomi negara berbanding kerajaan.

Namun apa yang jelas, bajet tersebut  memperlihatkan kelemahan mereka di sana

sini. Paling ketara apabila Anwar gagal menjelaskan sumber kewangan yang akan

digunakan dalam semua perancangan tersebut.

Malah negeri yang ditadbir oleh mereka juga jelas tidak menguna pakai semua

perancangan yang pernah dibentangkan di dalam bajet alternatif 2013 mereka.

Tidak cukup dengan itu, Anwar selaku penasihat negeri Selangor juga turut mengakui,

pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor lemah kerana gagal mengurus tadbir sumber

kewangan negeri. Itu belum diambil kira Guan Eng di Penang yang langsung tidak

mengunapakai semua perancangan yang dibentangkan oleh Anwar.

Atau dalam bahasa mudah, bajet alternatif Anwar telah ‘dibakul sampahkan’ oleh Lim

Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Ini realiti sebenar pembangkang, mereka hanya tahu

merancangkan dan menjanjikan ‘bulan dan bintang’ buat rakyat. Namun apabila tiba

untuk perlaksanaan, ia pasti gagal sekali gus meletakkan ekonomi rakyat terjejas.

Mungkin ada baiknya, pembangkang mengimport penasihat-penasihat mereka

sebelum membentangkan bajet alternatif seperti Dr Pornthip Rojanasunand dan

SenatorNick Xenophon

Kesimpulannya pengunaan GST ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan satu

sistem percukaian secara menyeluruh dan saksama agar dapat dimanfaatkan oleh

seluruh rakyat Malaysia. Dengan cara ini, selain memperkasakan ekonomi negara agar

dapat ia juga dapat meringankan beban rakyat

No comments:

Post a Comment