Tuesday, 24 February 2015

#DASH: @azminali Menteri Besar Sepenggal Jika Batal #DASH?


Laju betul Azmin Ali buat kerja pembatalan pembinaan lebuhraya KIDEX berbanding kelembapan beliau dalam isu Datum Jelatek. Kini kecoh pula di akhbar berkenaan rayuan sebahagian penduduk yang tidak mahukan lebuhraya DASH pula. Adakah Azmin Ali ingat semua penduduk Selangor membantah pembinaan kedua-dua lebuhraya tersebut? Mengapa Azmin Ali sangat mementingkan kumpulan anti-DASH dan anti-KIDEX yang bilangannya tidaklah sebanyak mereka yang menyokong pembinaan lebuhraya yang akan memudahkan pergerakan penduduk di kawasan terbabit?

Negara kita memang diketahui mempunyai jaringan lebuhraya yang sangat berkualiti lagi canggih. Kesemua lebuhraya yang telah siap dan dalam pembinaan mendatangkan kemudahan buat penduduk untuk bergerak sampai ke destinasi. Maka apabila terdapat proposal untuk pembinaan lebuhraya, ianya sudah semestinya dibincangkan terlebih dahulu dan sudah tentu ada demand dari penduduk. Kalau tiada demand, maka tiada sebab untuk pembinaan lebuhraya diadakan. 

Jadi mengapa Azmin mendengar isi hati kumpulan anti lebuhraya yang pentingkan diri sendiri ini daripada penduduk yang benar-benar memerlukan pembinaan lebuhraya tersebut? Adakah kerana beliau ingin jaga hati dan pancing undi? Jika ya jawapannya, Azmin juga harus tahu bahawa penduduk yang mahukan pembinaan highway tersebut turut akan mengundi malah bilangan mereka lebih ramai dan sudah tentu kedudukan Azmin dalam bahaya. Apatah lagi apabila godfather beliau telah disumbat dalam penjara, siapa yang akan backup golden boy ini? Azmin ingat beliau tiada musuh? Ketahuilah Azmin bahawa perangai freeloading beliau yang tidak pernah bersusah payah masuk ISA kerana mempertahankan Anwar Ibrahim seperti penyokong Anwar yang lain,dapat menjadi Menteri Besar atas ehsan PAS sebenarnya mengundang ramai musuh yang hanya menghitung hari untuk menjatuhkan karier politik beliau. Jika lebuhraya DASH turut dibatalkan Azmin,ramai yang positif kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar hanya untuk sepenggal sahaja.

Tuesday, 17 February 2015

#AnwarVerdict:Anwar Keluar Penjara Sebentar,3 Juta Turun Bersolidariti! @n_izzah @drwanazizah @rafiziramli


30 orang manusia dan 2.99 juta mikrooganisma beserta kepelbagaian bio telah turun ke Mahkamah Jalan Duta bagi bertemu Anwar Ibrahim dan bersolidariti dengan beliau yang diberi kelonggaran untuk menyambung kes beliau menyaman Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini. Kaum kerabat Anwar Ibrahim dari beberapa hari lepas telah meuar-uarkan kepada rakyat di Twitter dan menyeru rakyat untuk turun bertemu dan menyokong Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakan disebabkan kesalahan meliwat. 



Alangkah sedihnya Anwar yang menjangkakan kehadiran ribuan dan jutaan rakyat namun hanya 0.00003 peratus dari rakyat Malaysia yang masih peduli dan percaya beliau tidak bersalah. Ini tamparan hebat buat Istana Segambut kerana kini sudah jelas lagi sejelasnya Pakatan Rakyat sudah tiada lagi impak dalam dunia politik tanahair. PAS seakan sudah dapat menghidu peranan parti itu sebagai pemberi undi, pemenuh majlis dan budak suruhan PKR dan DAP. Di saat PAS berkabung dengan kematian Tuan Guru Nik Aziz, boleh pula PKR menyuruh parti2 dalam pakatan untuk berdemo untuk bebaskan Anwar dan minta macam-macam keistimewaan dalam penjara. Dia ingat dia siapa? Jasa pada negara pun tiada!

Kehadiran yang menyedihkan ini ternyata memberi signal kepada keluarga Istana Segambut bahasawanya rakyat sudah muak dengan drama dan penipuan demi penipuan hanya untuk mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri. Tinjauan di FB dan Twitter mendapati rakyat sudah celik dengan aspek teknikal kepada kekalahan Anwar. Ramai yang menempelak Anwar yang diam seribu bahasa dalam mahkamah, tetapi di luar mahkamah meroyan dan memaki hamun para hakim dan pendakwaraya. Namun, satu perkara yang buat rakyat meluat ialah apabila Anwar dan keluarganya menggunakan rakyat marhein untuk berjuang bagi dirinya, untuk rakyat pula? Habuk pun tiada!


