Friday, 30 May 2014

PANAS! #DAP Hina Bendera Negeri Perak? #BN4tlkintan #PRKTelukIntan #DAPracist

 
Sumber : MyMassa
Bendera terbalik di Pejabat DAP di Perak.

Apa perasaan anda sebagai rakyat negeri Perak terutamanya pengundi di Teluk Intan?

*Jangan lupa dengan penghinaan seorang pemimpin pembangkang terhadap Almarhum Sultan Perak sebelum ini.
 

Thursday, 29 May 2014

Raja Dr Nazrin Shah, Diisytihar Sultan Perak Yang Baharu #Perak


Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, 58, diisytihar sebagai Sultan Perak yang baharu.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum istiadat pengkebumian Almarhum Sultan Azlan Shah.

Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam.

Wednesday, 28 May 2014

FELDA ANTARA PEMEGANG SAHAM TERBESAR CADBURY DAIRY MILK MALAYSIA - @chegubard WAJAR DISAMAN! @FeldaVoice

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Che Gu Bard dilapor memaparkan status di bawah dan kemudian bertindak memadamkan kenyataan itu.

Mengapa? 



Tatkala isu penemuan DNA babi, porcine dalam 2 produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd hangat diperkatakan, semalam pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu memaparkan kenyataan di atas di facebook.

Status itu kemudian dipadamkan setelah portal Felda Voice mendedahkan, kenyataan itu, satu pembohongan.

Berikut antara kenyataan Felda Voice ...

'FHB (Felda Holdings Sdn. Bhd) hanya mempunyai saham sebanyak 9.87% sahaja dalam Cadbury Malaysia. Ia tidak mempunyai kuasa pengurusan mahu pun kawalan ke atas produk-produk asas bagi menghasilkan coklat-coklat yang tercemar dengan DNA babi tersebut. Pelaburan FHB sudah tentulah berasaskan pengiktirafan JAKIM mengenai produk halal Cadbury'

Nampak gayanya, Che Gu Bard, harus kembali belajar Ilmu Hisab atau Matematik asas.

Barangkali dia tidak melakukan penyelidikan teliti terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa mencetak kenyataan itu di laman sosial miliknya. Namun jika fakta sebenar tidak didedahkan oleh Felda Voice kepada masyarakat, kesannya amat buruk kepada pelbagai pihak.

Lebih molek jika pihak pengurusan Felda sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan itu.

#Pas Sokong Calon #DAP Tolak Hudud Demi Desakan Politik. #PRKTelukIntan

Tindakan Pas menyokong kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakatan pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing.

“Ini satu desakan politik, walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.

“Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud, dia tetap disokong Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama, katanya  ketika berkunjung ke Kota Iskandar, pusat pentadbiran negeri Johor di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Selain itu, Muhyiddin turut menyelar pembangkang yang memutarbelitkan fakta kononnya calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mahu menerima jawatan senator sekiranya dilantik.

“Saya menghormati pandangan Datuk Mah yang tidak mahu dilantik selaku senator kerana jika beliau mahu, sebelum ini sudah boleh dilantik.

“Namun, beliau lebih berminat bekerja untuk parti dan komuniti masyarakat Cina dan beliau tidak memikirkan soal perjawatannya. Kita mahukan beliau menang dan mana tahu akan dilantik oleh Perdana Menteri dalam barisan kabinet kelak,” katanya.

Umno Online

Agenda Pelupusan & Penghinaan Tulisan Jawi Di Selangor @Khalid_Ibrahim @khalidsamad @teresakok


Mana Exco Agama Negeri Selangor? Tidakkah beliau atau sesiapa dalam Exco beliau untuk proofread tulisan Jawi ini?Memang hancur la warisan budaya nenek moyang kita. Sebelum ini Teresa Kok turut lantang ingin menghapuskan tulisan jawi di papan-papan tanda. Tahniah la pada orang Melayu dan Islam di Selangor kerana menghalalkan ini.

Tuesday, 27 May 2014

Salam Isra' Mikraj 1435H - Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia Sempena Peristiwa Isra’ Dan Mikraj 1435 Hijrah

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

1.    Pertamanya, kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Isra’ dan Mikraj bersama umat Islam seluruh dunia. Ianya merupakan satu peristiwa besar dalam Kalendar Sirah Islam yang berlaku pada tahun ke-11 selepas kenabian Rasulullah SAW.

2.    Kemuliaan Nabi Muhammad SAW telah dibuktikan penyaksiannya pada malam itu melalui firman Allah SWT, dalam surah An Najm ayat-18 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.”

3.    Sesungguhnya peristiwa Isra’ dan Mikraj mengajar kita supaya sentiasa berpegang kepada kebenaran sekalipun kebenaran itu mungkin tidak difahami dan disenangi oleh orang lain. Inilah hakikat yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda menyampaikan peristiwa ini kepada kaumnya. Justeru, umat Islam pada hari ini harus berhati-hati agar tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan, tuduhan dan fitnah semata-mata tanpa berlandaskan kepada fakta yang sahih dan benar.

4.    Seterusnya, antara hikmah bersejarah di sebalik peristiwa Isra’ dan Mikraj ini adalah sebuah persahabatan yang ikhlas sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar RA sehingga beliau mendapat gelaran As-Siddiq (yang benar) kerana terus membenarkan kata-kata Nabi Muhammad SAW berkenaan peristiwa Isra’ dan Mikraj. Situasi ini mengajar kita bahawa kehidupan ini tidak semata-mata berpaksikan diri dan keluarga sahaja, bahkan ianya meliputi jiran tetangga dan sahabat handai yang harus mengutamakan keikhlasan dan kejujuran.

5.    Justeru, jambatan silaturrahim perlu dijaga atas dasar perjuangan agama, permuafakatan, saling membantu, berkasih sayang tanpa mengira bangsa dan agama. Inilah tonggak keharmonian dan perpaduan di negara kita yang perlu dipertahankan bersama-sama. Peringatan peristiwa ini diharap dapat menggerakkan semangat kesatuan bertunjangkan wasatiyyah serta mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam.

6.    Isra’ dan Mikraj yang merupakan peristiwa yang sangat signifikan dalam sejarah perjuangan Islam sehinggakan pengajarannya tetap relevan hingga kini. Kaitkanlah apa sahaja yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dengan apa yang telah, sedang dan akan kita lalui kini. InsyaAllah, di situlah nanti akan terserlah kekuatan dan keberkesanan dalam setiap pemikiran dan tindakan kita. Walaupun kita sudah diangkat oleh Allah SWT menjadi Khaira Ummah (umat terbaik), tetapi kita masih perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai natijah yang terbaik iaitu mendapat keredhaan dari Allah SWT.

7.    Oleh yang demikian, sempena peristiwa hebat Isra’ dan Mikraj ini, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah sampai ke Sidratul Muntaha sebagai insan yang paling tinggi kedudukan di sisi Allah SWT. Sewajarnya kita meneladani segala sunnah yang ditinggalkan oleh insan agung ini untuk kesejahteraan hidup kita di dunia dan akhirat.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Populism gone bad in Thailand?

DOUBLE-EDGED: It’s politics that seems devoid of ideological moorings and trajectory but which has mass appeal to a large group of voters.

THE news of the military takeover in Thailand has caught some observers by surprise, though it should not. For those who reside in Bangkok and who have been observing the escalation of violence on both sides of the political fence there, it was just a matter of time before a higher authority steps in and arrests the cycle of violence and confrontation that has taken the country to the brink.
However it should be noted that despite the particularities of the Thai case, there are also some underlying structural similarities between what has been happening in Thailand and what is happening in other parts of the Asean region as well. It can be summed up by one word, namely "populism".

The anti-Chinese demonstrations that have erupted in parts of Vietnam, the anti-Chinese sentiments in the Philippines, the growing call for economic nationalism and the threat to nationalise all foreign capital assets in Indonesia, etc, are all symptoms of the same thing, namely a form of populist politics that seems devoid of ideological moorings and trajectory, but which has mass appeal to an undefined mass base of voters.

That such populism can be used as a vehicle for political mobilisation and as political capital by politicians is self-evident; but it can also lead to unfortunate outcomes such as the violence and killings we have seen in Bangkok and parts of Vietnam recently.

In the case of Thailand, the military takeover is basically an attempt by the status quo powers to hold back the tide of populist expectations and rising demands that were let loose during the time of Thaksin Shinawatra.

Thaksin's opponents who are equally opposed to his sister Yingluck -- whom they regard as little more than a proxy-puppet of Thaksin -- seem worried that the rising expectations of the poor and disenfranchised may eventually threaten their own safe comfort zones and jeopardise their own standards of living. Yet notwithstanding their enmity towards Thaksin, the question remains: Why hasn't the Thai middle-class elite emulated Thaksin's ways and policies, in order to dent his own advance and win back the support of the people?

Thaksin was a divisive figure to many, but he did get some things right: His populist policies included healthcare to the poor, communicating with the masses and explaining his policies, introducing a "mobile government" where government meetings were held in other parts of Thailand outside Bangkok -- and thus bridging the rural-metropole divide, etc.

 It has to be said that many of these policies were indeed smart, and perhaps needed too. So why didn’t the middle-class elites learn a lesson from Thaksin’s rise?

