Saturday, 30 November 2013

Loke Kena Bayar RM70,000 @anthonyloke @cmlimguaneng @jeff4msia


Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak dengan kos saman fitnah RM5 juta oleh Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke terhadap dua pemimpin MCA negeri atas dakwaan fitnah, Februari tahun lalu.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban membayar RM35,000 kepada kedua-dua defendan iaitu Setiausaha MCA negeri, Datuk Lim Fui Ming dan Timbalannya, Jason Lee Kee Chong.

Terdahulu, Loke selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan dalam akhbar Guang Ming pada 24 Februari tahun lalu.

Beliau mendakwa kedua-dua defendan memfitnah dirinya dengan menuduh plaintif tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri kerana tidak membantu abangnya yang dibebani hutang.

Berikutan itu, Loke menuntut RM3 juta sebagai ganti rugi am, RM2 juta untuk ganti rugi teladan dan satu perintah menghalang defendan mengulangi dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, Zabariah berkata, walaupun kandungan artikel berkenaan adalah fitnah kepada Loke, namun plaintif gagal membuktikan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat kedua-dua defendan.

Mahkamah juga menolak dakwaan plaintif yang mendakwa defendan berkomplot untuk memfitnahnya, sedangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan berhubung artikel berkenaan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memerintahkan Loke membayar kos keseluruhan sebanyak RM70,000 kepada kedua-dua defendan.

#Macai Ditipu Lagi: #Malaysia Tiada Risiko Bankrap @rafiziramli @n_izzah @papagomo @NajibRazak @mymassa


JK kasihan sungguh dengan  macai PR. Dulu dibrainwash tentang ekonomi Malaysia yang dikatanya akan muflis atau bankrap. Hari ini Rafizi Ramli tampil menyatakan bahawa negara kita tiada masalah kewangan pula!! Lagi sekali JK nak cakap, kesian dan penat jadi macai PR. Dikencing berkali-kali!

Kedudukan kewangan negara yang stabil tidak memungkinkan berlaku bankrap walaupun pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikatakan sebagai ‘cukai ajaib’ bagi mengelakkan negara muflis.

Ketua Penyelidikan, Perundingan Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Shazali Abu Mansor bagaimanapun berkata, dengan pelaksanaan GST ianya dapat membantu kewangan negara.

“Dengan pelaksanaan GST, pungutan cukai lebih sistematik dan memberikan penambahan kepada kewangan negara.

“Pelaksanaan GST tiada kaitan dengan bankrap kerana ia perkara berbeza, sepatutnya kerajaan lebih awal memperkenalkan GST kerana cukai ini mampu menampung perbelanjaan negara,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, walaupun Malaysia mempunyai sumber pendapatan lain, namun pelaksanaan GST akan lebih memantapkan ekonomi negara.

“Dengan GST ini akan dapat mengelakkan orang yang tidak mahu bayar cukai dapat melepaskan diri. Jadi selepas ini, kalau mereka beli barang, mahu atau tidak sudah pun dikenakan cukai.

“Selagi orang membeli sesuatu barangan mahal, bermakna cukainya akan berterusan, ia dijamin untuk kelangsungan kewangan kita, ia merupakan satu sumber ekonomi yang kuat berbanding cukai lain,” katanya.

Dalam pada itu, katanya dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara yang semakin bertambah memungkinkan kerajaan menurunkan cukai lain dan duti import.

“Apabila pelaksanaannya GST, pendapatan negara mungkin akan meningkat lebih kurang 20 hingga 30 bilion, jadi daripada situ pengurangan benda lain dapat dilakukan.

“Walaupun negara kita ada sumber minyak, kelapa sawit, pelaburan, tapi ia bukan boleh dikategorikan untuk jangka masa panjang, tapi dengan GST ia akan berterusan,” kata beliau.

Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan pembangkang yang mahu kerajaan menghapuskan rasuah dan pembaziran bagi mengelakkan rakyat dikenakan cukai, beliau menyifatkan perkara itu sebenarnya perlu seiring.

“Rasuah, penyelewengan semua kita boleh tutup, tapi cukai ini perlu diteruskan sebab ia merupakan sebahagian sumber pendapatan.

“Jangan jadikan perkara tersebut sebagai alasan untuk tidak mengenakan cukai. Jika pendapatan negara bertambah, rakyat juga yang akan terima bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” katanya.

Friday, 29 November 2013

Tahniah #Johor:Sekolah Agama Pertama di Penjara @khalednordin @mymassa @NajibRazak



KEBERANGKATAN tiba Duli Yang Amat Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar merasmikan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Penjara Kluang, Johor memeriahkan suasana sepi di tembok penjara berkenaan, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Abdul Rahim Al-Hafiz, Datuk Obet Tawil dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim.

Turut hadir, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Komisioner Jeneral Penjara Datuk Sri Zulkifli Omar, Pengarah Jabatan Agama Johor Datuk Abd Razak Hassan, Pengarah Jabatan Agama Johor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Mufti Negeri Johor, Datuk M. Tahrir Datuk Kiyai Samsuddin.

Ketika berucap di majlis berkenaan Ahmad Zahid bagi pihak Kerajaan Persekutuan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Sultan Johor yang sudi hadir mencemar Duli berangkat hadir ke Majlis Perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Di Penjara Kluang, Johor pada hari yang berbahagia itu.

Menurutnya, keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Ibrahim melambangkan kesungguhan dan sokongan serta menambahkan lagi serinya majlis.

“Patik juga menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tuanku memperkenan pengampunan lapan orang banduan pada tahun 2012.

“Atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku telah memberikan impak yang positif dari segi pembangunan pemulihan banduan, “katanya.

Beliau juga menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Selepas memohon perkenan Tuanku Sultan Johor untuk berucap kepada tetamu jemputan yang hadir beliau berkata, sejarah sekian lama melakarkan bahawa Negeri Johor sememangnya sebuah negeri yang aman makmur, tidak hairanlah rakyatnya dari dulu sehingga kini, adalah rakyat yang begitu yakin diri, berpandangan jauh, tinggi ilmunya, baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi, dan pada masa yang sama kekal dan bangga dengan budaya dan asal-usulnya.

Edisi Hipokrit: @Khalid_Ibrahim Tetap Naik Gaji Walau Ada Bantah @hannahyeoh @rafiziramli @mymassa @NajibRazak



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji seperti yang dibentangkannya semalam akan diteruskan sekali gus mencadangkan, sesiapa yang tidak bersetuju supaya "mendermakan" lebihan gaji tersebut.

Menurutnya, kata sepakat telah dicapai oleh kedua-dua Adun PR dan BN berhubung kenaikan gaji itu.

"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan.

"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya dipetik sebuah portal hari ini apabila diajukan sama ada pertimbangan akan dibuat ekoran bantahan yang diterima.