Monday, 16 February 2015

#AnwarVerdict: #PKR Tak Tahu Malu,Mahu Kekalkan Jawatan Ketua Pembangkang. @Fuziah99 @azminali @rafiziramli @cmlimguaneng


Admin rasa parti yang paling tak tahu malu adalah Parti Keadilan Rakyat. Semalam, Ahli Parlimen PKR iaitu Fuziah Salleh telah bertegas mahu Pakatan Rakyat untuk mengekalkan pemimpin parti PKR sebagai Ketua Pembangkang setelah Anwar Ibrahim disumbat dalam penjara atas kesalahan meliwat. Menurut Fuziah, parti PKRlah yang selama ini merapatkan jurang dan hubungan DAP dan PAS dan banyak perjasa dalam pakatan haram yang tidak berdaftar itu.

Admin pula berpendapat, PKR ni memang dasar tak reti malu dan tak sedar diri. Tahukah anda jika tiada parti PAS dan DAP, PKR hanyalah picisan ibarat sampah? Lihat sahaja pada hari Anwar dijatuhkan hukuman meliwat, berapa kerat orang sahaja yang hadir? Dari situ kita dapat lihat betapa sedikitnya ahli PKR berbanding PAS. Dan kantoilah selama ini orang-orang PASlah yang memenuhi undi,memenuhi kerusi untuk program-program Pakatan Rakyat seperti Bersih dan Himpunan Blackout!Kelibat Unit Amal PAS bagaikan keldai yang terpaksa menjaga macai Pakatan Rakyat yang berdemo macam monyet. Maka admin rasa ada baiknya Ketua Pembangkang yang baharu di kalangan pemimpin PAS berbanding PKR!

Nak harap kat DAP pula?Baik tak payah!Kalau anda semua nak tahu, DAP tidak akan bersusah payah rebutkan jawatan tersebut. Buat habiskan tenaga dan air liur sahaja!DAP ni pandai, dari bergaduh gila kuasa tentang jawatan, baik mereka senyap-senyap lebarkan sayap kekuatan parti dengan menabur duit pada orang-orang Melayu yang bodoh. Dengan ini apabila orang Melayu menjadi ahli DAP (pangkat bawahan sahaja), mereka boleh keluar dari Pakatan Rakyat dan membina parti yang lebih kuat dari PAS dan PKR!


Wednesday, 11 February 2015

SAMBUTAN HARI KEKASIH HARAM DISISI ISLAM. @jakimOfficial

Keimanan dan keyakinan terhadap Aqidah Syariat Islam amat perlu untuk membolehkan kita mematuhi Islam secara keseluruhan. Kepatuhan kepada ajaran Islam secara menyeluruh akan membolehkan kita merasakan dan menampilkan keindahan Islam yang sebenar. Namun demikian, disebabkan kurangnya iman dan keyakinan terhadap Islam membuatkan segelintir manusia cenderung melakukan perkara yang menyalahi Aqidah dan Syariat.

Sebagai contoh, menjelang 14 Februari setiap tahun, terdapat di kalangan umat Islam terutama sekali generasi muda yang meraikan Hari Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka meraikannya kononnya untuk menyatakan serta membuktikan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing.

Ada pasangan yang menzahirkannya dengan pemberian bunga dan hadiah-hadiah lain. Dan tak kurang pula yang meraikannya dengan melempiaskan hawa nafsu atas alasan “demi cintaku padamu, kuserahkan jiwa raga”. Ekoran itu, berlakulah khalwat pasangan Islam yang belum berkahwin yang secara langsung membuktikan bahana sambutan Hari Valentine tersebut.

Padahal, sudah terang lagi bersuluh bahawa Valentine’s Day adalah perayaan orang Barat bukan Islam sekali gus haram disambut oleh orang Islam. Ia mempunyai unsur-unsur yang mempromosi perbuatan maksiat, iaitu sesuatu yang bercanggah dan dilarang keras oleh Islam.

Dengan hal yang demikian, orang Islam yang meraikan Hari Kekasih pada 14 Febuari boleh disifatkan sebagai telah meniru budaya orang Barat yang bukan Islam. Perbuatan meniru budaya negatif orang lain akan merosakkan akidah dan meruntuhkan akhlak. Hal ini diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud :
“Barang siapa yang menyerupai (meniru tingkah laku) sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”. (HR Abu Daud).
Menurut Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) amalan menyambut dan meraikan Hari Kekasih atau Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan dan ditegaskan di sini bahawa perbuatan mempromosi dan meraikan Hari Valentine adalah salah di sisi ajaran Islam. Orang Islam yang terlibat dengannya boleh diambil tindakan yang sewajarnya menurut Enakmen Undang-undang Syariah yang sedia ada.



INTISARI KHUTBAH JUMAAT 14 FEBRUARI 2014

Tuesday, 10 February 2015

#AnwarVerdict:Dihukum Penjara 5 Tahun,Diescort Ke Penjara Sungai Buloh Dalam SUV Polis!



