Monday, 29 June 2015

@Khalid_Ibrahim Sound @azminali Gagal Urus Krisis Air, MB Terburuk Dalam Sejarah?


Lama kita tak dengar perkembangan mantan Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI). Beliau seorang yang jarang bersuara melainkan jika ada sesuatu yang menganggu beliau, seperti masalah kebajikan rakyat yang dikasihi. Setelah Khalid dikhianati dan ditikam belakang oleh geng Azmin Ali, beliau tersangatlah gentleman dan redha dengan keputusan itu kerana bagi beliau kebajikan rakyat lebih penting dari karier politik sendiri.

Justeru apabila dilihat MB Selangor yang baharu ini hanya rajin menaikkan political mileage beliau, TSKI dengan pedasnya telah menegur Azmin Ali kerana mementingkan diri sedangkan Selangor sebenarnya berdepan dengan masalah air yang sangat kritikal. Episod mengangkat air dari bawah hingga ke tingkat lima kediaman kini berulang lagi dan lebih menyedihkan ini berlaku di kala umat Islam sedang berpuasa. 

Namun yang paling buat rakyat terkesima adalah apabila Azmin Ali mendahulukan pembinaan projek kandang babi mega daripada menyelesaikan penstrukturan air yang turut mendapat perhatian DYMM Sultan Selangor sendiri apabila Tuanku menitahkan supaya isu ketiadaan air ini tidak boleh dipolitikkan oleh Menteri Besar.

Berapa lamakah lagi rakyat akan terseksa baru Azmin Ali nak betulkan keadaan?Takkan nak tunggu sampai ada darurat dan rakyat mati kot? Dengarnya Selangor turut menjuarai kes denggi paling tinggi di Malaysia. Memang sah-sahlah dia ni MB paling buruk prestasinya dalam sejarah. 

Thursday, 25 June 2015

@tm_insider #CLAIRE BROWN & #SARAWAKREPORT TERKEJUT DENGAN PENANGKAPAN JUSTO? #1MDB @NajibRazak



Beberapa keraguan ditimbulkan bagi membuktikan Xavier Justo adalah 'KAMBING HITAM" yang sebenarnya adalah PEMBERI MAKLUMAT.

Namun, beberapa perkara juga perlu diambil perhatian, terutama selepas Claire Brown, editor The Sarawak Report, sangat kelam-kabut dengan surat terbukanya untuk membela Xavier Justo.

(1) Sarawak Report berkata mereka mempunyai 3 JUTA E-MEL dari PetroSaudi?

Betul atau tidak? 3 juta? Sebesar manakah PetroSaudi dan berapa ramaikah kakitangannya? Bukankah The Sarawak Report sendiri yang menyatakan PetroSaudi hanyalah sebuah syarikat cengkerang yang tiada apa-apa di dalamnya dan tidak dioperasikan, bahkan tdak dimiliki oleh keluarga diraja Saud?

- Daripada 3 juta e-mel ini, berapa banyakkah yang telah disiarkan? Hanya sebahagian kecil. Apa yang berlaku pada baki e-mel tersebut?

- Mengapa tidak disiarkan lebih banyak e-mel bagi membolehkan pembaca memahaminya?

(2) PetroSaudi International menerusi laman sesawang rasmi mereka telah mengesahkan penahanan Justo dan memohon maaf kepada Malaysia.

- Dengan keadaan itu, The Edge yang kerap menuduh bahawa PetroSaudi Syechelles dan 1MDB-PetroSaudi hanyalah syarikat-syarikat 'kosong' yang didaftarkan di Seychelles dan BVI tidak mempunyai kaitan langsung dengan PetroSaudi di Riyadh, adalah PEMBOHONG BESAR. Justeru The Edge seharsnya memohon maaf.

(3) The Sarawak Report menuduh Polis Thailand korupsi dan menipu.

- Tiada sebarang pembaharuan di sini. Sarawak Report akan menggelarkan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka sebagai perasuah. Bagaimanapun, Thailand bukannya berada di Sarawak atau sebaliknya.

(4) Sarawak Report menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Switzerland dan meminta mereka untuk menyiasat PetroSaudi kerana penyelewengan.

- Ketika pendakwaraya memberikan respons yang mereka menyatakan bukti-bukti yang diberikan tidak mencukupi untuk memulakan enkuiri lantas daripada ribuan e-mel yang tidak diterima sebagai bukti, sekarang sudah ada tiga juta e-mel yang memperincikan jenayah di mana PetroSaudi International adalah pelakunya?

- Maksudnya, beberapa ribu e-mel dahulu tidak mencukupi sebagai bukti untuk polis Switzerland memulakan siasatan dan secara tiba-tiba The Sarawak Report ada 3 juta e-mel pula?

(5) The Sarawak Report memberitahu, 'hanya dalam tempoh beberapa hari lepas, Menteri Kewangan Kedua Malaysia secara terbuka memberitahu New York Times, antara lain, Good Star adalah anak syarikat PetroSaudi.' Perkara tersebut disahkan oleh PetroSaudi.

- Niat jahat The Sarawak Report terserlah dalam kenyataan ini. Adakah dengan memindahkan operasi kepada anak syarikat yang dimiliki 100% oleh PetroSaudi dianggap sebagai menyelewengkan wang?