My own concern is that among a number of middle-class urbanites, the fear of populism has less to do with the fear of crass nationalist politics intoxicating emotional people, but rather the fear of the unwashed masses who are seen as reminders of the earlier under-developed past.

This is something I have seen so many times, in the capitals of Asia where the globally-connected elite have the tendency to look down upon the poor and the rural folk whom they are happy to exploit in their sweatshops or employ as lowly-paid domestic help, but who show no empathy whatsoever with their fellow citizens.

In such a case, the gap between the urban centre and the rural periphery is no longer simply a geographical one, but a moral one as well. It would be only a matter of time before a charismatic leader comes along, and mobilises the masses in the name of a new nationhood that is more inclusive and representative, and from that starting point social revolutions may well follow.

Bangkok’s elite may stand aghast at Thaksin’s rise, but they need to also ask themselves how a man like him managed to bring together so many of the rural poor and working classes, and also why they failed to do the same.

As populism manifests itself across the Southeast Asian region, and increasingly becomes the norm in the conduct of domestic politics, it is imperative that politicians and policymakers take a less machiavellian attitude towards the masses, and recognise that in this age of global communication and connectivity, societies can be mobilised faster and easier, and have higher demands, too.

 Thaksin’s success was due to his uncanny ability to anticipate these changes and turn them to his advantage, but any politician who has the public’s interest in mind can do so, too.

The worry at the moment is that with Thailand’s politics now being put in a “pause” phase, these populist demands will not go away, but will simply be silenced momentarily. That still leaves Thai policymakers — whoever they may be — with the challenge of developing an inclusive national narrative that does not alienate the masses, or worse still keep things on the boil.

Source : CLICK

Monday, 26 May 2014

#PRKBukitGelugor :Video Dap dengan Taiko Samseng PPS Berkempen Masuk Kedalam Pusat Mengundi @ramkarpal @DAPMalaysia @cmlimguaneng



Inilah yang dikatakan negeri regim Dap,Mereka punyai pasukan Samseng yang memakai uniform dan berlagak seperti polis.
Mereka bertindak sesuka hati tanpa menghiraukan undang undang. Samseng samseng ini diberi lesen besar dan dibayar gaji untuk menguatkuasakan undang undang di Pulau Pinang.

PRK Bukit Gelugor menjadi medan tunjuk kuasa..apabila tindakan Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh bersama-sama dengan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang berpakaian uniform ungu mereka di lihat berkempen di pusat-pusat mengundi sejak pagi tadi.

Calon dari parti PCM menegur Phee Boon Poh Adun Dap Sungai Puyu dan berlaku pertengkaran diantara mereka.
Menurut sumber pihak Pcm telah membuat laporan polis berikutan samseng samseng ini berkempen hingga ke dalam pusat pembuangan undi.

#PRKTelukIntan:Jasa #DAP Di Teluk Intan @dyanasmd @cmlimguaneng @limkitsiang @mpkotabelud


Baca keluhan rakyat Teluk Intan apa yang DAP dah buat sepanjang 6 tahun menjadi MP di Teluk Intan. Adakah jasa DAP ini boleh menjadi satu kebanggaan kepada orang Teluk Intan? Mahu beri peluang sekali lagi kepada DAP atau pulang semula kepada BN?

Barisan Nasional tidak pernah kecewakan rakyat dalam menyelesaikan masalah setempat. Barisan Nasional tak pernah memburukkan lawan dengan menuduh macam-macam tetapi memberi aku janji yang melebihkan rakyat.

Berbeza dengan DAP yang suka kaitkan perkara nasional sebagai bahan kempen mereka. Hari ini kita lihat calon DAP sendiri tidak boleh bercakap dihadapan media. Terbaru Keris dapat berita calon DAP tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan media secara kerap.

Sebab 'mulut' Dyana telah dikunci DAP.

Ketua AMK #PKR Ditangkap Rasuah!! #SPRM @FriendsofBN1 @chegubard @shamsuliskandar @putraREFORMASI @mymassa @SPRMMalaysia


Selama ini, para pecacai Pakatan Rakyat, khususnya yang kuat menyokong Anwar Ibrahim sibuk menyalahkan UMNO dan menuduh para pemimpin UMNO terlibat rasuah. Kononnya mereka menyertai PKR kerana mahu menentang rasuah. Konon-kononnya para pemimpin PKR, semuanya putih bersih dan suci sesuci-sucinya dari dosa rasuah.

Namun berita semalam tidak mengiyakan cakap angkuh para penyokong PKR. Sebabnya, Ketua AMK yang baru sahaja menang, Zainol Abidin bin Mohamad telah ditangkap oleh SPRM semalam di sebuah restoran di AU2 Keramat kerana telah meminta wang sogokan bernilai RM5,000 daripada seorang kontraktor sampah untuk menyambung kontraknya semula.

Zainol Abidin kini ditahan di pejabat SPRM, Putrajaya.

Sebelum ini, Zainol Abidin adalah seorang ahli PAS namun melihat kepada ruang serta peluang yang boleh diperolehinya menerusi PKR, dia melompat dan menyertai PKR. Diberitakan juga, Zainol Abidin merupakan salah seorang daripada kroni rapat Azmin Ali.

Kontrak sisa pepejal dan pembersihan melibatkan MPAJ dibolot sepenuhnya oleh Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin. Azmin Ali adalah ADUN Bukit Antarabangsa manakala Zuraidah Kamaruddin pula adalah Ahli Parlimen Ampang. MPAJ sendiri dipenuhi oleh penyokong Pakatan Rakyat, dari Yang Dipertuanya, sehinggalah Ahli Majlis dan pegawai-pegawai tender.

Beberapa pendedahan berhubung penyelewengan dan salahguna kuasa melibatkan MPAJ telah dibuat sebelum ini, namun tiada tindakan konkrit daripada pihak berkuasa untuk menangani masalah berkenaan.

Fu Wa, Feng Yi & #GST??

Cerita mengenai pembaziran yang dikaitkan dengan kehadiran dua panda dari China, Fu Wa dan Feng Yi memang mudah menusuk kalbu. Rata-rata rakyat percaya, wang mereka digunakan kerajaan untuk membayar kos dua haiwan itu.

Lalu kerajaan pun dikecam bertalu-talu. Ada yang mencipta peri bahasa baharu, 'panda dari negara orang, tidur dalam bilik berhawa dingin, rakyat sendiri dibiar tidur bawah jambatan'. 

Sekali pandang, kecaman ini memang nampak beralas. Bawa masuk dua binatang yang hampir pupus dengan kos puluhan juta, memang kelihatan seperti membazir. Apa lagi ianya berlaku tatkala kerajaan sedang bersiap sedia hendak melaksanakan GST tahun hadapan. Lalu mudahlah untuk diberatkan lagi tuduhan, GST gunanya untuk tanggung makan minum panda!

Ada pula yang sampai mencipta cukai baharu, 'cukai pandapatan' katanya!

Dalam keadaan ini, menyalahkan rakyat semata-mata pun tidak betul juga. Soalnya, seperti juga GST, sejauh manakah kerajaan berusaha memberikan penerangan sejelas mungkin kepada orang ramai mengapa dua panda ini kita pinjam daripada China.

Usaha kecil saya mencari maklumat berkaitan Diplomasi Panda dan signifikannya kepada negara dalam situasi semasa, menghadapkan saya dengan banyak respons. Ramai yang memberi maklum balas positif bahawa selama ini mereka tidak faham mengapa kerajaan perlu meminjam panda daripada China dan tulisan saya di Facebook menyedarkan mereka mengenai hal itu.

Secara mudah, siapa pun juga akan anggap kos yang dibayar untuk bawa masuk Fu Wan dan Feng Yi dari China sebagai membazir.

Namun bagi yang memahami akan makna, keperluan dan kewajaran langkah itu dari segi diplomatik dan signifikannya pada hubungan dua hala, saya yakin darjat prasangka itu akan jauh berkurangan, kalau pun tidak terhapus terus.

Neokolonialisme
China sangat penting bagi Malaysia untuk mengimbangi pengaruh antara kuasa besar, terutama Amerika Syarikat (AS). 

Dalam dominasi kuasa dunia hari ini, AS mahu semua negara tunduk kepadanya dan akur dengan segala ketetapan yang dibuatnya. Dasar neokolonialisme AS teramat jelas. Ini tiada siapa pun boleh nafikan!

Sebagai 'super power', negara itu cuba menguasai dunia sebagai kuasa tunggal yang bebas masuk campur dalam urusan negara lain, terutama negara kecil seperti Malaysia.

Selepas berakhir Perang Dingin, AS menjadi satu-satunya 'super power' yang begitu bebas lagi berleluasa mencatur politik dunia. Lihatlah bagaimana ia mencetuskan perang di Iraq pada masa Bush Sr dan Bush Jr tanpa tentangan. Demikian juga di Afghanistan, kononnya untuk memerangi keganasan.

Dan kemudiannya di Libya yang hingga hari ini masih tidak berkesudahan bahananya.
 
Hakikatnya, dunia hari ini diperlihatkan bahawa tidak ada kuasa manusia yang boleh menandingi AS. Rusia cuba untuk bangkit menunjuk belang di Ukraine tetapi akhirnya sedar, ia tidak mampu. Dan Beruang Merah akhirnya berundur!
 
Potensi kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi baharu dunia sememangnya cukup menggusarkan AS!