Kalau ikutkan keadilan, sudah lama Anwar dibawa ke Penjara Sungai Buloh menaiki trak polis,seperti pesalah liwat yang lain. Tapi admin dah cakap mahkamah sungguh lenient bagi Anwar kelonggaran untuk menaiki kereta SUV yang selesa untuk ke penjara Sungai Buloh. Malah permintaan beliau untuk ke Penjara Sungai Buloh turut dipenuhi. Maka, dengan ini, apa lagi yang Anwar mahu? Betullah kata mendiang Karpal Singh, Anwar Ibrahim harus bertaubat!

Grand Finale #Anwar:Solidariti Buat Anwar Atau Majlis Makan Besar Tahun Baru Cina? @azminali @drwanazizah #RakyatHakimNegara #LiwatTetapLiwat



Semalam sudah tentu Anwar Ibrahim menjangkakan solidariti mega dari macai-macai beliau seperti Reformasi 1.0 dahulu kala. Namun, ternyata sangkaannya jauh meleset kerana kehadiran rakyat hanyalah dalam lingkungan 1500 orang sahaja! Majlis tersebut dimulakan dengan majlis makan malam yang disajikan oleh restoran bukan Islam dan dari 200 meja yang ditempah, hanya 20 sahaja yang menyediakan makanan halal!Itupun, kita ragui status halalnya. 



Seperti posting admin sebelum ini, memang admin kasihan melihat mereka yang Islam ini terpaksa tapau nasi campur, KFC dan A&W di kedai berdekatan kerana tidak cukup makanan yang halal. Admin ingin tanya pimpinan PR mengapa tidak sensitif dengan keperluan makanan orang-orang Islam?Tak pentingkah lagi penyokong yang Islam ini?Sehingga harus dianaktirikan?Golongan yang bukan Islam ni bukan main gembira dapat menjamu makanan kegemaran mereka di kanopi yang selesa dan meja bulat seakan upacara makan besar di Tahun Baru Cina.




Barangkali Anwar lupa bahawasanya Barisan Nasional pernah menganjurkan makan besar buat masyarakat Cina di Port Klang,mendapat sambutan yang melimpah ruah,namun undian PRU dari mereka amat mengecewakan!Kalau BN boleh kena tipu sebegitu, Anwar pun berpotensi dikencing oleh mereka yang hanya ingin menjamu selera!Apa-apapun, ada lagi beberapa jam sahaja lagi untuk Anwar menagih simpati rakyat. Ternyata rakyat sudah boleh membezakan perangai hazab beliau yang mencari rakyat di kala tersepit dan kesusahan.

Monday, 9 February 2015

Grand Finale #ANUwar : #Melayu nikmati makan malam hanya atas padang rumput. @cmlimguaneng @n_izzah

Pada Majlis Makan Malam  bersama Anwar, kelihatan penyokong Melayu hanya menikmati makan malam hanya di atas padang rumput. Ada diantara mereka juga terpaksa membawa makanan sendiri. Manakala tetamu DAP yang lain dihidangkan bersama meja dan kerusi bersama makanan yang enak. 


Sebanyak 200 meja yang disediakan untuk tetamu yang kebanyakannya untuk tetamu DAP. Manakala bagi Melayu  mereka hanya dihidangkan  dengan makanan fast food  hanya 20 meja yang disahkan halal.




@JakimOfficial Diminta Siasat Katerer Bukan Islam Di Majlis Makan Malam #PakatanRakyat @cmlimguaneng @drwanazizah @nikabdulaziz




Ada seorang hamba Allah telah inbox admin beberapa info berkenaan makan malam Pakatan Rakyat malam ini di Petaling Jaya. Makan malam ini mungkin farewell buat Anwar ataupun majlis minta simpati sambil kutip derma kayakan ahli politik Pakatan Rakyat. Namun itu bukanlah persoalannya, kerana isunya lebih serius dari yang disangka. Kata hamba Allah yang dahulunya penyokong kuat PR dan kini dalam dilema dengan perangai haramjadah pemimpinnya, katerer yang dilantik untuk menguruskan makan malam itu dipercayai dari restoran bukan Islam!


Nama restoran yang diupah sebagai katerer ialah Restoran Kuan Hwa Kuala Selangor dan pemiliknya dipercayai Ahli DAP Pasir Penampang bernama Tong Seng. Beliau juga pengusaha bot pelancongan di kawasan itu. Restoran tersebut telah disewakan kepada Tiew Ah Sing yang mempunyai beberapa cawangan restoran di Sungai Besar dan Sekinchan. Masalahnya apabila restoran bukan Islam yang menjadi katerer sejauh manakah status halal restoran tersebut? Dari segi penyediaan makanan dan juga menu makanan yang ada, tentu akan timbul keraguan dan was-was, sanggupkah pemimpin Islam PR untuk menelan makanan halal dari kuali yang turut dimasak menu tidak halal?

Ini bukan kali pertama restoran bukan Islam menjadi venue dan katerer untuk program-program Pakatan Rakyat. Sebelum ini kita telah melihat pak haji pakai kopiah yang duduk semeja dengan Carlsberg dan Guiness Stout. Ada juga pak haji yang menyaksikan tarian ghairah K-Pop di majlis anjuran PR juga. 