Abdul khalid semalam membentangkan di dalam Dewan berhubung kenaikan gaji itu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua Adun ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013 dibacakan.

Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Susulan itu, kenaikan gaji tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada Umno-BN, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi.

Terbaru, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor, Mohamed Azmin Ali turut menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri ini agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

JK: Macam ni nak perintah negara? Lingkup sebab pemimpin penuhkan poket sendiri!

Kenaikan Gaji 373 Peratus, Hadiah Kerajaan PKR Selangor Buat Rakyat @Khalid_Ibrahim @papagomo @rafiziramli @n_izzah

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti ‘Pakatan Harapan Rakyat’, ‘Demi Kesejahteraan Rakyat’, ‘Kerajaan Rakyat’ dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.

Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan, kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat. Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan ‘janji manis’ dan ‘sandiwara’ mereka khususnya rakyat di Selangor.

Namun di sebalik perkataan rakyat itu, majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013. Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang semalam yang kemudiannya diluluskan.

Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Paling menarik, minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat, adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam.

Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan. 

Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya. Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil, Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor, apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan ‘gula-gula’ berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.

Menurut rakan-rakan di Selangor, kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.

Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik.

"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya.

Malah ekoran kritikan itu juga, ramai merasakan ia adalah merupakan ‘signal’ agar Khalid segera meletakkan jawatan, sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya, Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.

Umum mengetahui, bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah ‘merajuk’ untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar. Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila ‘pergelutan’tersebut berjaya diselesaikan secara ‘kompromi’.

Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.

Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal berakhir tidak lama lagi, maka Khalid terpaksa mengunakan ‘gear 3’ dengan mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji. Sekiranya umpan ini berjaya, Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Apa pun ia hanyalah ‘cakap-cakap’ politik, sama ada benar atau tidak hanya Allah, Anwar, Azmin dan Khalid sahaja yang tahu.



Berbalik kepada isu asal, sekiranya kita membuat perbandingan secara rational, rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil. Namun kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua ahli-ahli parlimen.

Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI.

Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang berjumlah RM20,250.00 sebulan.

Kesimpulannya, terserahlah kepada rakyat khususnya pengundi di Selangor bagi menilai kewajaran kenaikan gaji yang mendadak ini. Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi Rakyat seperti yang didakwa, atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan kerajaan pakatan di Selangor?

Thursday, 28 November 2013

Pembangkang Kata Rakyat Menderita,Tapi Gaji MB #Sgor Naik Pulak! @n_izzah @king_jason_ori @erapasca #bangangabadi


Baru beberapa hari lepas, tersebar gambar ini di media sosial Pro Pembangkang. Baru nak tulis artikel pasal benda ni tetiba ada berita gaji MB Selangor naik seganda, nampak gayanya boleh tunjuk kat MB SELANGOR benda ni kot.

Mana tahu gaji rakyat negeri Selangor termasuk pekerja SWASTA dapat naik gaji? Rakyat Selangor semakin selesa. Gaji RM4000 pun masih ada baki RM 2000 lagi di bawah pentadbiran negeri Selangor.

Caj terhadap tol, kenaikan cukai pintu di Selangor semua memberi keselesaan di pentadbiran negeri Selangor. Jalan pun semakin selesa terutama di Shah Alam ni. Memang tak ada lubang pun!

Ohh ya. Negeri lain kena tiru cara Negeri Selangor mentadbir negeri. Hebat!

Edisi Biarlah Gambar Berbicara @Khalid_Ibrahim @hannahyeoh @NajibRazak @MuhyiddinYassin


JK: Kata macai "Tak mengapalah! Yang penting di Selangor 20 meter padu air percuma!" Macai bangang abadi!!

Khalid Samad diperintah bayar Hasan Ali ganti rugi RM300,000 @KhalidSamad @drhasanali @mymassa



Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Pada 31 Oktober lalu, mahkamah tersebut memutuskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam satu sidang akhbar pada 24 Februari tahun lalu bukanlah satu pembelaan terhadap isu 'pemimpin parasit' yang ditimbulkan oleh Hasan.

Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang akhbar itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.

Dalam prosiding hari ini, Hasan diwakili peguam Hasnal Rezua Merican manakala Khalid diwakili peguam, Azhana Mohd. Khairudin.

Selain menetapkan ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM100,000, Hakim Yaacob turut menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dikenakan ke atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh.



Kaji Undang-Undang Hina Institusi Raja @nsurendrann @SivarasaRasiah @ustazfathulbari



Jabatan Peguam Negara sedang mempertimbangkan undang-undang baru bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang menghina institusi Raja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata tindakan melampau sesetengah individu yang bertindak sedemikian wajar dikenakan hukuman lebih berat.

Kita sedang mengkaji perkara itu secara terperinci dan kami akan tentukan sama ada undang-undang khas untuk kesalahan menghina Raja perlu digubal atau sebaliknya.

Saya juga bimbang kerana perbuatan menghina institusi Raja semakin berleluasa dan orang ramai seolah-olah tidak menghormati organisasi dibentuk Perlembagaan, katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM), Datuk Khairul Anwar Rahmat, mencadangkan hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah menghina institusi Raja.

Wednesday, 27 November 2013

Edisi Merakyatkan Ekonomi #Selangor:Tahniah Gaji MB @Khalid_Ibrahim & ADUN Naik 100%! @cmlimguaneng @faekah_qkn5 @NajibRazak @mymassa


JK ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim yang telah berjaya melebarkan poket sendiri dan juga para ADUN yang suka menyampaikan ucapan retorik kononnya menjaga kebajikan rakyat Selangor. Hasilnya? Pada hari ini, Ahli Dewan telah sebulat suara meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 yang mana gaji-gaji mereka telah diselaraskan dan ditingkatkan lebih 100%.

Gaji Menteri Besar Selangor yang berjumlah RM14,175.15 meningkat kepada RM29,250 iaitu pada kadar 106.4% sejak kali terakhir dinaikkan pada tahun 2005.

Manakala Speaker Dewan daripada RM6,109.29 naik 268% kepada RM22,500, Timbalan Speaker pula RM3,327.5 kepada RM15,750. Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), pendapatan RM6,109.29 kepada RM20,250, peningkatan sebanyak 231%.

Makan hati lah rakyat yang bersusah payah mengundi kerana dapat MB dan ADUN serta EXCO suka tidur, memekak dan dapat naik gaji lebih 100%. 



JK: Dengar2 dekat Pulau Pinang pula CM Lim Guan Eng tengah sibuk tukar kereta baru untuk beliau dan konco-konco beliau termasuklah si kucing kurap tu. Upgrade kereta tak nak kalah, Camry juga lah! Akhirnya rakyat juga yang merana!



Untuk Memahami GST- Apa Yang Perlu Anda Tahu?


GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. GST mula dilaksanakan di negara Perancis seawal tahun 1950an. Kini lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya.