Atas sebab itulah, AS mencurigai setiap negara yang ada hubungan akrab dengan China, termasuk Malaysia. Apakah kunjungan Barack Obama ke negara kita bulan lalu hanya sekadar kunjungan biasa?

Apakah ini bukan suatu usaha oleh AS untuk memastikan kita terus tunduk kepada Uncle Sam?
 
Dari segi ekonomi, China adalah negara dagangan terbesar Malaysia dengan nilai RM320 bilion setahun selama lima tahun berturut-turut. Nilai dagangan Malaysia dengan AS pula ialah RM112 bilion setahun. Dari segi nilai dagangan, AS masih jauh berkurangan berbanding China walaupun negara itu adalah pelabur utama kita dengan nilai RM29.2 bilion setahun.

Melobi

Justeru menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan hubungan baik dengan China berterusan. Panda adalah simbol diplomasi China sejak zaman Dinasti Tang lagi apabila Maharani Wu Zetian (625-705) menghadiahkan haiwan hitam putih itu kepada Maharaja Jepun.

Dan berbanding dengan negara lain yang terpaksa melobi untuk mendapatkan panda, Malaysia sebaliknya ditawarkan oleh Kerajaan China untuk menjaga dua daripada hanya lebih kurang seribu panda yang masih ada di dunia. Ini satu penghormatan!
 
Simbolik pada penghormatan ini adalah keyakinan China kepada negara yang diterima sebagai sahabat untuk menjaga aset dunia yang hampir pupus itu sebagaimana negara berkenaan menjaga hubungan mereka supaya generasi akan datang terus berpeluang hidup bersama panda.
 
Setakat ini, China hanya menghantar panda ke 17 zoo di 12 negara sahaja dan untuk mendapat peluang itu bukan mudah. Kanada menunggu selama 39 tahun sebelum Ershun dan Ji Li dihantar ke Zoo Toronto pada Februari 2012. Zoo Atlanta di AS pula terpaksa melobi selama 12 tahun dengan kos kempen RM16 juta untuk membuka hati pemimpin China membenarkan panda dihantar kepada mereka.
 
Lalu apabila China menawarkan Fu Wa dan Feng Yi kepada Malaysia, apakah tawaran itu patut ditolak sebagaimana pandangan para bijak pandai papan kekunci yang ghairah mengecam kerajaan berhubung isu ini?
 
Jika ditolak, apa pula implikasinya kepada hubungan bilateral yang sudah terjalin selama 40 tahun? Apa pula kesannya kepada ekonomi negara tanpa sumbangan China?
 
Kita juga maklum bahawa hubungan dengan China melalui episod suram sejak dua bulan lalu yang berpunca daripada MH370 dan diberatkan lagi dengan kes penculikan dua warga China di Sabah. Pada masa yang sama, ada desas-desus Kerajaan China hampir membatalkan penghantaran dua panda itu yang sekali gus merisaukan mereka yang memahami justifikasi perjanjian kerjasama konservasi haiwan itu kepada negara.
 
Apa lagi China dalam beberapa tahun akan datang menyediakan peluang pelaburan bernilai lebih RM257 bilion dan ini peluang lumayan untuk Malaysia.  Hubungan diplomatik yang sudah berusia 40 tahun amat perlu dipertahankan.

Justeru perlu difahami bahawa panda bukan semata-mata binatang zoo seperti singa Afrika atau harimau Bengal untuk kerajaan bawa dengan kos yang begitu besar sebagai tontonan. Nilainya jauh lebih mahal berbanding RM25 juta kos untuk membina sangkarnya.
 
China adalah pasaran terbesar dunia yang amat diperlukan untuk kelestarian ekonomi Malaysia. Kerana itu, dalam memahami isu ini, jangan terbawa-bawa dengan emosi konon kitalah orang yang paling ke hadapan dalam menentang pembaziran tanpa memahami apa yang sebenarnya kita tentang!
 
Saya yakin, kalau kerajaan kita semata-mata condong kepada AS, orang yang sama juga akan mengecam. Berpolitik dengan kuasa besar perlu kebijaksanaan. Sekurang-kurangnya apabila kita akrab dengan China, AS akan sedikit berhati-hati dan kita juga akan ada kuasa tawar-menawar. Tetapi untuk menjauh daripada AS begitu sahaja pun tidak boleh juga.
 
Ini kerana, ikut pada adat ekonomi kita tidak boleh hidup tanpa kuasa-kuasa ini. AS adalah negara yang ada peranan dan menguasai ekonomi hampir semua negara di dunia. Sebesar-besar Rusia pun, apabila dikenakan sekatan ekonomi oleh AS, berundur juga tentera mereka dari Ukraine.
 
Jadi sama-samalah kita renung, fahami sedalam mungkin sesuatu makna sebelum kita tentang. Saya bukan penyokong totok mana-mana pemimpin atau parti politik kerana bagi yang mengikuti tulisan saya di Sinar Harian, mereka akan sedar bahawa saya sering juga mengkritik pemimpin kerajaan.

Yang penting, mengkritik biarlah dengan kefahaman, bukan prasangka!

Friday, 23 May 2014

Kejayaan transformasi lonjak daya saing negara. #Ekonomi #Malaysia

Kejayaan Malaysia meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa mengatasi beberapa negara maju adalah hasil kerjasama daripada semua jabatan dan agensi kerajaan yang berusaha keras merealisasikan usaha transformasi kerajaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kejayaan Malaysia melonjak ke tangga ke-12 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia (WCY 2014) daripada kedudukan ke-15 yang dicatatkan tahun lalu adalah bukti terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia, walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global.

Laporan WCY yang dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpangkalan di Sweden itu menilai daya saing sesebuah negara berdasarkan empat faktor iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

Sejak lebih 20 tahun, laporan tahunan WCY yang mengandungi butiran mendalam dan jadual berserta ranking global merangkumi lebih 300 petunjuk untuk 60 negara menjadi sumber rujukan utama pelabur antarabangsa mengenai daya saing sesebuah negara.

Laporan itu membuktikan persepsi global terhadap Malaysia masih kukuh, selain mengiktiraf kejayaan Malaysia mengurus ekonomi dan kewangan serta kejayaan pelaksanaan program transformasi dan ekonomi kerajaan.

Ini mengesahkan pandangan kerajaan bahawa kita berada di landasan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Penambahbaikan ranking Malaysia dalam daya saing antarabangsa itu seharusnya menjadi pendorong untuk kerajaan berusaha meningkatkan lagi kecekapan serta memperbaiki beberapa aspek kelemahan yang masih wujud.

Peningkatan ranking Malaysia itu juga katanya, baik untuk menarik minat pelabur antarabangsa tatkala negara berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

#PBB isytihar Boko Haram kumpulan pengganas

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini secara rasmi mengisytihar Boko Haram di Nigeria sebagai kumpulan pengganas yang ada kaitan dengan al-Qaeda serta mengenakan sekatan terhadapnya.

Keputusan itu dibuat selepas sebulan Boko Haram dilaporkan menculik lebih 200 murid perempuan di negara itu.

Langkah itu dengan segara disambut oleh Britain dan Amerika Syarikat (AS) yang dikuatkuasakan serta-merta selepas tiada bantahan dikemukakan di kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan PBB.

Nigeria yang turut menggotai Majlis Kesleamatan bersama 14 anggota lain tidak membantah resolusi berkenaan.

Boko Haram kemudian dimasukkan dalam senarai sekatan PBB di bawah nama Jama’atu Ahlus-Sunna Lidda’Awati Wal Jihad dengan Boko Haram sebagai nama gelarannya.

Terdapat 'bukti yang amat jelas' bahawa anggota Boko Haram dilatih oleh al-Qaeda terutama mengenai kemahiran membuat bahan letupan yang menjadi senjata utama pengganas modan hari ini terutama al-Qaeda.

Terdapat juga bukti ahli kumpulan Boko Haram menyertai pergerakan penentang di Mali menerusi rangkaian al-Qaeda di negara itu.

Ketua Boko Haram, Abubakar Shekau, juga membuat kenyataan tegas bahawa ia bergabung dengan al-Qaeda di Iraq, Afghanistan, Yaman, Somalia dan beberapa tempat lain pada November 2012. - AFP

BH

Thursday, 22 May 2014

#HHUDU HANYA MAINAN POLITIK #PAS!! #DAP #PRKTelukIntan

Apa agaknya perasaan kita jika individu yang membantah keras hasrat kita - apa lagi terkena parti besar kita - hanya berada selang seorang daripada kita.

Dan individu itu pula memang ‘totok’ menentang ideologi parti kita. Agaknya kita nak bertentang mata dengannya tak?

Tetapi apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berganding tangan de­ngan Lim Guan Eng dan calon DAP kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pada 12 Mei lalu di Pulau Pinang, apa pula agaknya perasaan para penyokong dan pengikut Pas? Bertepuk tangan, kagum atau terdetik meluat di hati?

Ramkarpal secara terbuka menentang hudud. Anak ketiga Karpal Singh ini awal-awal lagi tidak mahu dikaitkan dengan hudud.

Abdul Hadi seperti biasalah, ada sahaja jawapannya apabila ditanya tentang pendirian DAP itu termasuk yang terang-terang keluar dari mulut Ramkarpal.

"Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh rakan dalam pakatan kerana kita ‘tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR’ untuk tidak melaksanakan undang-undang jenayah Islam itu," kata Abdul Hadi.

Di Teluk Intan, demikian juga nada yang datang daripada calon DAP di situ, Dyana Sofya. Dia pun sama sekali tidak akan menyokong hudud dalam usahanya untuk menjamin undi dan sokongan pengundi Cina. Malah, lagi teruk dan dangkal lagi kata calon DAP itu, dia memang menentang hudud dan DAP tidak pernah bersetuju dengan hudud kerana menganggap hudud adalah pemaksaan agama dan nilai-nilai Islam ke atas bukan Islam di negara ini.

Ke mana tahap pemahaman Islamnya, walhal hudud adalah penawar kepada banyak pe­nyakit sosial, jenayah dan pelbagai lagi?

Apabila ‘kita’ (merujuk kepada para penyokong Pas) mendengar ungkapan Abdul Hadi, kita barangkali boleh ‘sejuk’. Tetapi itu cuma di bibir kerana faktanya Pas tidak pernah pun mengatasi DAP, apatah lagi PKR dari segi jumlah kerusi Parlimen dalam dua pilihan raya umum lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Pas di tangga tercorot. Cuma me­raih 21 kerusi Parlimen, berbanding DAP (38) dan PKR (21). Ini mengulangi pencapaian PRU-12, dengan posisi DAP (28), PKR (31) dan Pas, 23 kerusi.

Macam mana Abdul Hadi boleh me­ngatakan; "Kalau DAP dan PKR tidak bersetuju, kami jalankan sahaja hudud?" Eh! di Selangor tempoh hari apabila kerusi Pas mengatasi PKR di Dewan Undangan Ne­geri (DUN), Pas menikus sahaja dalam isu kedudukan menteri besar. Itu belum lagi isu-isu semasa dan lepas yang menyak­sikan Pas hanya umpama melukut di tepi gantang.

Maafkan penulis kalau bahasa yang digunakan agak kasar. Tetapi dalam hal ini, Abdul Hadi kena berterus-terang. Nyatakan yang betul dan fakta. Apakah Pas boleh melaksanakan hudud tanpa dukungan sekutu mereka, DAP dan PKR?

Pada PRU 2013 di kerusi yang kedapatan menara condong ala Pisa itu, calon BN, Datuk Mah Siew Keong menerima 74 peratus undi Melayu, 15 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India meskipun BN kalah de­ngan 7,313 undi.

Kebanyakan undi untuk DAP datang dari kawasan DUN Pasir Bedamar sementara DUN Changkat Jong adalah kawasan BN.

Oleh itu, untuk menang, jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras memandangkan sokongan orang Cina untuk BN telah berkurangan dengan banyaknya.

Di kawasan pilihan raya yang majoriti­nya Cina iaitu DUN Pasir Bedamar, sokong­an untuk BN hanya kira-kira 28 peratus sementara DAP mempunyai kelebihan 72 peratus atau 10,749 undi.

Dengan 57 peratus sokongan BN datang dari Changkat Jong, ia masih belum cukup untuk menandingi kelebihan 10,749 undi untuk DAP.

DUN Pasir Bedamar dan DUN Changkat Jong adalah dua kerusi di bawah Parlimen Teluk Intan. Pada PRU-13, BN memenangi kerusi Changkat Jong sementara Pasir Bedamar dimenangi DAP.

BN tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan lebih banyak sokongan orang Melayu, apa lagi pengundi Cina seperti yang mereka lakukan sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

Pengundi kerusi Teluk Intan boleh swing ke parti yang mereka sukai. Itupun jika kena pada kaedah berkempennya. Pada PRK 1997, Gerakan tewas di Teluk Intan dengan 2,916 undi tetapi pada PRU 1999, BN menawannya balik menerusi Siew Keong dengan 2,783 undi.

BN sekali lagi menerusi Siew Keong mengekalkan kerusi itu pada PRU 2004 dengan majoriti 9,836 undi. Cuma pada PRU 2008 dan 2013, BN melihat perubahan dalam pola pengundian dengan pengundi muda terutamanya di bawah umur 50 tahun mengundi DAP.

Di Teluk Intan, pengundi Melayu tentu sekali ada ramai dalam kalangan para penyokong Pas. Teliti dan fikirkanlah apa yang penulis utarakan di atas tadi.

Beristighfarlah banyak kali.


Utusan Malaysia

#PAS REDHA DYANA TOLAK #HUDUD??? #DAP #PRKTelukIntan

Pendirian calon Melayu DAP kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud yang terang-terang menolak hukum hudud mencetuskan keresahan dalam kalangan penyokong dan pengikut Pas.

Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu benar-benar memberi tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin Pas. Ini terutama terhadap Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kalau itu nada Ramkarpal Singh Deo, calon DAP Parlimen Bukit Gelugor lainlah. Dia memang meneruskan `legasi tolakan hudud' bapanya.

Ini Dyana Sofya, calon Melayu, orang Islam. Takkan tidak terdetik seorang pun pemimpin Pas mahu memberikan nasihat atau tarbiah kepada gadis muda ini?

Barangkali Pas dalam hal ini nampak diri mereka tidak ada peranan dalam pakatan kerana jumlah kerusi Parlimen pun tercorot berbanding dimiliki DAP dan PKR. Sebab itu Pas langsung tidak ada suara. Nak `mengaum', bimbang pula dimalukan.

Setakat ini nampaknya komen-komen Dyana Sofya menguntungkan DAP di kaca mata kaum Cina apabila dia seiring dengan dasar-dasar DAP seperti UiTM dan hudud.

Pas kelihatan tidak hirau komen atau reaksi DAP terhadap perjuangan hududnya. Sikap Pas memeningkan kepala para penyokongnya di Teluk Intan apabila Naib Presidennya sendiri, Salahuddin Ayub pun secara terbuka berkata, `Pas menyokong Dyana di Teluk Intan'. Itu belum lagi suara Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu di Bukit Gelugor tempoh hari yang secara terbuka melaungkan `Pas menyokong Ramkarpal'.

Dalam keadaan DAP tidak mempedulikan hukum hudud yang diperjuangkan Pas, kita juga dok hairan bagaimana dia sebagai setiausaha politik Kit Siang secara terbuka menyatakan penolakan terhadap hudud.

Sepatutnya Teluk Intan menjadi medan terbaik untuk Pas memperjelaskan hukum hudud kepada pengundi Cina selain Melayu.

Tetapi sehingga kini, baik pemimpin pusat atau pemimpin tempatan Pas, semuanya kunci mulut rapat-rapat.

Utusan Malaysia

Pesanan Tunku Aziz pada Dyana, buka mata dan fikir apa #DAP buat!! #PRKTelukIntan #bn4telukintan

Pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud harus membuka mata dan belajar untuk berfikir secara kritis dan melihat dengan lebih luas bagi memastikan beliau tidak terus hanyut dengan corak permainan politik parti itu.

Malah Dyana perlu meneliti sebab atau punca mengapa bekas pemimpin DAP mengambil keputusan untuk meninggalkan parti cauvinis itu sebelum ini

Ini antara ingatan dan nasihat bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika diajukan berkenaan wanita Melayu yang jadi calon DAP itu.

“Nasihat saya kepadanya, sentiasa buka mata dan sentiasa mendengar. Juga lihat kepada setiap langkah dan keputusan yang diambil DAP, dan lihat juga langkah kamu (Dyana) sendiri adakah kamu mempertahankan keistimewaan Melayu itu sendiri.

“Kenapa saya cakap begini, ini kerana DAP sudah lama mengatakan bahawa mereka tidak menentang Melayu, dan mereka adalah parti berbilang kaum, tapi saya rasa semua tahu bahawa DAP bukan satu parti yang demokratik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Dyana perlu belajar untuk melihat dengan ‘critical eye’, dia juga perlu belajar melihat kepada larger interest of the Malays.

“Dia juga seorang Melayu dan dia juga cakap bahawa dia tidak mahu kepada perbezaan kaum dalam politik.

“Sebenarnya pada saya, apa yang dia cakap itu hanyalah suara yang selama ini Lim Kit Siang cakap, Lim Guan Eng cakap dan juga apa juga mendiang Karpal Singh selalu cakap, tetapi hakikatnya parti untuk kaum Cina,” jelasnya.

Menjawab soalan katanya, Dyana sudah mengkhianati orang Melayu apabila sudah meningkari janjinya untuk tidak mengkhianati Malaysia dengan kenyataan supaya membuka kemasukkan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak hanya untuk orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan, nasihat yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam selepas selesai proses penamaan calon di Teluk Intan tidak diserap baik oleh anak muda itu.

“Dia sudah menjadi pengkhianat pun pada hakikatnya dengan kenyataan untuk membuka UiTM kepada semua kaum, sebab kerajaan selama ini mengusahakan untuk menyediakan pendidikan kelas pertama kepada kaum Melayu.