Tindakan ini seharusnya dikecam kerana perbuatan tidak bertanggungjawab ini jelasnya menghina Islam dan merendahkan martabat Islam di Malaysia. Bayangkan jika Malaysia ditadbir oleh PR, tentunya kontrak katering dan sajian makanan akan diberikan kepada restoran bukan Islam yang diragui status halalnya. Admin minta JAKIM buat siasatan terhadap restoran ini demi kemaslahatan umat Islam di Malaysia.  

Friday, 6 February 2015

#PBT:Gelaran Profesor Kangkung Cermin Ketidakmatangan @LimKitSiang



Tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang melabel dua ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai ‘profesor kangkung’ bukan hanya merendahkan integriti mereka, tetapi turut mencerminkan ketidakmatangan ahli politik veteran itu terhadap hak dan kebebasan ahli akademik untuk memberi pandangan mengenai sesuatu isu.

Pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa UUM Md Shukri Shuib berkata bersandarkan penyelidikan dan kajian yang dilakukan, ahli akademik mempunyai hak demokratik untuk memberi komentar dan ulasan mengenai isu-isu semasa termasuklah isu DAP yang mendesak supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan semula di Pulau Pinang.

“Sebagai ahli akademik, yang juga penjawat awam, kita turut memberi komentar dan pandangan terhadap isu-isu semasa termasuk yang melibatkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. Adakah beliau (Lim) takut dengan teguran ahli akademik dan bimbang pengaruh kami akan memberi kesan terhadap parti beliau?

“Jika beliau sewenang-wenangnya menggelar kami sebagai ‘profesor kangkung’ yang bertujuan memburuk-burukkan imej institusi pengajian tinggi (IPT) dan ahli akademik, beliau juga boleh digelar sebagai ahli politik nyanyuk, suka berleter, tidak demokratik serta membosankan kerana sering mengetengahkan politik lapuk dan ketinggalan zaman,” katanya kepada Bernama.

ERTI DEMOKRASI

Md Shukri merujuk tindakan veteran DAP itu yang baru-baru ini menggelar beliau serta Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed sebagai ‘profesor kangkung’, ekoran hujah kedua-dua ahli akademik berkenaan berhubung isu pilihan raya PBT.

Dalam laporan Bernama yang bertajuk ‘Pilihan Raya PBT Bertentangan Perlembagaan, Cubaan Wujud Autonomi-Penganalisis’ baru-baru ini, kedua-dua penganalisis politik itu berpendapat perjuangan DAP mahu melaksanakan pilihan raya PBT bukan sahaja suatu cubaan untuk mewujudkan autonomi di Pulau Pinang bahkan mencabar keputusan mahkamah, sekali gus menentang Perlembagaan Negara.

Lim dalam tulisannya di laman blog miliknya pada 1 Feb menyebut: “With UMNO’s Kangkong Professors running riot with their illiterate interpretation of national developments, Malaysia’s university ranking can only plunge further south without hope of restoring our former world-class university status”.

Mengulas lanjut hal itu, Md Shukri berpendapat adalah sesuatu yang memalukan apabila ahli politik berpengalaman dan berusia seperti Lim, 74, tidak mengamalkan nilai murni dan bersikap rasional dalam tindakan beliau.

“Lim tidak menghayati erti demokrasi kerana tidak dapat menerima komentar yang bertentangan dengan nafsu politiknya. Di samping itu, beliau juga dilihat suka melabel mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

“Beliau bukanlah pemimpin yang sesuai untuk rakyat Malaysia kerana mengajar masyarakat merendah-rendahkan orang lain,” katanya.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

Pada masa sama, Md Shukri berpendapat DAP harus mempertimbangkan supaya jawatan penasihat parti itu digantikan dengan individu yang lebih dinamik seperti Senator Dr Ariffin S.M Omar, dari Pulau Pinang yang juga bekas profesor di institut pengajian tinggi awam sebelum ini.

Dalam tulisan di blognya, Lim turut mencabar Md Shukri dan Ahmad Martadha untuk menjelaskan pandangan mereka berhubung janji Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan setelah konfrontasi dengan Indonesia berakhir.

Selain itu, beliau menyebut mengenai cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja Athi Nahappan (RCI Athi Nahappan), yang ditubuhkan pada 1965, bahawa pilihan raya kerajaan tempatan harus dilaksanakan pada masa akan datang serta mempersoalkan adakah ahli akademik UUM itu akan menyatakan bahawa laporan RCI Athi Nahappan itu juga sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas perkara itu, Ahmad Martadha berkata Lim langsung tidak menyentuh tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa enakmen pilihan raya kerajaan tempatan yang diluluskan oleh kerajaan Pulau Pinang pada 2012 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mahkamah adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggariskan dengan jelas larangan kepada kerajaan tempatan untuk mengadakan pilihan raya mereka sendiri. Justeru, dakwaan Lim adalah tidak berasas kerana komentar saya adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Laporan Athi Nahappan 1968 secara langsung tidak terpakai apabila Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 digubal. Justeru, tidak berbangkit isu pandangan pemimpin terdahulu atau laporan Athi Nahappan kerana peruntukan Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah sah dan wajib dipatuhi oleh semua PBT,” katanya.