KENAPA GST DIPERKENALKAN

Ia merupakan suatu sistem percukaian yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan CJP. Antara faedah GST adalah : 

Mengurangkan Kos Perniagaan : Di bawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun dengan GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.

Meningkatkan Pematuhan : CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan. 

Mengurangkan Karenah Birokrasi : Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.

Memberi Kesaksamaan : Kadar GST dikenakan sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

Menjadikan Harga Lebih Berpatutan Kepada Pengguna : GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.

Menjamin Ketelusan : GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

KADAR DAN THRESHOLD GST

- Kadar GST : 6%
- Threshold GST : RM 500,000
( Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM 500,000 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftran secara sukarela adalah digalakkan)

JENIS BARANG / PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST

Bagi tujuan sosio - ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya seperti : 
- Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak
- Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
- Jual beli tanah pertanian
- Pendidikan
- Pengangkutan awam
- Perkhidmatan Kesihatan


Sebarang pertanyaan sila hubungi

1300-888-500
03-8882 2111
www.gst.customs.gov.my
emel : gst@customs.gov.my
faks: 03-7806 7599


Pelaksanaan Gaji Minimum Bendung Hutang Isi Rumah @NajibRazak @mymassa



Pembaharuan pasaran tenaga kerja menerusi pelaksanaan gaji minimum akan menjadi kunci kepada usaha membendung paras hutang isi rumah yang kini kirakira 83 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata antara punca utama paras hutang isi rumah yang tinggi ketika ini adalah disebabkan tenaga kerja tidak menerima gaji yang setimpal dengan daya produktiviti mereka. 

“Sebelum ini, kita mahukan isi rumah yang menyumbang sebahagian besar kepada permintaan domestik supaya bekerja dengan lebih keras (untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara), dan mereka sudah melakukannya dengan baik. 

“Kita dapati pasaran tenaga kerja di Malaysia sudah bekerja keras, namun tidak diberikan upah atau gaji yang sepadan dengan usaha yang sudah dilakukan. 

“Berikutan itu, mereka perlu membayar harganya iaitu dalam bentuk hutang dan jalan penyelesaian kepada masalah ini akan menjadi satu isu jangka panjang,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Tinjauan Ekonomi Nasional (NEOC) di Kuala Lumpur, semalam. 

Beliau sebelum itu menyampaikan pembentangan bertajuk Tinjauan Ekonomi Malaysia 2014-2015 pada hari pertama forum berlangsung selama dua hari itu. 

Laksana gaji minimum Zakariah berkata, usaha kerajaan untuk melaksanakan gaji minimum adalah satu bentuk pembaharuan pasaran tenaga kerja untuk menuju kepada satu peringkat pembayaran upah yang boleh dikaitkan dengan produktiviti. 
Katanya, pelaksanaan sepenuhnya dasar gaji minimum membolehkan negara bergerak ke arah sedemikian, namun matlamatnya akan dapat dicapai dalam tempoh yang lebih lama. 

“Tahun ini, dasar gaji minimum sudah mula dilaksanakan namun ada beberapa perkara yang membabitkan pelaksanaannya masih belum berjalan lancar. 

Maka diharapkan Kementerian Sumber Manusia akan lebih bertekad memperbaikinya pada tahun depan,” katanya. 

Setelah ditangguh dan diberi kelonggaran sejak Januari tahun ini, dasar gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari tahun depan. 

Penuhi permintaan syarikat 

Perintah Gaji Minimum 2012 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013, dengan kadarnya dikaji setiap dua tahun. 

Ia bagaimanapun ditangguh bagi memenuhi permintaan 400 syarikat agar tarikhnya ditunda kepada 31 Disember 2013. 

Pelaksanaan dasar gaji minimum itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April tahun lalu dan diwartakan pada 16 Julai. 

Mengulas lanjut, Zakariah berkata impak pelaksanaan gaji minimum sukar untuk dinilai dalam tempoh terdekat kerana ini adalah kali pertama negara melaksanakan dasar berkenaan pada skala nasional yang menyebabkan golongan majikan serta pekerja belum membiasakan diri dengannya. 

“Kita perlu bersikap lebih pragmatik dalam hal ini dan memberikan ruang kepada mereka supaya lebih bersedia. 

“Tahun pertama pelaksanaan pasti akan ada masalah dan ia akan diperbaiki pada tahun berikutnya, malah dasar juga disemak setiap dua tahun sekali,” katanya.

#Singapura Perlu Buktikan Jika Tidak Intip Malaysia



Singapura perlu mengemukakan bukti dan maklumat yang jelas sekiranya dakwaan negara itu terlibat dalam kegiatan pengintipan terhadap Malaysia tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius terhadap dakwaan itu kerana Singapura adalah jiran terdekat dan mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia.

"Apapun maklumat yang kita dapati, yang berkaitan dengan soal espionage yang disebutkan oleh siapapun yang ada kaitan dengan negara kita sesuatu yang kita tidak pandang ringan.

"Kalau Singapura berkata itu tidak berlaku ia harus memberi kita maklumat untuk menafikan dan bukti yang menunjukkan hal itu tidak benar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Latih Amal Krisis Siber Negara 2013 (X-Maya 5) di sini hari ini.

Beliau berkata, dakwaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan hubungan baik yang terjalin antara Singapura dan Malaysia sejak sekian lama.

"Benar atau tidak (dakwaan) siasatan perlu dibuat.

"Sama ada ia berasas atau tidak itu adalah satu yang perlu diteliti, dikaji dan diambil perhatian. Tapi kita memandang serius hal-hal dan tuduhan-tuduhan seperti itu," kata Muhyiddin.

Timbalan perdana menteri berkata, beliau menyerahkan kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk mengendalikan perkara terbabit.

Semalam, dalam kenyataan media Kementerian Luar akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura hari ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip Malaysia.

Tuesday, 26 November 2013

KDN Naikkan Kadar Denda Hilang MyKad @Zahid_Hamidi @NajibRazak @mymassa


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan terhadap kehilangan MyKad.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata arahan itu dikeluarkan berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini yang disifatkan sebagai serius dan tiada kompromi. 

#KWSP Raih Pendapatan RM10.11b @mymassa @NajibRazak



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meraih pendapatan pelaburan RM10.11 bilion dalam suku ketiga berakhir 30 September lalu, meningkat 44 peratus daripada RM7.02 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. 

Berikutan pencapaian itu, pendapatan pelaburan terkumpul yang diraih pengurus dana pencen itu bagi tempoh sembilan bulan tahun ini ialah RM24.87 bilion, iaitu 10.9 peratus lebih tinggi daripada RM22.42 bilion pada tempoh sama tahun lalu. 

Pada suku pertama lalu, KWSP mengumumkan pendapatan pelaburan RM5.6 bilion. Pendapatan pelaburannya pada suku kedua pula ialah RM9.16 bilion. 

Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pencapaian kukuh yang dicatatkan pada suku ketiga itu didorong terutama oleh pengukuhan pasaran ekuiti tempatan dan luar negara serta peningkatan ketara jumlah dagangan. 

Beliau berkata, KWSP juga menerima manfaat daripada bayaran dividen lebih tinggi daripada syarikat senaraian awam yang dilaburnya berikutan pencapaian mereka yang kukuh. 

Dalam tempoh suku dikaji, pelaburan dalam ekuiti terus menyumbang pendapatan lebih tinggi kepada KWSP, iaitu sebanyak RM5.71 bilion, naik RM3.37 bilion berbanding RM2.34 bilion dalam tempoh sama pada 2012. 

Pendapatan pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur pula naik kepada RM429.16 juta berbanding RM54.62 juta pada suku ketiga 2012, meneruskan pertumbuhan kukuh yang dijana segmen itu sejak suku pertama tahun ini. 
Shahril Ridza berkata, pendapatan lebih tinggi daripada pelaburan dalam ekuiti itu membantu mengimbangi penurunan pendapatan daripada pelaburan dalam pinjaman dan bon yang berjumlah RM2.28 bilion, lebih rendah berbanding RM3.06 bilion pada suku ketiga 2012. 

Penurunan itu, katanya sejajar dengan kemerosotan dalam hasil bagi bon dan pinjaman matang yang dilaburkan semula dan pendapatan tinggi yang diperoleh pada suku ketiga 2012 berikutan urus niaga sekali saja yang tidak berulang pada suku ketiga 2013.

Shahidan: #Pas Perlu Akui Kejayaan #SPR @nikabdulaziz



Baru handle 1000 pengundi dah buat salah dan kelam kabut (sama macam CEC DAP) ada hati nak kutuk SPR. Itulah resmi PAS. Semakin hari semakin bongkak. Namun, Allah memang bayar cash sekarang ini lagi-lagi pada yang suka guna agama untuk kepentingan sendiri!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu pihak Pas mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam PRU13 lalu.

Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar Pas yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

"Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa Pas dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya," katanya.

Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.

"Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya," katanya.

Sementara itu, Shahidan turut menegur pihak media dan blogger yang banyak menyebarkan pembohongan oleh pihak pembangkang namun tidak melaporkan fakta dan bukti yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

"Segala pembohongan dan kenyataan tidak berasas oleh pembangkang dianggap berita namun apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan berasaskan fakta dan bukti yang jelas, tiada pihak yang melaporkannya," katanya.

Shahidan mahu semua pihak terutama media yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat serta perbahasan yang berlangsung di Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya melakukan "check and balance" dalam laporan mereka.

"Kita lihat sekarang pemberitaan di Parlimen kini hanya mengambil kira pendapat seorang atau dua ahli parlimen sahaja dan itu sudah cukup bagi mereka menyatakan ia adalah pendapat semua ahli parlimen," katanya.

Menurut Shahidan lagi, keadaaan ini amat bahaya kerana ia boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan panik di kalangan rakyat yang mungkin keliru dengan laporan yang tidak lengkap atau tidak tepat itu.

Monday, 25 November 2013

Ops Cantas Khas Trafik: 251,273 Kena Waran Tangkap @PDRMsia @mymassa @NajibRazak







The Ops Cantas Khas Trafik crackdown has already begun going ‘door to door’ to round up habitual traffic offenders in #IPOH. #MalaysianDrivers

The operation commenced in Ipoh and saw traffic policemen going “door to door” to bring in motorists with more than two warrants of arrests and more than 15 unsettled summonses.

The first operation was conducted between 3pm and 6pm on Thurs­day.

Nationwide operations, which will see the police stopping motorist­s at roadblocks, will commence next week.

“We are targeting the habitual offenders first,” Acting Federal Traffic chief Senior Asst Comm Mohd Fuad Abd Latiff told The Star yesterday.

He advised the public not to be alarmed as the habitual offenders would still be given a chance to settle the summonses despite being picked up.

“The objective of the operation is to get the offenders to pay up,” he stressed.

SAC Mohd Fuad said the police had prepared the warrants of arrest for 251,000 traffic offenders.

“We are going ahead with roadblocks mounted nationwide to arrest errant vehicle users from next week.

“After being arrested at a roadblock, the motorist will be brought to the police station and if he or she refuses to pay the summons, the person will be released on police bail with one surety,” he said, adding that the police would then apply for a new court date for the individual to either challenge the case or plead for a lower fine.

He said all preparations ahead of starting the roadblocks had been completed.

“We want to ensure that all state police contingents will be ready to carry out the operations successfully,” he said.

Asked about public complaints over difficulties in checking summonses on the official police online portal, SAC Mohd Fuad said there were many alternatives to do so, including through www.myeg.com.my,www.rilek.com.my, post offices and at Maybank ATMs.

“The public can check at selected shopping malls or go straight to any traffic police counter. They can even check at the Road Transport Depart­ment branches,” he said.

It was previously reported that the number of traffic offenders had been growing each year and along with that the number of motorists who were ignoring their summonses.

In 2008, traffic police went after 96,000 vehicle users with unsettled summonses under Ops Warta VII but as of now, the figure had shot up to more than 1.7 million.

Unable to go after all of them at once, police are targeting over 251,000 errant motorists, heavy vehicle drivers and motorcyclists in the first stage of Ops Cantas Khas Trafik.

Notices are being sent out to the offenders, warning them that warrants of arrest have been issued. At the same time, expired warrants are being renewed.

Pemandu Peribadi @n_izzah Ditahan Atas Tuduhan Rogol!! @rafiziramli @papagomo



Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telegon bimbit, passport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

JK: Dari bapa majikan, majikan sampai ke cacai semuanya ada masalah moral!

Edisi Melayu Dihina Di #PulauPinang @cmlimguaneng @Jeff4Malaysia


JK nak cakap satu je. Macam ni lah jadinya jika Melayu PAS dan PKR bagi muka dekat bangsa pendatang! Melayu diherdik dan dicerca di bumi sendiri! Kadang-kadang padan muka juga ya. Kalau tak bangun dari tido yang alpa ni tak taulah JK ye.

Lawatan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun ke pasar awam Jelutong di sini pagi semalam bertukar kecoh apabila 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ia gara-gara rasa tidak puas hati lelaki berkenaan terhadap kenyataan Jeff Ooi sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan gelaran kucing kurap (small fry).

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Jeff Ooi yang sedang memberi taklimat kepada beberapa wartawan yang mengikuti lawatannya mengenai masalah peniaga tanpa lesen sebelum didatangi kakitangan MPPP itu bersama isterinya.

Mohd Rofi Osman bersama isterinya, Aminah Abdullah pada mulanya hanya mendengar taklimat yang disampaikan Jeff Ooi namun apabila wartawan memintanya mengulas isu gelaran kucing kurap secara tiba-tiba Mohd Rofi 'naik angin' dan mendesak supaya ahli parlimen itu menarik balik kenyataannya itu.