“Paling tidak sepatutnya dia fikir berkenaan orang Melayu yang lain, jangan sebab dia sudah ada ijazah dan sudah tidak belajar di situ lagi maka saya tidak perlu fikir lagi berkenaan orang lain,” katanya.-Oleh QURNISHA HAMKA-21/5/2014

Sumber : Agenda Daily

Wednesday, 21 May 2014

KENALI #MAHSIEWKEONG. #PRKTelukIntan #bn4telukintan #bn

Mah Siew Keong, seorang peguam yang berusia 53 tahun. Beliau tamat pelajaran sekolah rendah dan menengah di Sekolah Horley Methodist Teluk Intan. Sejurus itu, beliau melanjutkan pelajaran ke London University, England dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian B.Sc. (Hons). Seterusnya, beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA daripada City University London dan Ijazah Muda Undang-Undang LLB (Hons) dengan kepujian daripada East London University.

Perjalanan politik Mah Siew Keong:
• 1995 dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hilir Perak mewakili Parti Gerakan
• 1995 terpilih sebagai ADUN Pasir Bedamar dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
• 1999 terpilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan dalam PRU
• 2004 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRU dan dilantik sebagai
  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 2006 bertukar portfolio kabinet dan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Menteri
  Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2013 terpilih sebagai Presiden Nasional Parti Gerakan

Mah Siew Keong gigih berkhidmat untuk rakyat tanpa mengenal penat lelah. Beliau giat berjuang untuk mendapatkan peruntukan kerajaan yang berjumlah puluhan juta ringgit bagi tujuan pembinaan benteng yang menjangkau 10km di sepanjang Sungai Perak dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang telahpun lama membelenggui penduduk setempat. Ketika beliau menjawat sebagai Timbalan Menteri, Mah Siew Keong juga komited dalam mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan, pembangunan tempatan dan infrastruktur Teluk Intan. Beliau juga berjuang untuk mendapatkan peruntukan bagi pendidikan, tokong dan persatuan-persatuan.

Beliau juga aktif menceburi diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan tempatan dan pertubuhan amal di mana beliau turut berperanan sebagai penasihat kepada banyak organisasi setempat dan sentiasa aktif memberi sumbangan dan idea yang bernas seperti:
• Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan
Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli

• Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan
• Menyokong secara aktif dan memberi peruntukan kepada usaha pembinaan sebuah krematorium Cina
  Hilir Perak
• Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan
  RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir
  Perak secara berasingan.

Biarpun Mah Siew Keong tewas dalam PRU tahun 2008 dan 2013, namun beliau tetap mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan dan berhasrat untuk terus berkhidmat kepada penduduk tempatan. Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan. Marilah kita mengundi Mah Siew Keong untuk membolehkan beliau dipilih sebagai wakil rakyat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Teluk Intan serta membawakan arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan sehingga membolehkan Teluk Intan muncul sebagai salah sebuah bandar yang pesat membangun dengan prospek kemajuan yang amat cerah dalam negeri.
 
Sumber : KLIK

#PRKTelukIntan :Ustaz Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang, Keluarkan Fatwa Berhubung @dyanasmd @nikabdulaziz @realDrMAZA


Badrul Amin Bahron yang merupakan bekas warganegara Indonesia yang kemudian diberikan kerakyatan dan pendidikannya ditanggung oleh Kerajaan Sabah, sudah lama menyepikan diri selepas kes rumahtangganya terdedah, ekoran perceraiannya dengan isteri kedua bernama Ina Fiona selepas dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita bernama Zati Iwani yang pada waktu itu berstatus isteri orang di dalam sebuah bilik hotel di Kuantan, Pahang pada tahun 2012.

Dia telah ditangkap oleh pegawai penguatkuasa bersama-sama dengan suami Zati Iwani pada jam 3:00 pagi. Alasan yang diberikannya ketika ditangkap ialah, dia sedang memberikan kaunseling. Bagi meraih simpati, Badrul Amin menyatakan dia telah dipukul, diterajang dan ditumbuk oleh suami Zati Iwani. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati Badrul Amin tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun lebam atau bengkak bagi membuktikan kata-katanya. 

Ina Fiona diceraikan selepas wanita tersebut enggan berlakon bersama-sama Badrul Amin ketika ustaz PKR itu menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah.

Selepas menceraikan Ina Fiona, Badrul Amin mengahwini Zati Iwani.

Badrul Amin yang turut terkenal sebagai penjilat tegar Anwar Ibrahim dan pernah melantik Anwar Ibrahim sebagai IMAM MAHDI, telah mengeluarkan fatwanya yang tersendiri berhubung PRK Teluk Intan dan PRK Bukit Gelugor. Seperti biasa, fatwanya itu sudah tentu berpihak kepada Pakatan Rakyat dengan beralasankan agama.

Tuesday, 20 May 2014

#PRKTelukIntan: Mengapa Bangsa Melayu Tiba-Tiba Penting Kepada #DAP?



Apapun alasan yang diberikan DAP, berkaitan pemilihan Dyana Sofya Mohd Daud bagi mewakili parti itu pada PRK Teluk Intan; namun hakikatnya adalah DAP tahu bahawa undi yang diperolehi daripada kaum cina pada dua PRU lalu yang membolehkan parti itu memenangi kawasan itu, bakal tidak diperolehi lagi.

Pemimpin DAP tahu, jika parti itu meletakan calon bangsa cina sekalipun tidak akan mendapat jumlah yang diperolehi parti itu pada dua musim PRU lalu. Untuk mengatasi itu, maka calon berbangsa melayu perlu dipilih, tujuannya untuk menarik pengundi melayu, bagi mengatasi kemerosotan pengundi bangsa cina.


DAP memang sudah melakukan penyelidikan, sekalipun calon BN Datuk Mah Siew Kong tewas dua PRU berturut-turut, namun semasa tewas itu, beliau berkedudukan lain dalam parti Gerakan, namun pada kali ini, adalah seorang Presiden komponen BN. 

Sekalipun Siew Kong tewas dua kali, namun beliau masih mempunyai sokongan daripada kaum cina, atas sebab rekod beliau yang pernah menjadi wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal.

Dalam selidikan DAP, untuk mengatasi kemerosotan undi kaum cina, yang biasa berlaku pada setiap PRK, maka perlu diatasi kepada pertambahan undi bangsa lain, dalam hal ini, undi bangsa melayu merupakan king factor kepada kemenangan calon parti itu.

Demikian juga kepada calon BN, pengundi bangsa melayu adalah fixed deposit bagi Siew Kong; dan untuk menang, maka undi bangsa cina menjadi king factor. Oleh kerana calon BN berbangsa cina, maka cukup mudah baginya mendapat sokongan kaumnya dan jika berasaskan keputusan PRU-13 lalu, jika Siew Kong mampu menarik tambahan 4,000 pengundi bangsa cina, sudah pasti beliau bakal merampas kerusi Parlimen Teluk Intan.

Bagi calon DAP pula, walaupun calon itu berbangsa melayu, tidak semestinya dapat menarik pengundi melayu, kerana mereka tahu, bahawa Dyana hanya dipergunakan sebagai alat untuk mengaburi mata mereka, menjayakan perjuangan DAP yang berasaskan kepada sosialis, kesamarataan, anti monrakhi, Malaysian Malaysia.

Kini pengundi melayu Teluk Intan, sudah tentunya tertanya-tanya, mengapa bangsa melayu tiba-tiba begitu penting kepada DAP. Kata dialog dalam Filem P.Ramlee- Madu Tiga "Ada Mahunya Tu".PRK Teluk Intan: Mengapa Bangsa Melayu Tiba-Tiba Penting Kepada DAP?

#PRKTelukIntan :Melayu Memang Mudah Lupa,Adakah Sejarah Akan Berulang? @datosahol @pimpinuitm @dyanasmd


Ini tahun 1965. Di mana Lee Kuan Yew, pemimpin People Action Party (PAP) berkempen di kalangan orang Melayu dengan memakai songkok.

Bangsa kita terkenal dengan sifat kasihan dan mudah percaya. Apabila Kuan Yew pakai songkok, ya! Nampak tak PAP pun perjuangkan Melayu dan Islam?

Saya sangat sedih, bahawa orang kita tidak membuka lembaran terdahulu dan pemimpin mereka sehingga sekarang masih orang yang sama, kita masih mudah terpedaya.

Di pentas PAS menyebut ayat Quran, bertakbir!! Juga freehair memakai tudung di pentas PAS, dia sudah insaf.. Itulah lumrahnya.

Ini bukan soal strategi, bukan soal siapa calon, ianya soal ideologi. Ideologi Komunis tetap kita tidak boleh menerimanya. Orang Melayu dalam ideologi Komunis bukan baru. Lihatlah Shamsiah Fakeh yang muda remaja ketika dulu adalah antara wanita muda yang bergiat aktif dalam kumpulan ini. Apa kita hendak hairan jika strategi yang sama digunakan DAP untuk menarik minat orang Melayu. DAP hidup dengan ISU, bukan dengan JASA. Maka mereka perlu buat apa sahaja untuk mendapatkan KUASA.

Yang penting agenda mereka berjalan dan meleburkan ketuanan bangsa asal di sesebuah negara. Komunis berjalan sebegitu rupa, membawa ideologi SAMA RATA SAMA RASA. 

Apabila berkuasa, "Semuanya Aku Punya".

Sejarah tidak menipu, dan sentiasa berulang kembali kerana manusia tidak ambil peduli.