POLEMIK

Isu pilihan raya PBT menjadi polemik hangat apabila DAP berterusan ingin melaksanakan cadangan itu di Pulau Pinang selepas ia dimansuhkan kerajaan pusat pada 1976.

Bagaimanapun, ia ditentang pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya, PAS, yang mendakwa pelaksanaan pilihan raya PBT itu akan mencetuskan insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menerusi panel dianggotai lima hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan kerajaan negeri tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.

Keputusan mahkamah itu turut menyebut Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata DAP menggunakan elemen politik dan cuba memesongkan pandangan masyarakat daripada isu sebenarnya bahawa kononnya mereka cuba memberi kuasa demokrasi kepada rakyat melalui pilihan raya PBT.

“Tiada peruntukan untuk menjalankan pilihan raya itu, malahan Suruhanjaya Pilihan Raya juga tidak layak dan tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikannya. Apa sahaja tindakan mana-mana pihak berkuasa mestilah tidak melebihi kuasa yang diberikan atau berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks ini, pilihan raya yang dibenarkan melalui punca kuasa terbesar di Malaysia (Perlembagaan Persekutuan) ialah pilihan raya untuk parlimen iaitu memilih penggubal undang-undang di peringkat parlimen dan juga peringkat dewan undangan negeri,” katanya.

#Pray4PantaiTimur @nikabdulaziz @nikabduh Mangsa Banjir Di Kelantan Terima Bantuan Bersama-sama Kitab & Komik Ajaran Kristian


Penduduk di Kampung Slow, Machang yang rata-ratanya beragama Islam digemparkan dengan penemuan kitab dakyah Kristian beserta komik yang dikirim sekali dengan bantuan untuk mangsa banjir. Menyedari perkara tersebut boleh menggugat akidah umat Islam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama beberapa NGO tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, petang semalam.

Apa faedahnya buku dakyah Kristian yang berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan komik Kisah Tentang Yesus Kristus kepada orang Islam yang menjadi mangsa banjir di Kelantan? NGO Kristian yang terlibat datang nak membantu meringankan kesusahan mangsa banjir atau sebenarnya mahu menyebarkan dakyah Kristian?

Sebelum ini Gereja Kristian cuba nak cabar kesucian Kalimah Allah SWT untuk disama tarafkan dan disekutukan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian, sekarang NGO Kristian pula cuba nak dakyah agama mereka kepada mangsa banjir yang beragama Islam. Ini sudah melampau.

Di Kelantan berapa kerat sangat penganut agama Kristian? Lebih 95% penduduk di negeri ini menganut agama Islam dan mangsa banjir juga rata-ratanya beragama Islam. Jadi buku dan komik Kristian yang memuja Jesus itu semua tak diperlukan di sini.

Tapi bila buku dakyah agama Kristian disertakan bersekali dalam bungkusan bantuan banjir nampak sangat jelasnya NGO terbabit berniat nak menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam. Satu tindakan biadap, kurang ajar dan tidak memahami sensitiviti agama.

Ini juga merupakan taktik penyebaran dakyah agama Kristian yang cukup jijik sekali. Secara tidak langsung kejadian ini seperti mahu mencabar kesabaran orang Islam dan jika dibiarkan berlanjutan tanpa tindakan boleh menimbulkan suasana tidak tenteram.

Kita harap pihak berkuasa akan menyiasat perkara ini dan berusaha membendungnya segera. Paling penting di masa akan datang, perlu ada koordinasi yang tersusun dan tapisan terhadap NGO yang terlibat dalam mana-mana misi bantuan supaya perkara sebegini tidak berulang.

Thursday, 5 February 2015

Kemelut #PBT: Demi #DAP,Mat Sabu Sanggup Belakangkan TGNA & Bergaduh Dengan Mustafa Ali? #Penang @nikabbdulaziz @cmlimguaneng



Semua orang tahu, Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung PAS juga bagaikan 'mulut dan telinga' buat Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Jadi setiap perbuatan dan kata-katanya terutama kepada media seolah-olah mendapat restu.

Mat Sabu yang umum tahu dia dibayar 'gaji' melalui Perbadanan Air Pulau Pinang nampaknya telah mula mengeluarkan kenyataan membidas kata-kata SUA PAS dengan memberi sudut pandangan melalui jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS.

Mat Sabu juga bukanlah peminat 'Nik Aziz' nampaknya sudah mula tunjuk belangnya memandangkan keadaan kesihatan orang paling berpengaruh di dalam PAS tidak berapa baik.