Jeff Ooi dan beberapa pengikutnya kemudian terus meninggalkan kumpulan wartawan dan beredar dari pasar berkenaan.

Mohd Rofi yang berkhidmat di Bahagian Kesihatan Vektor MPPP berkata, Jeff Ooi tidak sepatutnya mengherdik kakitangan MPPP dengan memberi gambaran dan gelaran sedemikian.

Beliau berkata, gelaran kucing kurap adalah keterlaluan dan menjatuhkan maruah penjawat awam sekali gus menonjolkan sifat sebenar ahli parlimen berkenaan yang kurang ajar.

"Kita mahu Jeff Ooi tarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui semua media di negara ini. Siapa dia untuk memberi gambaran sedemikian terhadap penjawat awam?

"Lupakah dia bahawa ada dalam kalangan 'kucing kurap' ini yang membantu memenuhi impiannya untuk menjadi ahli parlimen,"katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Pada 20 November lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Jeff Ooi membidas tindakan MPPP yang bertindak menghantar pegawai berpangkat rendah untuk satu sidang akhbar bersamanya di Pasar Jelutong.

Akhbar itu juga melaporkan, Jeff Ooi turut menggambarkan pegawai yang hadir itu sebagai kucing kurap kerana tidak bersedia dan tidak menyediakan perangkaan mengenai aduan penjaja di pasar itu.

Mohd Rofi berkata, akan terus menjejaki Jeff Ooi ke mana sahaja programnya di sekitar kawasan ini bagi menuntutnya menarik balik kenyataan itu.

"Sepatutnya sebagai ahli parlimen, dia bertindak lebih profesional. Cuba bayangkan kalau sehari tiada pekerja MPPP, bolehkan dia tidur dengan lena?

"Baru menjadi ahli parlimen sudah berani menghina penjawat awam, bagaimana pula agaknya nanti selepas mereka berjaya menawan Putrajaya?" katanya.

Sementara itu, Aminah menggesa Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail supaya tampil mempertahankan maruah kakitangannya.

Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia berkata,sebagai ketua kepada semua kakitangan MPPP, Patahiyah perlu segera tampil mempertahankan maruah kakitangannya dan bukan berdiam diri apabila kredibiliti warga MPPP dipijak oleh orang lain.

"Kita juga mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengambil tindakan ke atas Jeff Ooi kerana jika berdiam diri, ia seolah-olah menunjukkan Setiausaha Agung DAP itu senada dengan Ahli Parlimen Jelutong ini," katanya.

Ultra Kiasu Musuh Islam Sebenar - @MohdRidhuanTee #DAP #PAS


SAYA sudah berkali-kali mengingatkan Pas, berhati-hati dengan parti ultra kiasu. Ultra kiasu musuh Islam. Tetapi Pas terus bersangka baik.

Alasannya, parti ultra kiasu sudah sudah lembut dengan Islam.

Buktinya, ultra kiasu sudah berani membawa bendera Pas dan berkempen untuk Pas dalam pilihan raya.

Saya yakin pimpinan Pas tahu, ultra kiasu amat licik dan berstrategi.

Ultra kiasu hanya mahukan undi Pas untuk memerintah beberapa negeri yang bilangan mereka agak ramai, seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak, serta tidak mustahil Melaka dan Negeri Sembilan selepas ini.

Ultra kiasu sedar, mereka tidak akan menang tanpa sokongan Pas. Untuk memenuhi cita-cita jahat itu. Maka, terpaksalah ultra kiasu bermuka-muka bekerjasama dengan Pas. Meskipun dasar perjuangan keduanya sangat berbeza. Satu mahukan Islam, satu lagi amat menentang Islam.

Kajian demi kajian telah membuktikan, bahawa ultra kiasu bukan sahaja anti Islam, tetapi anti apa jua pertubuhan atau perkara berkaitan Islam. Sebab itu, mereka menyokong LGBT walaupun Islam dan agama mereka sendiri mengharamkannya. Kerana tidak mahu dikaitkan dengan Islam, maka matlamat menghalalkan cara.

Terus terang, sebenarnya ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap keislaman Pas. Pas yang terlalu perasan. Berdasarkan kajian, sebenarnya, ultra kiasu lebih mempercayai keislaman UMNO yang disangka lebih terbuka berbanding Islam Pas yang lebih ortodoks.

Hari ini ultra kiasu telah beralih kepada PKR kerana mereka tidak boleh jalan dengan cara UMNO. Itupun ultra kiasu cukup berhati-hati kerana mereka tahu, kebanyakan ahli PKR adalah juga bekas ahli UMNO.
Perangai UMNO masih ada dalam PKR. Cuma saya pelik, kenapa Pas boleh terpengaruh?

Menurut Nasruddin (2006), ultra kiasu terpaksa menerima UMNO atas dasar UMNO adalah ‘syaitan yang dikenali’ atau ‘the lesser of two evils’ berbanding Pas. Melalui temubual dengan Setiausaha Kerja DAP pada ketika itu, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras), ultra kiasu terpaksa bersama UMNO walaupun UMNO adalah sebuah parti yang korup dan rasuah. Jika diberikan pilihan antara korupsi UMNO dengan Negara Islam Pas, maka ultra kiasu akan memilih korupsi daripada negara Islam. Apakah Pas tidak membaca kajian tesis ini?

Lihat cara ultra kiasu mengadaptasikan dirinya. Dahulu, mereka langsung tidak boleh bersemuka dengan Pas, kerana Pas mahu negara Islam. Ultra kiasu tahu, tanpa sokongan Pas mereka tidak boleh memerintah negeri-negeri tertentu. Lantaran, ultra kiasu mengubah strategi. Namun, tetap kekal dengan pendirian menentang Islam. Inilah kelicikan ultra kiasu.

Saya tidak fikir Pas tidak tahu. Saban hari, kenyataan-kenyataan pimpinan mereka amat mengguriskan hati kita. Tetapi kerana terlalu benci dan berdendam dengan UMNO, Pas sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu, meskipun mereka tahu niat busuk ultra kiasu.

Sedarlah wahai Pas, jika dahulu strategi ultra kiasu hanya mahukan ekonomi atau bisnes sahaja. Hari ini tidak lagi. Mereka mahu kedua-duanya sekali, bisnes dan kuasa. Dengan ada kuasa, ultra kiasu boleh buat apa sahaja, seperti mana kejayaan Yahudi. Mereka tahu dengan kuasa dan wang, umat Islam boleh dibeli. Akibatnya, umat Islam kampung tergadai, hidup merempat.

Bila UMNO mahu menghulurkan tangan, Pas bersangka buruk dengan mengatakan itu adalah perangkap. Kenapa dengan mereka yang jelas menentang Islam, itu bukan perangkap?