--by Jamal Rafaie--

#PemilihanPKR : Azmin Ali Hanya Dapat 59 Undi Di Kota Bharu @azminali @chegubard @tunfaisal @mymassa @NajibRazak




Kalau tak menipu bukan PKR namanya. Dari Ketua Umum sampai la ke macai sudah terkantoi menipu undi, rasuah, beli undi dan juga bawa lari peti undi. Macam mana nak pimpin negara kalau satu parti perangai kotor?






#PRKBukitGelugor :Muslimat #PAS Sokong @ramkarpal #DAP Yang Tolak Hudud? @nikabdulaziz @putraREFORMASI @realDrMAZA @abby_abadi112



Melihat beberapa keping gambar yang dibawa pulang rakan jurugambar UtaraNews.com yang membuat liputan Pilihanraya Kecil (PRK) P51 Bukit Gelugor sedikit sebanyak "menyedihkan" hati penulis.

Ibarat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", beberapa orang kakak dan makcik bertudung labuh seolah-olah acuh tidak acuh, ke sana dan ke mari, berkempen untuk anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal yang terpilih menjadi calon DAP bagi PRK tersebut.


Sedih benar melihat anak bangsa dan umat Islam yang "dipaksa rela" berkempen untuk satu pihak yang secara terang-terangan cuba menafikan hak serta keistimewaan bangsa Melayu dan agama Islam di "Tanah Melayu" ini.

Kakak-kakak dan makcik-makcik itu adalah jentera PAS yang mungkin dikerah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mat Sabu, untuk membantu kemenangan DAP di negeri tersebut.

Maklumlah, DAP dilaporkan tidak diterima di beberapa kawasan pengundi Melayu di Bukit Gelugor dan hanya mengharapkan PAS untuk berkempen untuk mereka di kawasan-kawasan tersebut.

Namun yang peliknya, meskipun DAP membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan hukum hudud yang dianjurkan PAS, para penyokong dan ahli parti yang kononnya berjuang untuk megimarahkan Islam itu masih lagi mahu membantu pihak yang memusuhi hukum Allah itu?

Di mana Mat Sabu meletakkan air muka ahli-ahli PAS? Apakah harga keringat ahli-ahli PAS tegar itu layak dibayar dengan bantahan terhadap perlaksanaan hukum Allah? Apakah sebegitu hina dan kecil maruah perjuangan para penyokong PAS?

Menyokong DAP boleh disifatkan seolah-olah sama seperti membantah perlaksaan hudud di negara kita. Apakah itu yang PAS mahukan?

Dan kini, yang menjadi mangsanya ialah kakak-kakak dan makcik-makcik yang seolah-olah terpaksa menjadi "balaci" DAP dan terpaksa berpeluh ke sana ke sini setiap hari demi meranapkan impian umat Islam untuk melihat hudud dilaksanakan, begitu?

Penulis mencadangkan supaya PAS bersyura kembali untuk menetapkan pendirian parti itu terhadap kerjasama mereka dengan DAP dan PKR yang jelas mencacatkan kreadibiliti dan maruah mereka di kalangan penyokong dan ahli parti.

Kalau Ramkarpal menolak hudud, mungkin kita boleh faham kerana dia anak mendiang Karpal yang konsisten menolak hukum Allah itu. Namun apabila seorang muslimah seperti Dyana Sofya telah didoktrin dengan baik untuk membantah hudud, rasanya itulah "sempadan" yang perlu dibatasi PAS.

PAS perlu sedar bahawa kepentingan Islam mengatasi kepentingan segalanya, sama ada dari sudut politik mahupun kuasa duniawi. PAS harus kembali dan mengembalikan ahli serta para penyokongnya ke jalan Allah SWT. Bukannya terus bersekongkol dengan DAP, bukan?

Monday, 19 May 2014

#PRKTelukIntan :Sebab Jadi Calon DAP, Waktu Maghrib Pun Boleh Bantai Ceramah! @nikabdulaziz @realDrMAZA @dyanasmd



Oleh kerana DAP menentang Islam, Melayu dan Bumiputera, segala 'peraturan' dan adat resam membabitkan Islam, Melayu dan Bumiputera ditentang habis-habisan oleh DAP. Tidak boleh dibuat secara terang-terangan, DAP melakukannya secara diam-diam.

Dalam budaya Melayu-Islam di Malaysia, waktu maghrib adalah waktu yang mewajibkan setiap orang berada dalam rumah. Tidak ada sebarang aktiviti berat-berat sepanjang tempoh dua jam itu.

Namun bagi DAP, apa sangatlah dengan waktu maghrib. Waktu maghrib bagi DAP bukanlah waktu yang perlu dihormati. Orang Islam yang biasanya menunggu-nunggu waktu Maghrib perlu diajar bahawa, menganuti DAP lebih penting daripada menunaikan solat Maghrib dan berjamaah sama ada dengan ahli keluarga mahupun dengan masyarakat setempat.

Justeru mendengar ceramah DAP adalah lebih penting daripada menunaikan fardu kifayah. Manakala waktu Isyak pula boleh dilewat-lewatkan kerana ceramah DAP lebih manfaat daripada menunaikan solat Isyak pada waktunya

#PRKTelukIntan :APA DOSA #UiTM KEPADA DYANA SOFYA MOHD DAUD? @datosahol @pimpinuitm @dyanasmd



1. Saya mulai artikel ini dengan persoalan berikut ; Apa dosa UiTM kepada Dyana Sofya Mohd Daud ?. Adakah hanya kerana UiTM membuka laluan pendidikan tertiari untuk anak-anak bangsa Melayu dan Bumiputera menjadi dendam kesumat buat Dyana Sofya Mohd Daud ?. Jika begitu analogi Dyana Sofya Mohd Daud, kenapa tidak Dyana Sofya Mohd Daud mengkaji berapa peratuskah enrolmen anak-anak Melayu di pusat-pusat pengajian tertiari seperti di UTAR, TARC, New Inti, New Era, Southern University College, Nilai UC, KDU UC, Taylors U, KBU dan pelbagai IPTS yang lain ?.


2. Saya tak fikir Dyana Sofya tidak tahu apakah matlamat utama DAP dalam aspek pendidikan, apakah Dyana Sofya Mohd Daud tidak membaca sejarah Universiti Merdeka yang asalnya mahu menyambung kesinambungan Universiti Nanyang yang berpusat di Singapura, dalam ertikata lain, penubuhan Universiti China untuk bangsa Cina di Tanah Melayu. Mujur, kita bernasib baik, DAP gagal untuk merealisasikan impian tersebut, jika betul-betul terjadi, mungkin kita tidak dapat melihat kemegahan Universiti Malaya (UM) pada hari ini. Jangankan UM, belum tentu juga kita tidak dapat melihat UKM, UPM, UTM dan lain-lain IPTA lantaran penubuhan satu universiti sahaja di tanah watan ini. Apatah lagi mungkin juga anak-anak Melayu/Bumiputera hanya mampu menggigit jari melihat berbondong-bondong anak-anak Cina menjinjit beg pakaian ke kampus Universiti Merdeka di Lembah Pantai. Bersyukurlah Dyana Sofya, impian itu tidak menjadi kenyataan.

3. Namun, cita-cita DAP itu tidak terhenti selepas kegagalan penubuhan Universiti Merdeka. Mereka menubuhkan sebuah kolej tertiari yang diberi nama Kolej New Era yang dikonsolidasi secara bersama dengan DZJZ sebuah pertubuhan rasis lagi tercelaka. Kini, Kolej New Era beroperasi di Kajang. Kelayakkan diploma dan sijilnya diiktiraf pula oleh MQA dan JPA. Bermakna, Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional juga tidak menanak-tirikan graduan-graduan New Era. Sekurang-kurangnya Dyana Sofya patut berterima kasih kerana graduan-graduan New Era masih boleh memohon untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam di Malaysia, itu pun jika mereka memohon.

4. Saya juga tidak pasti, apakah hanya kerana dasar Destini Anak Bangsa (DAB) kelolaan UiTM sedikit sebanyak membuatkan Dyana Sofya mengetap bibir menahan amarah ?. Boleh jadi YA,pada persepsi saya. Tidakkah Dyana Sofya Mohd Daud mengetahui bahawa program Destini Anak Bangsa adalah satu-satunya program turun padang pihak pengurusan tertinggi UiTM ke ceruk-ceruk kampung, nun jauh di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, mencari bakat-bakat luar biasa lagi berpotensi dikalangan anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk digilap dan digarap agar satu hari nanti anak-anak ini akan kembali kepada masyarakat untuk menabur bakti, ilmu dan budi. Ibarat "Adat pulau limburan pasang". Kenapa perlu ada hasad dalam diri Dyana Sofya ?.

5. Saya yakin Dyana Sofya juga bukan tidak tahu sejarah "turun naik" UiTM yang bermula daripada sebuah pusat latihan vokasional berlarutan menjadi sebuah universiti. Tambah lagi daripada jumlah pelajarnya yang tidak sampai seribu orang pada awal penubuhan Dewan Latihan RIDA pada tahun 1950, kini UiTM boleh berbangga dengan angka pelajarnya hampir mencecah 200,000 orang dengan kekuatan kampus sebanyak 35 buah bertebaran di seluruh negara. Hebatkan sejarah UiTM. Untung juga Dyana Sofya berjaya menjadi salah seorang anak kandung UiTM.