Di kesempatan itu Mat Sabu sudah mula menyusun langkah untuk menjadi 'king of PAS' sambil dibelakangnya berbaris pemimpin DAP yang menjadi 'suppoter'. DAP sudah mula ingin mengawal PAS.

Perjanjian 'Kelantan Milik PAS' nampaknya semakin pudar jika DAP terus menjadikan PAS sebagai boneka mereka. Apapun kini keretakan telah pun berlaku. Kumpulan-kumpulan kecil pemilihan PAS kini sudah menjadi besar.

Tidak sama seperti UMNO, PAS nampak lebih kasar dan sanggup 'bunuh' kawan untuk jawatan. Kita tunggu dan lihat. Pertembungan Mustafa Ali yang disokong pro ulama termasuk Presiden akan berdiri tegak ataupun rebah setelah terkena pukulan Mat Sabu yang menjadi keldai kepada DAP.

Mahkamah Larang Buat Pilihanraya #PBT,Kenapa #DAP Lawan Hakim? @NajibRazak @cmlimguaneng @tonypua @limkitsiang


Sebenarnya DAP sudahpun tahu akan larangan untuk mengadakan pilihanraya PBT oleh mahkamah sejak tahun lepas lagi. Namun, kenapa mereka degil sangat? Adakah faktor ketamakan kuasa dan peluang yang diberikan oleh PAS dan PKR yang menjadikan mereka terdesak sungguh-sungguh untuk melawan dan menghina mahkamah? Menurut laporan Bernama pada 14 Ogos 2014:

Mahkamah Persekutuan di sini Khamis memutuskan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim berkata kerajaan negeri tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.

Seksyen 15 memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang telah melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggari peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pemansuhan pilihan raya kerajaan tempatan adalah keputusan dasar yang diambil Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, oleh itu permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengecualikan keputusan dasar seperti itu perlu merujuk kepada Majlis berkenaan terlebih dahulu.

Md Raus yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Ramly Ali sebulat suara menolak petisyen yang dikemukakan kerajaan negeri Pulau Pinang dan P. Ramakrishnan, bekas presiden Aliran, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam keputusannya, Raus menegaskan seksyen 10 dan seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan adalah berperlembagaan.

"Parlimen telah menggubal seksyen 10 dan seksyen 15 di bawah kuasa yang diperuntukkan kepadanya mengikut Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkaitan dengan kerajaan tempatan yang turut merangkumi pilihan raya kerajaan tempatan," katanya.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Ramakrishnan memfailkan petisyen memohon untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan yang dimansuhkan 48 tahun lepas, pada 1 Mac 1965.

Pada 27 Jun tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pempetisyen untuk memulakan petisyen bagi mencabar kesahihan peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan yang menghalang badan perundangan negeri daripada mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri-negeri.

Mereka mahu mahkamah mengisytiharkan seksyen 10 dan 15 Akta Kerajaan Tempatan tidak sah dan tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam petisyen itu, kerajaan negeri dan Ramakrishnan berkata pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di George Town pada 1951, dengan dikendalikan pihak berkuasa tempatan.

Mereka berkata Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012 pada 9 Mei tahun lepas dan mewartakannya pada 5 Julai tahun lepas.

Kerajaan Pulau Pinang mendakwa enakmen yang baru diluluskan itu turut melengkapkan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan kuasa perundangan untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang, dan oleh itu suruhanjaya itu secara sah diberi kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hadir di mahkamah hari ini berkata kerajaan negeri akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu yang bertepatan dengan kedaulatan undang-undang.

Pempetisyen diwakili peguam Tommy Thomas manakala kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh dan Alice Loke Yee Ching.

Kalau betul DAP mengamalkan CAT (Kompetensi,Akauntabiliti dan Transparensi), sudah tentu mereka menghormati keputusan mahkamah. Mengapa jika melibatkan UMNO atau BN,cepat sahaja mereka suruh polis dan mahkamah ambil tindakan, tapi bila kena batang hidung sendiri, berdegil dan tergamak hina mahkamah. 


Wednesday, 4 February 2015

Pilihanraya #PBT:Kenapa hanya #PAS perlu patuh konsep konsensus #PR? @nikabduh @cmlimguaneng @tonypua



PAS mencabar DAP untuk membentangkan rang undang-undang persendirian pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Parlimen daripada terus mengkritik pihak yang mempertikaikan kesan negatif pilihan raya itu di media.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama seperti isu Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (hudud) yang timbul baru-baru ini, kelulusan usul di dalam dewan negeri sahaja untuk pilihanraya kerajaan tempatan tidak cukup, kerana ada perkara yang terhalang di peringkat Perlembagaan Persekutuan.

Kata Tuan Ibrahim, hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan bukan dasar yang dipersetujui bersama dan DAP telah bertindak menggunakan cara mahkamah untuk mendapat kelulusan bagi melaksanakan pilihan kerajaan tempatan.