Kenapa kita begitu naïf? Pada saya, jikapun benar UMNO belot terhadap Pas atau Pas belot dengan UMNO, kuasa masih lagi di tangan umat Islam.
Busuk-busuk umat Islam, kita tetap bersaudara.

Jika tidak ada pilihan, saya lebih rela duduk di bawah pemerintah UMNO yang ‘zalim’ (jika benar dakwaan Pas) daripada duduk di bawah kafir harbi yang menjadi musuh Islam dan itulah ultra kiasu.

Pas mesti berhati-hati dengan mudarat yang lebih besar yang bakal menimpa. Saya hanya akan bersangka baik, jika ultra kiasu menerima Islam. Jika mereka terus anti Islam, maka selama-lamanya ultra kiasu adalah musuh saya.

Saya tidak peduli apa jua bentuk serangan dilakukan ke atas peribadi saya. Tindakan itu tidak akan mematikan semangat saya untuk mendedahkan kemerbahayaan mereka terhadap Islam.
Terbaharu, ultra kiasu sedaya upaya mahu mematikan karektor saya.

Banyak bahan rahsia universiti yang tidak boleh dibawa keluar, telah dibawa keluar dengan sengaja oleh profesor tali barut mereka di tempat saya bekerja dan diberikan kepada ultra kiasu di luar sana untuk disensasikan.

Beberapa laporan polis saya dibuat sebelum ini. Siasatan rapi masih belum dijalankan oleh pihak polis. Laporan polis akan menyusul lagi selepas ini. Saya mohon pihak polis serius. Dari segi undang-undang, saya tidak dapat bertindak lebih jauh selagi orang yang membocorkan bahan rahsia ini tidak disiasat. Jangan anggap saya diam, saya terima sahaja apa yang dilakukan. Perjuangan tidak pernah selesai selagi yang menjadi musuh Islam terus mahu matikan karektor saya.


JK: Tak paham kenapa macai pr melayu tak suka sama Dr Ridhuan ni..sebagai seorang muallaf berbangsa Tionghua sudah pasti beliau lebih mengenali bangsa dan perangai bangsa beliau sendiri! Kadang-kadang JK rasa beliau lebih mengenali Melayu Islam itu sendiri!

Friday, 22 November 2013

Ambil Pengajaran Daripada 39 Bakal Kena Tindakan! #Audit2013 @NajibRazak @mymassa @papagomo @n_izzah


Para penjawat awam perlu mengambil pengajaran daripada tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka yang didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, peraturan yang telah ditetapkan tidak boleh dipandang ringan.

"Walaupun kita hendak cepat tapi kita perlu ikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri program Semarakkan Transformasi Perkhidmatan Awam di Kementerian Kerja Raya.

Mohamad Zabidi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan seramai 39 penjawat awam termasuk pesara yang bakal berdepan tindakan jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Semalam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.

Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, kata Ali.

Pada majlis itu, Mohamad Zabidi menerangkan mengenai kerangka kerja transformasi Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengandungi lima teras utama iaitu modal insan, organisasi, penyampaian perkhidmatan, jalinan kerjasama dan penglibatan serta nilai- nilai murni.

Sebelum ini program berkenaan diadakan di Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan.

7 PEGAWAI KERAJAAN YANG LAKUKAN KESALAHAN DAN KECUAIAN SEPERTI LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA, BAKAL DIKENAKAN HUKUMAN BERAT!! @papagomo @n_izzah @mymassa


Kerajaan akan mengenakan hukuman berat ke atas tujuh pegawainya yang didapati terlibat melakukan kesalahan dan kecuaian seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Parlimen bulan lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata,kesemua pegawai terbabit bakal dikenakan tindakan tatatertib selepas pihaknya meneliti sebanyak 24 kes yang diberi keutamaan.

Beliau berkata, daripada kes yang disiasat itu juga sebanyak 30 pegawai diberi surat tunjuk sebab bagi mendapatkan penjelasan ke atas penglibatan mereka dalam kes berkenaan.

"Sehingga 30 Oktober siasatan mendapati sembilan pegawai tidak terlibat manakala sembilan pesara akan diminta memberi surat penjelasan untuk melihat sejauh mana penglibatan atau kecuaian mereka.

"Jika siasatan lanjut mendapati mereka bertanggungjawab ke atas ketidakaturan berkenaan tindakan sivil atau jenayah akan diambil ke atas mereka, bergantung kepada jenis kecuaian atau pelanggaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan susulan yang diambil ke atas Laporan Ketua Audit Negara 2012 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Menurut Ali, sebanyak 13 jawatankuasa siasatan telah dibentuk untuk menyiasat 24 kes dengan melibatkan penentuan jenis dan punca ketidakaturan, jenis pelanggaran sama ada melibatkan perbuatan jenayah atau pelanggaran tatatertib.

Selain itu, katanya, turut disiasat adalah bentuk penambahbaikan kelemahan sistem urus tadbir jika ketidakaturan itu tidak melibatkan sebarang bentuk pelanggaran.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan memandang serius terhadap setiap teguran dalam laporan tersebut dan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat sebanyak 319 teguran yang dibuat.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 81 teguran melibatkan perkhidmatan awam Persekutuan, 21 teguran bagi badan berkanun dan 217 di negeri.

JK: So, tang mana laporan audit tu salah UMNO? Pegawai kerajaan yang tak amanah dan tak semua pegawai kerajaan sokong BN pun!

@NajibRazak Umum 4 Lantikan Anggota MT Tambahan #UMNO @mymassa


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan pelantikan empat anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tambahan iaitu dua daripada pergerakan Wanita dan masing-masing seorang daripada sayap Pemuda serta Puteri.

Najib berkata mereka ialah Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

"Kita ada kuasa untuk melantik 13 orang anggota MT tambahan, dua daripada Wanita, seorang daripada Pemuda dan Puteri, jadi baki lagi sembilan orang akan diumumkan pada awal minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat pertama MT selepas proses pemilihan parti bulan lepas.

"MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini," katanya.

"Kehadiran mereka tidak akan menyekat peluang untuk lantikan tambahan sembilan orang lagi anggota MT," katanya.

Najib berkata MT juga mengesahkan untuk meneruskan khidmat penyandang jawatan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan.

Najib turut mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menerima sebarang cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan proses pemilihan parti yang pertama kali diadakan bulan lepas selepas pindaan perlembagaan parti itu pada 2009.

Beliau berkata cadangan yang diterima akan dikaji tanpa mengorbankan konsep fundamental iaitu pemilihan yang dilakukan oleh bilangan yang ramai kerana ia merupakan satu prinsip yang amat baik untuk diteruskan dan diterima oleh anggota parti.

"Ini menunjukkan bahawa Umno mempunyai iltizam politik untuk melakukan transformasi pada parti supaya parti kita merupakan parti yang lebih progresif mengikut tuntutan perubahan masa," katanya.