6. Oh ya, dendam kesumat Dyana Sofya hanya kerana UiTM tidak membuka peluang untuk anak-anak Cina, India dan lain-lain bangsa selain Melayu dan Bumiputera. Tidakkah Dyana Sofya Mohd Daud mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional hari ini juga mengiktiraf ijazah-ijazah daripada universiti-universiti Taiwan dan tanah besar, China. Bukan satu dua universiti yang diiktiraf tetapi lebih 20 buah universiti, setepatnya 9 buah universiti di China dan 20 buah universiti di Taiwan. Anak-anak Cina lebih berminat menyambung pengajian di negara-negara terbabit, walaupun dengan pembiayaan sendiri. Bukankah pengiktirafan ini juga membuktikan Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak pernah meminggirkan pendidikan anak-anak bangsa Cina. Saya tidak mahu mengulas pengiktirafan ijazah universiti-universiti di India, tak terbaca pula Dyana Sofya Mohd Daud nanti.


7. Dasar ini mula diperkenalkan pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Orang Melayu secara umumnya membantah sekeras-kerasnya dengan sistem meritokrasi ini. Sebenarnya tanpa mereka sedari sistem ini telah diguna pakai sejak lama dahulu.Jika kemasukkan pelajar bukan berdasarkan kecemerlangan (meritokrasi) dalam akedemik mereka,cara apakah yang kita gunakan sekarang?.Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata.

8. Melalui dasar ini jugalah berbondong-bondong anak-anak Cina, India dan lain-lain bangsa selain bangsa Melayu dan Bumiputera masuk ke universiti-universiti Awam, walaupun setiap universiti awam tidak mengambil lebih 30%-40% pelajar selain bangsa Melayu tetapi adakalanya Kerajaan Persekutuan masih bermurah hati membuka ruang yang lebih untuk anak-anak ini, itupun dek kerana desakan MCA (lihat attachment). Tidak mengapalah, asalkan semua pihak berpuas hati walaupun dikalangan pemimpin Melayu masih menahan sabar dan bertoleransi atas perkara ini.


9. Untuk makluman Dyana Sofya Mohd Daud, hanya di Malaysia yang mana satu-satunya negara yang mengamalkan dasar liberalisasi dalam pendidikan tertiari dimana setiap organisasi berasaskan kaum-kaum utama diberikan peluang untuk menubuhkan pusat pengajian tertiari sendiri seperti MCA dengan TARC dan UTAR, MIC dengan AIMST University di Semeling dan Kolej TAFE di Seremban, Gerakan dengan Wawasan Open University, DAP/DZJZ dengan Kolej New Era, Foong Yew dengan Kolej Universiti Selatan. Jesteru itu, mohon kepada Dyana Sofya Mohd Daud, nyatakan dimanakah pusat pengajian tertiari milik UMNO sepenuhnya ?. Tidak wujudkan ?. Walaupun ramai pihak mengatakan Unitar itu adalah milik UMNO, tetapi lihatlah sejarah penubuhan universiti terbabit, jangan semberono menuduh.


10. Penutup kepada bicara saya kepada Dyana Sofya Mohd Daud, pada hari ini Kerajaan Persekutuan Malaysia lebih mengutamakan konsep perpaduan kaum dalam pendidikan, tetapi tidak sedikit pun Kerajaan Persekutuan Malaysia menafikan pendidikan Vernakular walaupun pada dasarnya ia menyanggahi konsep integrasi dan kebersamaan dalam pendidikan di Malaysia yang bermatlamat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan kaum dengan satu aspirasi nasional, nampaknya gagasan ini tidak mendapat tempat dihati pemimpin parti Dyana Sofya Mohd Daud sendiri, mungkin kerana intuisi Nanyang masih menebal dihati mereka sementelah itulah juga perjuangan untuk menyempitkan apa yang telah diperluaskan oleh Kerajaan Persekutuan hari ini menjadi agenda perjuangan parti kebanggaan Dyana Sofya Mohd Daud sendiri. Apa lagi yang boleh saya katakan lagi. Ibarat Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung. Begitulah keberadaan pendidikan di Malaysia.


11. Saya mengambil secebis ucapan Tan Sri Arsyad Ayub dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen UiTM Terengganu ke 76, katanya, "Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu dan institusi itu kerana ia adalah satu-satunya universiti di dunia yang dikhususkan untuk satu bangsa iaitu Melayu dan bumiputera". Ternyata Dyana Sofya Mohd Daud gagal dalam perkara ini. Jika di Al Azhar, sudah lama ijazah akan ditarik balik jika mencemar nama baik universiti, cukuplah ibrah yang berlaku ke atas Ali Abdel Razziq, bukan setakat ijazah Ph.Dnya ditarik balik malah gelaran Syeikh turut dilucutkan oleh Syiekh Al Azhar. Maaf Dyana Sofya, anda graduan UiTM yang gagal sebenarnya.

Nota : Selamat Hari Guru !

Nor Azizuddin Bin Abdul Manan,
School of International Studies (SoIS)
College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Universiti Utara Malaysia, Sintok.

15 Mei 2014

Referensi :



Azizan Mat. (1998). Akta Universiti dan Kolej Universiti : satu analisis terhadap persepsi dan pendapat masyarakat umum di Malaysia (Latihan Ilmiah Universiti Malaya). Kuala Lumpur.

James Chin. 2001. Malaysian Chinese Politics in the 21st Century: Fear, Service 
and Marginalisation. Asian Journal of Political Science 9 (2): hlm 78-94.

Qarar Al Azhar Raqam 101 (Am 1911 Miladiah). Maktabah Mubarak, Universiti Al Azhar Al Mansurah. Pemecatan Ali Abdel Razziq dan perlucutan ijazah Ph.D oleh Majlis Tertinggi Ulama-ulama Al Azhar.


#PRKTelukIntan Menyaksikan Pertembungan 1 LAWAN 1. #BN VS #DAP #bn4telukintan #MahSiewKeong

Tamat sudah proses penamaan calon yang berlangsung selama satu jam bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi tadi di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka iaitu calon BN dan calon DAP. BN meletakkan Mah Siew Keong (Presiden GERAKAN) sebagai calon Parti manakala penentangnya ialah Dyana Sofya dari parti DAP.

PRK Teluk Intan P076 diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 31 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Teluk Intan manakala 27 Mei untuk pengundian awal.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu.



Dyana Sofya dan dakyah #RBA. #PRKTelukIntan #DAP

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kali ini terdapat seramai 45 orang pengundi berumur lebih 100 tahun, 38.61 peratus pengundi adalah Melayu, Cina (41.94 peratus) dan India (19 peratus).

Calon DAP di Teluk Intan ialah Dyana Sofya Mohd. Daud merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang. Ibu Dyana Sofya sebenarnya bekas ahli Wanita UMNO yang aktif di peringkat bahagian. Sekiranya pembaca ada mengikuti artikel saya yang lepas maka kalian akan teringat yang saya mengatakan bahawa pakatan pembangkang sering mengambil individu yang memiliki ‘DNA’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya dipakejkan sebagai jaguh dalam parti mereka.

UMNO dan BN ialah kilang penawaran bakat terbesar kepada pakatan pembangkang. Peliknya setiap hari ada sahaja tuduhan dan dakwaan disebarkan kepada orang ramai betapa lemah dan jahatnya UMNO dan BN.

Dalam isu ini sebenarnya pihak media sosial BN yang tidak peka dan terperangkap dalam jerat yang diumpan oleh pakatan pembangkang. Dalam DAP sebenarnya sama juga seperti parti PKR yang mana terdapat kumpulan yang pro Istana Segambut dan sebaliknya.

Begitu juga dalam DAP, terdapat kumpulan yang pro Dinasti Lim dan yang menentangnya. Banyak penganalisis politik sebelum ini meramalkan keluarga Dinasti Lim sudah tidak sehaluan dengan keluarga Ngeh dan Nga di Perak.

Terdapat beberapa calon berpotensi sebelum ini yang dilihat sebagai penyokong kuat keluarga Ngeh dan Nga di Perak. Mereka ialah Setiausaha Politik Nga Kor Ming, Chong Zhen Min dan Hee Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai ‘SUPERMAN’.

Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

Nampaknya sebelum pilihan raya bermula Dinasti Lim sudah hampir menang dalam dua pertarungan iaitu secara dalaman dan luaran.

Oleh itu adalah penting bagi BN untuk sedar daripada lamunan dan tidak berterusan terperangkap dalam permainan dan taktik kotor DAP ini yang akhirnya hanya menguntungkan mereka tetapi BN pula yang terpalit dengan dakyah dan pembohongan pihak pembangkang yang didalangi RBA.

Penulis ialah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation.

Utusan Malaysia

Saturday, 17 May 2014

Tidak Dosa Gulingkan Kerajaan - @adamadli


Kerajaan persekutuan dibawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) masih tidak tumbang sekalipun sudah banyak demonstrasi jalanan dianjurkan.

Aktivis mahasiswa pro-pembangkang Adam Adli turut berkata, tidak menjadi satu dosa sekiranya rakyat mahu menumbangkan sesebuah kerajaan, atas tiket demokrasi.

"Berbelas-belas demonstrasi selepas reformasi, kerajaan masih tidak jatuh. Tidak pernah menjadi satu dosa untuk rakyat menjatuhkan kerajaan. Itu hak dibawah demokrasi. Cuma cara yang bagaimana, dalam pilihanraya atau jalanraya, terpulang kepada diri masing-masing. Perlu diingatkan bahawa kerajaan itu bukan BN dan BN itu bukan kerajaan,"

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Forum Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 : Batal Atau Sah, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini malam tadi.

