Wednesday, 30 October 2013

Pencapaian #ekonomi negara konsisten


Malaysia menduduki tangga ke dua di kalangan 26 negara bagi kategori sumber dan ekonomi berdaya maju dalam senarai terkini indeks Kad Skor Kesalinghubungan 2013.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian negara lebih baik berbanding negara ASEAN lain, termasuk Thailand (13), Vietnam (14). Filipina (18) dan Indonesia (20) dan Singapura pula mengikut kategori ekonomi berinovasi.

Malaysia menjadi negara dengan pencapaian konsisten apabila kekal di antara tiga negara terbaik untuk tempoh beberapa tahun

Indeks Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) global yang pertama seumpamanya itu mengukur amalan infrastruktur, termasuk tahap pencapaian yang diguna pakai pada peringkat kerajaan, bisnes dan penggunaan di kalangan pengguna untuk meningkatkan kemakmuran sosial dan ekonomi atau dikenali sebagai penebusan jalur lebar berguna.

Pencapaian seiring revolusi global masa kini untuk mengubah gaya hidup rakyat selepas melalui revolusi pertanian dan industri itu meletakkan internet sebagai landasan global untuk komunikasi perdagangan dan ekspresi individu, selain menyokong bidang penting seperti kesihatan dan pendidikan.

Dalam bidang pendidikan misalnya, projek 1BestariNet menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menggabungkan akses kelajuan tinggi 4G untuk pembelajaran di kelas, sekali gus menjadikan Malaysia negara pertama di dunia melengkapkan komuniti pendidikan dengan jaringan tunggal yang memenuhi aspek pembelajaran dan pengajaran.

Menerusi Program Transformasi Ekonomi, kerajaan meletakkan sasaran untuk rakyat menikmati potensi gaya hidup digital sepenuhnya di mana sehingga September lalu, kadar penembusan jalur lebar mencapai 67.2 peratus serta kewujudan Pusat Pertukaran Internet Malaysia (MyIX) untuk meningkatkan kelajuan akses internet membabitkan kos RM28 juta.

Penyempurnaan projek ini bakal membuka lebaran baru kepada industri perkhidmatan internet di negara ini dan mewujudkan situasi menang-menang kepada V Telecoms dan kerajaan.

No comments:

Post a Comment