Selain itu, kata Najib, MT juga memutuskan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Bantahan yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Azmi Khalid berikutan pelbagai aduan diterima mengenai perjalanan pemilihan yang dibuat di peringkat bahagian khususnya pemilihan sayap-sayap.

"Jawatankuasa khas ini akan melaporkan aduan kepada Jawatankuasa Pengurusan yang telah diturunkan mandat kepada MT untuk membuat keputusan muktamad tentang kes-kes bantahan yang telah diterima," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata sebanyak 172 bantahan diterima berkenaan pemilihan parti itu termasuk isu disiplin.

"Apabila timbul soal disiplin, kita kena rujuk pada Jawatankuasa Disiplin dan kemudian yang lain itu berkaitan dengan proses pemilihan akan diteliti oleh Jawatankuasa Bantahan dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan yang akhirnya akan membuat keputusan tentang kes-kes yang telah diajukan ini," katanya.

Ditanya sama ada keputusan yang akan dibuat berkaitan bantahan-bantahan itu akan menjejaskan keputusan pemilihan parti sebelum ini, beliau berkata ia tidak akan berlaku kerana keputusan pemilihan itu telah disahkan Jawatankuasa Pemilihan dan diumumkan presiden parti.

"Tetapi kes-kes tertentu di mana mungkin perlu ada pemilihan semula, ada beberapa kes-kes yang tertentu itu kita akan telitilah dan akan kita putuskan dalam tempoh sebelum perhimpunan," katanya.

Najib turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan pasukannya yang bekerja keras dalam menjayakan pemilihan Umno baru-baru ini.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib berkata ia akan berlangsung dari 2 hingga 7 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Perhimpunan itu akan dimulakan dengan forum antarabangsa pada 2 dan 3 Disember; taklimat presiden dan perasmian persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 3 Disember; persidangan ketiga-tiga sayap pada 4 Disember dan perhimpunan Agung pada 5 hingga 7 Disember, katanya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri yang baharu seperti berikut:

Perlis : Datuk Seri Shahidan Kassim (Pengerusi)
: Azlan Man (Timbalan Pengerusi)

Kedah : Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Pulau Pinang : Datuk Zainal Abidin Osman
: Datuk Reezal Merican Naina Merican

Perak : Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor : Datuk Seri Noh Omar
: Abdul Syukur Idrus

Wilayah Persekutuan : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Negeri Sembilan : Datuk Seri Mohamad Hasan
: Datuk Hasan Malek

Melaka : Datuk Idris Haron
: Datuk Abd Ghafar Atan

Johor : Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
: Datuk Abdul Latif Ahmad

Pahang : Datuk Seri Adnan Yaakob
: Datuk Mohd Sharkar Shamsudin

Terengganu : Datuk Seri Ahmad Said
: Datuk Jailani Johari

Kelantan : Datuk Seri Mustapa Mohamed
: Datuk Noor Zahidi Omar

Sabah : Datuk Seri Musa Aman
: Datuk Seri Salleh Said Keruak

Sempena #MuktamarPAS: Tiada Alasan Untuk PAS Menangguh #Hudud @hdaily09 @nikabdulaziz @hajihusammusa @


Sempena dengan Muktamar PAS ni, JK nak tanyalah pada ularmak-ularmak PAS tentang tarikh pelaksanaan hudud. Ye lah, Mahkamah Syarie dan Sultan Kelantan pun dah bersetuju dan tandatangan enakmen tersebut namun sehingga kini pemimpin PAS masih membisu. Adalah dua tiga orang puak erdogan dalam PAS yang spin ke arah kerajaan persekutuan namun umum mengetahui bahawa kuasa pelaksanaan hudud terletak pada kerajaan negeri. Biasalah kan, sapa tak kenal erdogan PAS yang sanggup melacurkan agama sendiri demi perjuangan bersama DAP.

Kita tonton video ini dan lihat sendiri tentang pelaksanaan hudud dari segi perundangan dan mengapa JK menganggap pelaksanaannya hanya retorik semata-mata!


Thursday, 21 November 2013

Artikel Mengenai 40 Ribu Pengundi Di Dalam Web Luar Negara Yang Telah Dipadamkan @papagomo @mymassa @AcostaKian @n_izzah @rafiziramli #Banglasia



JK yakin cytro dari kalangan Red Bean Army sedang berusaha sedaya upaya untuk memadam semua artikel tentang banglasia setelah terkantoi dengan statement dari Ketua Pembangkang sendiri bahawasanya memang tiada 40 ribu pengundi Bangladesh yang dijadikan pengundi hantu oleh BN. Kesian mereka, JK harap cybertroopers PR dibayar overtime yang setimpal. 

Banyak daripada kenyataan yang telah dibuat oleh Anwar melalui web luar negara mengenai 40 ribu pengundi bangla telah pun dipadam kan.

Di bawah ini adalah link kepada semua laporan yang telah di padam setakat ini..

Berikut adalah link dari laporan Straits Times Singapore.


Berikut adalah link dari laporan Telegraph UK.


Berikut adalah link dari laporan Wall Street Journal


Ini adalah di antara laporan berita luar negara mengenai 40 ribu bangla telah di padamkan, lain-lain berita luar negara tak dapat dipastikan lagi, sesiapa ada info berita luar negara lain yang dah dipadamkan boleh berkongsi sama di ruangan komen.

Sebarkan.

Pinjaman Pendidikan: #MARA Peruntuk RM12.6 Bilion




Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengeluarkan RM12.6 bilion sebagai pinjaman pendidikan kepada pelajar institusi pendidikan tinggi di dalam dan luar negara bagi tempoh 2004 hingga 2013.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata kadar kutipan bayaran balik bagi tempoh sama pula ialah 65 peratus daripada jumlah yang patut diterima.

Tempoh bayaran balik yang diberi oleh Mara adalah lama iaitu sehingga peminjam berusia 55 tahun, katanya menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) dalam persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini. 

Selain itu katanya Mara masih meneruskan sistem pembayaran boleh ubah iaitu mengubah status pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada biasiswa tetapi tidak lagi pada kadar 100 peratus.

"Namun setiap pelajar boleh memohon untuk mengurangkan kadar bayaran balik pinjaman dan akan dipertimbangkan oleh Mara mengikut kes," katanya.

Sorotan Kenyataan Menipu #Anwar @n_izzah @rafiziramli @NajibRazak @mymassa @papagomo @Keadilan_Daily




Hari ini dalam sejarah kita imbas semula kenyataan-kenyataan menipu si mulut biawak. JK hairan kenapa masih ramai yang walaq dengan beliau walaupun sudah tahu beliau suka menipu! Bodoh sangatkah orang-orang PAS ini? 