Forum anjuran bersama badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 dan NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu turut dihadiri peguam yang mengendalikan kes PAA 2012 N. Surendran selaku panelis pertama dan Peguam Eric Paulsen selaku panelis ketiga sementara Michelle Yesudas selaku moderator.

Dalam pada itu Adam yang mula popular sejak insiden biadap menurunkan potrait Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan UMNO sebelum ini turut berpendapat bahawa terdapat empat (4) mitos berkaitan perhimpunan aman yang pernah dianjurkan dalam negara.

"Mitos pertama tentang perhimpunan, peniaga rugi. Ini mitos, peniaga tidak pernah rugi, keropok lekor di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) habis semasa 'May Day' (Himpunan Bantah GST) hari itu. Himpunan Bersih sebelum ini, peniaga air, keropok, 'nugget' dan sebagainya walaupun ditembak dengan 'watercanon' (gas pemedih mata), mereka (peniaga) akan membuka (berniaga) semula selepas bergaduh dengan polis,"

"Kedua, dimana hak 'silent majority' (majoriti senyap)? Dulu tahun 2008 dia bolehlah cakap dia majoriti, kamu sudah jadi majoriti, kenapa senyap? Bersuaralah sepatutnya. Selepas tahun 2013, mereka bukan lagi majoriti senyap, mereka kini minoriti yang kena senyap,"

"Mitos ketiga, menyebabkan huru-hara. Huru-hara itu itu luas maknanya. Boleh jadi pecah bangunan, harta benda awam, bising dan sebagainya. Tetapi kalau diberi bantuan oleh pihak polis dimana rakyat yang datang berhimpun juga membayar cukai, orang ramai yang menjadi warganegara yang ada hak di bawah perlembagaan dan undang-undang Malaysia seharusnya diberi ruang dan selama ini belum ada lagi 'riot' berlaku dalam negara ini. 'Major rally' sebelum ini, kerajaan kata ini pencetus huru-hara tetapi jalanraya dalam negara terutamanya di kota Kuala Lumpur masih boleh digunakan seperti biasa. Hendak tengok huru-hara, tengok di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Terengganu,"

"Keempat, dikatakan perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan. Implikasi ini sangat penting. Kita perlu faham bahawa daripada tuduhan ini ia boleh mengaitkan sesuatu himpunan itu lebih jauh termasuk daripada pengunaan PAA, boleh dibawa sehingga Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah, akta polis dan sebagainya, dia boleh menggunakan macam-macam akta," katanya.

Selain itu Adam juga menyifatkan Perdana Menteri sebagai tidak konsisten dengan setiap pendirian terutamanya ketika berada diluarnegara.

"Najib ada satu perangai, saya perhati sejak dahulu lagi. Bila dia bercakap diluarnegara, bercakap dengan 'orang putih', dia akan cakap 'kami pro-human right', jaga hak rakyat berbicara, himpunan, apa-apa sahaja dia nak jaga. Tetapi dalam hal berkaitan Comango, Najib ketika respons di luarnegara kata, kita akan perhatikan apa laporan yang dibawa oleh Comango dan pastikan hak-hak rakyat negara ini dipelihara. Ini didepan 'orang putih', balik Malaysia sehari lepas itu keluar di TV3 kata Comango akan didakwa,"

"Semasa Presiden Amerika Barack Obama datang, kata kami (Malaysia) pro-human right. Saya 'search google' hendak tengok manusia dalam sejarah dunia yang menggunakan terma 'human rightism'. Najib pencapaian terbesar 2014, dia cipta terma baru, artikel 10. Artikel 10 sebenarnya menjamin hak siapa, kalau menjamin hak kerajaan, betul. Hak kerajaan untuk berbicara, dia ada televisyen dan radio. Rakyat ada apa? Akhirnya ada ucapan seperti ini, majlis atau rapat umum. Hak untuk berhimpun? Kerajaan dan sistem di bawah kerajaan mereka ada pilihanraya, rakyat hanya ada demonstrasi. Hak untuk berpersatuan, kerajaan ada parti politik, rakyat hanya ada 'union', tetapi diharamkan misalnya, pelajar tidak boleh union, pemandu teksi dan beca boleh berpersatuan. Inilah keadaan negara kita," ujar beliau.

Video: Dyana Sofya DAP Kutuk Kerajaan Tidak Amalkan #UiTM Kepada Semua Kaum @datosahol @LawSocUitm @umnoonline



Cadangan mewujudkan institusi pendidikan untuk bukan Melayu ala Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Dyana Sofya adalah bodoh!

Melihat cadangan kritikal yang dikemukakan oleh bekas graduan UiTM itu, sebagai Melayu yang tidak kenal sejarah dan menjadi mangsa diperalat DAP.

Dyana seharusnya memahami falsafah penubuhan UiTM yang diasaskan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Kenyataan sebegini berbentuk perkauman. Dia tidak faham sejarah, sebab itu tiada semangat patriotik. UiTM jelas dilindungi Perlembagaan dalam Perkara 153. Ini hak kita dan jangan pertikaikan.

keistimewaan UiTM tidak perlu dipertikaikan kerana masih ada 19 institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terbuka kepada semua kaum dan tidak dihadkan kuota kemasukannya.

Biarkan UiTM seperti sekarang. Universiti itu perlu terus memainkan peranannya bagi membantu anak bumiputera. Kita tidak lihat ada keperluan untuk membuka UiTM kepada kaum lain.

Dyana kena faham falsafah pendidikan UiTM yang mengutamakan orang Melayu menjadikan dia berjaya hingga ke hari ini.

Dyana yang berasal dari Ipoh , Perak itu ialah graduan undang-undang UiTM dan kemasukannya ke dalam DAP ada ura-ura bertanding di PRK Teluk Intan yang akan datang.

Bagi admin ini satu kenyataan yang biadap serta kurang ajar dan kenyataan ini tidak sepatutnya keluar dari mulut graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sendiri. Malas dah nak ulas lebih panjang-panjang cukuplah setakat ini, kerana lagi diulas, lagi sakit hati.

Friday, 16 May 2014

#PemilihanPKR :Mana Kebebasan Suara?Ahli Digantung Kerana Dedah Kelemahan Parti Pada Media @PemilihanPKR @Ambiga_S @rafiziramli



Dua ahli PKR dari cabang Kampar dan Pasir Salak digantung keahlian selepas didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti ekoran mendedahkan kelemahan proses pemilihan parti secara terbuka kepada media.

Keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat biropolitik yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali dan dianggotai oleh Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Tan Sri khalid Ibrahim dan beberapa anggota biropolitik lain.



Ahli PKR Cabang Kampar terlibat adalah Sarimah Abdul Ghani @ Monniza yang digantung keahliannya ekoran mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka dan kemudiannya disiarkan menerusi akhbar Berita Harian pada 12 Mei lalu.

Hukuman sama turut dikenakan kepada ahli PKR cabang Pasir Salak, Md Yusop Kamaruddin selepas memuat naik kenyataan serupa menerusi laman media sosial Facebook.

Kedua-dua individu tersebut didapati bersalah melanggar peraturan Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu 'sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum'.

Selaian Sarimah dan Md Yusof, enam lagi individu turut digantung keahlian di atas pelbagai kesalahan melanggar peraturan pemilihan.

Kesemua mereka turut diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti.

Sejumlah 12 cabang PKR Selangor terpaksa mengadakan pemilihan semula ekoran kekecohan ketika hari pemilihan berlangsung.

Tarikh pemilihan semula walaubagaimanapun belum lagi ditetapkan.

@Khalid_Ibrahim Mendahului @AzminAli Dalam Pemilihan #PKR #Selangor. #PR

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi negeri Selangor menyaksikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima jumlah undi tertinggi dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR setakat ini.

Setakat pukul 3.30 petang ini, Abdul Khalid menerima 2,732 undi berbanding pencabarnya, Azmin Ali meraih 1,062 undi manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya 248 undi hasil kiraan yang dibuat melibatkan peti undi enam cabang PKR di negeri ini iaitu di kawasan Pandan, Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara, Kuala Langat dan Sepang.

Menurut sumber parti itu, daripada keenam-enam cabang PKR tersebut, Abdul Khalid menerima 656 undi di Sepang diikuti 392 undi (Kuala Langat); 479 undi (Petaling Jaya Utara); 861 undi (Puchong) selain menerima 248 undi di cabang PKR Serdang.

Bagaimanapun, bagi cabang Pandan, Saifuddin Nasution menerima 174 undi melebihi daripada Abdul Khalid dan Azmin yang mana masing-masing hanya memperoleh 96 dan 140 undi.

Pada masa yang sama, sumber berkenaan turut menyatakan kedudukan Abdul Khalid dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden PKR dilihat semakin positif setakat ini apabila mendahului jumlah keseluruhan undi sekali gus mengatasi Azmin dengan kelebihan 59 undi.

Menurut sumber itu, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, Abdul Khalid memperoleh 11,837 undi diikuti Azmin dengan jumlah undi sebanyak 11,778 manakala Saifuddin meraih 7,624 undi.

UTUSAN MALAYSIA