“Meskipun ia tidak berjaya, tapi ia jelas menunjukkan konsensus PR tidak diperlukan untuk DAP meneruskan janji manifestonya untuk Pulau Pinang.

“Apakah hanya PAS di Kelantan yang perlu didesak untuk mematuhi konsep konsensus PR, manakala komponen parti lain tidak memerlukannya, untuk mengotakan janji pilihanrayanya untuk melaksanakan hudud di Kelantan?

“Akhirnya, membawa pilihanraya tempatan ke parlimen ini adalah jauh lebih baik dari bertengkar di media, dan mencemuh mereka yang melahirkan kebimbangan terhadap kesan negatif pilihanraya kerajaan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 14 Ogos 2014, permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk diadakan pilihanraya kerajaan tempatan telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

Menurut Tuan Ibrahim, sekiranya DAP yakin pilihanraya kerajaan tempatan merupakan usaha menyuburkan sistem demokrasi, mereka perlu berusaha untuk membawa usul itu ke Parlimen melalui rang undang-undang persendirian kerana ia sebahagian dari amalan demokrasi.

“PAS sedia berhadapan dengan risiko ditolak dan ditentang oleh rakan Pakatan Rakyat jika kerajaan Kelantan mengemukakan private bill untuk Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan.

Sebagaimana PAS, DAP juga harus bersedia menghadapi kemungkinan cadangan pilihanraya kerajaan tempatan ditolak di peringkat parlimen.

“Tetapi, membawa perkara ini ke parlimen adalah lebih baik bagi DAP kerana kebarangkalian akan ada ahli parlimen PAS yang akan menyokong pilihanraya kerajaan tempatan adalah lebih tinggi daripada kebarangkalian adanya ahli parlimen DAP yang akan menyokong hudud,” katanya sinis.

Sumber

#PAS, #PasMa kemaruk tunjuk kesetiaan dengan #DAP dan #PKR - Fairus


PAS dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dilihat kemaruk untuk menunjukkan kesetiaan terhadap DAP dan PKR setelah masing-masing mula bersuara sekali gus menimbulkan pertelagahan terbuka antara kedua-dua pihak berkenaan.

Perang terbuka antara PAS dan PasMa yang sebelum ini suam-suam kuku hari ini dianggap menjadi medan terbuka setelah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula bersuara ‘garang’ terhadap entiti baru berkenaan yang kemudiannya dibalas pula oleh Pahrolrazi selaku Presiden PasMa.

Mengulas mengenainya perkara itu, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata sewajarnya PAS sudah pun 'mufaraqah' dengan gabungan pembangkang setelah parti dilihat sekadar pelengkap kepada gabungan pakatan berkenaan.

Namun menurut beliau apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya apabila PAS dilihat bersaing dengan PasMa untuk terus kekal dan terus berada di dalam pakatan pembangkang

"Gabungan pembangkang sebenarnya sudah tidak lagi relevan dalam konteks memperjuangkan bangsa dan rakyat negara ini kerana masing-masing dilihat hanya mengutamakan survival mereka semata-mata. Sepatutnya Pas sudah lama angkat kaki meninggalkan gabungan tersebut.

"Dengan apa yang berlaku hari ini, nampaknya mereka bersaing dan berlumba-lumba pula untuk dijadikan alat di dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR. Sekali fikir memang pelik juga," katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah pergeseran yang berlaku hari ini sebenarnya meruntuhkan kredibiliti PAS itu sendiri.

"Jika diperhalusi sebenarnya imej PAS sebenarnya telah lama runtuh dan perkembangan terbaru kali ini meranapkan lagi wajah sebenar PAS,” ujarnya.

PasMa 'dipersilakan' meninggalkan Pas sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.‎

Dilaporkan Presiden Pas itu dengan berkias meminta semua pihak di dalam parti Islam itu agar jangan membocorkan dan merosakkan 'bahtera' parti sekiranya mereka merasakannya bergerak perlahan dan mempunyai kekurangan.

Manakala reaksi PasMA pula, pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar daripada Pas kerana muktamar Pas sebelum ini memutuskan bersama dengan Pakatan, kata Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

#DAP dan Agenda 3S Yang Tidak Diketahui Ramai #PAS #PASma @cmlimguaneng @tonypua @limkitsiang



Menurut laporan Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengingatkan parti itu tentang agenda mencurigakan membabitkan rakan sekutunya yang didakwa mahu membolot kekuasaan di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan isu agama.

Beliau yang menamakannya sebagai Agenda 3S (Singapura, Sabah dan Sarawak) berkata, Pas perlu melihat lebih jauh dan bukannya sekadar menawan Putrajaya sahaja kerana ada musuh yang jauh lebih besar di selatan tanah air seperti PAP.Mohd. Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas mendedahkan, antara agenda utama gerakan itu ialah menjadikan Sabah dan Sarawak seperti Si­ngapura. Malah ada juga segelintir pemimpin politik DAP yang sering ulang alik ke Singapura.