01. Pada 14 April 2008 Anwar Berucap Di Padang Kelab Sultan Suleiman Kg Baru KL " Saya Bercakap Dgn Yakin, Telah Ada Kawan Kawan Di Sabah, Sarawak & Dlm UMNO, Yg Telah Menghubungi Saya Untuk Bertindak Sekarang, Kerana Sekarang Kita Sudah Ada 82 Kerusi Parlimen Dgn Rasminya, Yg Tak Rasmi....CUKUP, Bagi Tempoh Kpd Kita Sedikit, Kaau Tidak Mei, Jun..Kalau Tidak Jun, Julai, Kalau Tidak Julai, Ogos, Kalau Tidak Ogos, SEPTEMBER!!!"

02. Pada 22 April 2008 Anwar Di Temuramah Oleh Media Asing Di Australia Oleh Jim Middleton Dari News Hour Australia "The Crossover Is Possible As Many Of Members Of Parliament Who Had Won, Now Realized That The Mood & The General Supports Of The Malaysians Are With The Pakatan Rakyat, I Have Said 2 Weeks Ago, We Already Had The Numbers!!!"

03. Pada 8 Jun 2008 Di Sidang Akhbar Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya "The Crossover....errm errm Time Table...erm, according to our time table it is on the schedule. Now It Is More Acttractive After They (MPs) Pre-Signed!!!"

04. Pada 30 Jun 2008 Di Luar Kedutaan Turki KL, "Kita Hampir Menang!! Minggu Ini Saya Patut Umumkan, Keputusan Saya Bertanding Dlm Plihanraya Kecil. Minggu Ini 4 Org Ahli Parlimen BN Akan Menyertai Kita!!!"

05. 28 Ogos 2008 Anwar Di Temuramah Di Luar Negara Oleh Al Jazeera (101 East) "We Have Adequate Numbers!! We Should Go Across The Simple Majority By The 16th September, We Will Have A Major Dramatic Change In This Country!!!"

06. Pada 12 September 2008, Ahli Parlimen PKR Bertolak Ke Taiwan!! Sebelum Bertolak Tian Chua Berucap " By 16th Sept We Are Confidence & Will Be Able To Announce That We Are Ready To Take Over Govt!!"

07. Pada Malam 15 Sept 2008, Anwar Berucap Di Stadium Kelana Jaya "Saya Bersama Pemimpin KEADILAN, DAP & PAS Telah Tanda Tangan Surat Kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, Di Tanda Tangani Oleh Usz Abdul Hadi PAS, Lim Kit Siang DAP & Saya Mewakili PKR..Meminta Ada Pertemuan Segera...."

Walhal Surat Itu Hanyalah Bertajuk PERMINTAAN UTK MENGADAKAN PERTEMUAN TERTUTUP, UNTUK MEMBINCANGKAN MASALAH KESTABILAN NEGARA & ARAH TUJU POLITIK.

Tiada Langsung MEMBINCANGKAN Tajuk Ahli Parlimen BN Yg Akan Menyeberangi Ke Paktaan & Pakatan Ada Simple Majority!!!

08. Pada 16 Sept 2008 - TIADA SESIAPA DARI BN Menyertai Pakatan Rakyat

09. Pada Petang 16 Sept 2008, Anwar Mengadakan Sidang Akhbar Di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya "We Had A Slight Majority!! Of Course We Have Excess More Of 31. We Will Give (Announce) It By The Hour. I AM NOT JOKING!!!! This Morning, I Received A Signed Note From Another Member!! "

10. Pada 18 Sept 2008, Anwar Mengadakan Sidang Akhbar Di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya "That Is Why, We Are Pressing Prime Minister Abdullah, To Convene, To Ask The Speaker To Convene A Special Session On Tuesday"

Anwar Merancang Utk Mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi Utk Mengadakan Sidang Tergempar Parlimen? Untuk Apa?
KENAPA PERLU SIDANG TERGEMPAR WALHAL PARLIMEN AKAN MULA BERSIDANG PADA 13 Oktober 2008?

11. Pada 10 Oktober 2008, Anwar Berucap Di Padang Majlis Perbandaran Kota Bharu "Ini Petanda Yg Cukup Baik, Muafakat Yg Membawa Berkat!! Yg Menjamin Insya Allah, Perubahan Besar Yg Akan Berlaku, Tidak Lama Lagi Di Negara Kita!!!"

12. Pada 13 Oktober 2008, Apabila Parlimen Mula Bersidang, Anwar Di Tanya Oleh Wartawan & Jawabnya "OUR FOCUS IS NOW ON BUDGET!!"

Di Sebabkan Ada Laporan Audit Negara, Maka Kita Dapat Nilai & Tahu...
01. Datuk Seri Najib Kerja Kuat & Kuat Bekerja.

02. En Lim Guan Eng Bekerja Kuat Juga Di Penang Dgn Gaji Ketua Menteri, Elaun Ahli Parlimen, Elaun Wakil Rakyat & Elaun Sebagai Chairman Anak Anak Sykt Di Penang.

03. Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat Juga Kuat Bekerja Dengan Gaji MB, Elaun Wakil Rakyat & Elaun Chairman Anak Anak Sykt Di Kelantan.

04. Datuk Seri Azizan Juga Kuat Bekerja Dengan Gaji MB, Elaun Wakil Rakyat & Elaun Chairman Anak Anak Sykt Di Kedah.

05. Tan Sri Khalid Ibrahim Juga Kuat Bekerja Dengan Gaji MB, Elaun Ahli Parlimen, Elaun Wakil Rakyat & Elaun Chairman Anak Anak Sykt Di Selangor.

Mereka Ini Bekerja Kuat Utk Memajukan Negara & Kawasan/Negeri Masing Masing.

Anwar Ibrahim?
Dgn Gaji Ketua Pembangkang, Duit Tajaan Dana Asing, Board Yayasan Luar Negara DLL, Apa Dia Buat?

Jabatan Audit Dalam & Siasatan Awam PAKATAN RAKYAT Tak Audit Anwar Ibrahim?

1. UMNO itu pernah menjadi pejuang yang tulen, sehinggalah Anwar masuk dan telah merusak dari dalam.

2. Dan PAS itu juga pernah menjadi pejuang yang tulen, sehinggalah Anwar juga masuk merusak dari dalam.

3. Sesungguhnya UMNO pernah memuja Anwar sepertimana PAS kini sedang memuja Anwar

4. Dan sesungguhnya PAS suatu masa nanti pasti akan membenci Anwar sepertimana UMNO kini sedang membenci Anwar.

5. Sesungguhnya UMNO dan PAS sebenarnya adalah bersaudara atas bangsa yang sama dan agama yang sama, cuma nama yang berbeda.

6. Dan sesungguhnya UMNO dan PAS itu juga berkongsi nasib malang yang sama, hanya dalam timeframe yang berbeda.

6. Syukur UMNO telah menyedarinya dan sekarang cuba memperbaiki.

7. Dan mudah-mudahan PAS akan menyedarinya sebelum segalanya terlambat.


Ehsan: GAMIT