Keakraban DAP dan PAP memang diketahui umum kerana DAP sebenarnya adalah pecahan PAP dan kini DAP sudah dapat melihat peluang untuk mereka menjadi pemerintahan PAP di Singapura apabila PAS memberikan peluang kepada mereka. Apabila mereka melihat PAS sudah bijak mengagak langkah jahat DAP, mereka terus menghasut ahli-ahli PAS yang boleh menjadi barua mereka untuk keluar dari PAS dan tubuhkan NGO bernama PASma.

PASma kini dijadikan alat dan puppet untuk melebarkan sayap DAP ke Sabah, Sarawak dan juga di kubu kuat PAS di Kelantan. Keberanian dan kebaculan DAP ini seharusnya dihentikan dengan kadar segera kerana akan mencetuskan perbalahan dan huru hara. Orang Melayu yang bersama DAP harus sedar akan permainan jahat mereka yang menaburkan duit apabila mahu menggunakan mereka dan akan tinggalkan mereka apabila objektif mereka tercapai.



#DAP Sudah Tidak Sabar Mahu #PasMa Ganti #PAS @cmlimguaneng @nikabduh @nikabdulaziz



Seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak menolak kemungkinan DAP ‘menyerang’ PAS dengan matlamat mahu menolak keluar parti itu daripada Pakatan Rakyat (PR) dan diganti dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Nasruddin Hassan Tantawi yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata layanan DAP terhadap PAS jauh berbeza dengan sikap parti itu terhadap PasMa sejak akhir-akhir itu.

“Itu salah satu spekulasi yang wujud (bahawa DAP mahu PasMa ganti PAS dalam Pakatan Rakyat)…sebab PAS diserang, namun PasMa diajak, dijemput bersama dalam majlis (bersama DAP),” kata Nasruddin kepada Antarapos.

“Tetapi apabila DAP berkawan dengan orang yang ditolak PAS dan menyerang PAS tanpa belas kasihan, maka saya lihat ada satu rancangan tertentu seperti mahu menyingkirkan PAS dari PR,” katanya.

Bulan lalu, rombongan PasMa mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP.

Pertemuan peringkat tertinggi itu dilihat sebagai cubaan DAP untuk berjinak dengan kumpulan penyokong PAS yang menolak kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden parti.

Baru-baru ini Hadi ‘mempersilakan’ ahli-ahli PasMa meninggalkan parti jika merasakan tidak lagi sehaluan dengan perjuangan PAS.

PAS pada 12 Oktober lalu mengeluarkan satu larangan kepada ahli-ahli parti untuk tidak menyertai sebarang aktiviti anjuran PasMa, dan selarasa dengan peringatan Hadi sebelum ini supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti.

Ditubuhkan 11 Ogos tahun lalu, PasMa diketuai bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi yang dilihat tidak sebulu dengan Hadi.

Pasma dituduh sebagai kumpulan yang lebih cenderung memihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sungguhpun beberapa tindakan beliau ditentang oleh kalangan pemimpin kanan PAS, khususnya dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh semalam memberitahu parti belum melihat sebarang keperluan untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap ahli-ahli PasMa.

#PBT #DAP:Tahniah #PAS dan #HajiHadi,Allah Telah Tunjukkan Jalan Sebenar. @nikabduh @nikabdulaziz @cmlimguaneng




Walaupun video ini panjang, namun admin seru pembaca untuk tonton sampai habis kerana pengisiannya yang sangat bagus. Nampaknya Haji Hadi dan PAS telah buka mata akan agenda tersembunyi kawan tahaluf mereka, DAP. Dari isu PBT yang dilihat akan lebih memecahbelahkan kaum sehinggalah kepada agenda DAP yang ingin meluaskan kuasa mereka di Kelantan, Sabah dan Sarawak melalui barua terbaru mereka iaitu PASMA.

Melalui ucapan beliau, Haji Hadi dilihat sudah tawar hati dengan kerakusan DAP yang semakin tamak untuk menambah kuasa. Diharap PAS dapat menjauhkan diri dari DAP laknatullah kerana sudah terbukti parti chauvinist itu hanya akan mensisihkan PAS apabila berkuasa kelak. Walaupun dalam video itu Haji Hadi masih enggan bertahaluf dengan UMNO kerana merajuk, namun beliau seolah-olah bersetuju untuk bekerjasama demi kebaikan umat Melayu Islam.

Pasal nak bertahaluf dengan UMNO tu tak apa kalau bukan sekarang kerana resmi orang tua merajuk, boleh bawa sampai ke mati. Namun, tolonglah PAS jangan lagi bekerjasama dengan DAP. Disebabkan undi orang-orang PASlah DAP dapat berkuasa,namun selepas memegang jawatan strategik dalam politik, mereka kecam rakan yang bawa kemenangan itu. Lebih teruk lagi apabila DAP mencuri ahli-ahli PAS yang liberal untuk menubuhkan PASMA dan siap dipanggil mengadap Khalifah Lim Guan Eng untuk memberi restu.