(6) Ini yang paling menarik dan sedang dikembangluaskan serta disebarkan oleh media pro-Pakatan. Eksekutif tersebut telah dibayar RM15 juta untuk meninggalkan syarikat dan menafikan pemerasanugut ke atas syarikat tersebut bagi mendapatkan RM10 juta.

- Menarik! Dibayar RM15 juta untuk meninggalkan syarikat kerana dia 'berkelakuan bertentangan dengan undang-undang dan peraturan syarikat'?

- Pada kebiasaannya, kakitangan yang 'berkelakuan bertentangan dengan peraturan dan undang-undang syarikat' akan dipecat, malahan didakwa, bukannya dibayar jutaan ringgit untuk meninggalkansyarikat.

- Menafikan perbuatan memerasugut? Betul ke? Jadi, mengapa pula PetroSaudi membuat laporan polis di London dan Saudi serta mendapatkan bantuan Interpol untuk memburu individu ini sehinggalah ke Thailand sebelum dapat memberkasnya?

Nampak sangat dunia Claire Brown (dan puak pentohmah/penfitnah dan The Edge) sedang runtuh menimpa mereka sendiri apabila bukti mula muncul untuk menunjukkan mereka sebenarnya adalah penipu dan pembohong besar!

Projek #Langat Terbengkalai,Projek Babi Juga Yang Diteruskan! #air @azminali @teresakok



Nampaknya hari raya tahun ini diserikan dengan hadiah yang tidak dijangka oleh Menteri Besar Selangor kepada rakyat

SYABAS dan Tahniah kepada rakyat Selangor khususnya kepada penduduk Kuala Langat selepas pembinaan ladang babi terbesar di Asia terpaksa dipindahkan daripada Sepang kerana mendapat bantahan penduduk setempat.

Berdasarkan kepada dokumen yang diterima, pelaksanaan Modern Pig Farming yang akan dibina di kawasan Bukit Changgang di atas tanah hak milik seluas 500 ekar telah pun selesai dan diluluskan tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana exco Selangor.


Untuk makluman, majoriti kaum yang tinggal di kawasan Bukit Changgang adalah kaum Melayu yang mana terdapat 3 PDM Melayu iaitu PDM Sungai Lempit, PDM Bukit Changgang dan PDM Labohan Dagang.

Ternyata peminggiran orang Melayu secara halus akan berlaku. Secara tidak langsung sudah pasti orang Melayu di kawasan tersebut akan terkesan dengan bau busuk dan pencemaran air dan alam sekitar yang mendorong mereka untuk keluar dari tanah dan rumah mereka sendiri.

Tengok, betapa liciknya permainan pakatan yang bersetuju tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk setempat. Umpamanya Melayu akan dihalau secara sedikit demi sedikit sehingga Selangor ini jatuh ke tangan orang lain Fikirkan. Renungkan.

Adakah kita hanya mahu berdiam diri?

Projek ladang BABI yang kononnya moden akan diteruskan walaupun ianya mendapat bantahan dan tentangan keras dari kalangan rakyat.

Umum mengetahui bahawa BABI sebenarnya adalah haiwan yang kerap kali disabitkan dengan pelbagai penyakit dan yang paling ditakuti ialah selsema BABI atau JE yang mampu meragut nyawa bagi sesiapa yang di jangkitinya dalam jangka waktu yang singkat.

Bagaimana kerajaan Selangor yang mengatakan slogan 'RAKYAT DIPEDULI' sanggup menggadaikan kesihatan rakyat demi untuk memuaskan nafsu politik mereka?

Apakah ini adalah balasan kepada rakyat Selangor yang memilih Pakatan sebagai kerajaan memerintah negeri? Dan adakah rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam redha dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan terhadap mereka?

Jawapan kepada semua soalan aku tadi ada pada rakyat negeri Selangor sendiri sama ada mahu terus tidak dipeduli atau bangun memberikan pengajaran kepada Azmin dan rakan sekutunya.

Sumber

Tuesday, 23 June 2015

Tahniah! Kumpulan FELDA Bayar RM 23 Juta Zakat Perniagaan Bagi Tahun 2014 @FeldaVoice





Walaupun dihina dan difitnah oleh pihak pembangkang terutamanya Parti Cina Chauvinist DAP, konglomerat Melayu terbesar Malaysia, Kumpulan FELDA telah berjaya membayar zakat perniagaan bagi tahun 2014 sebanyak RM 23 Juta. Pembayaran oleh Kumpulan FELDA ini merupakan antara yang terbesar diterima oleh Lembaga Zakat pada bagi tahun ini (Pembayaran 2014 dilakukan pada Tahun 2015 setelah tahun kewangan tamat)


Kejayaan Kumpulan FELDA sebagai sebuah syarikat konglomerat Melayu terbesar memang menjadi perhatian ramai pihak, terutamanya mereka yang tidak senang dengan kejayaan syarikat serta orang-orang Melayu di negara ini. Umum ketahui akhbar dan portal pembangkang seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malaysiakini dan sebagainya cuba berusaha dengan keras untuk menjatuhkan kredibiliti FELDA di mata orang Melayu.

Malangnya, ada juga orang Melayu yang termakan dengan fitnah yang dicanang oleh puak pembangkang ini. Mungkin ramai yang tidak sedar, portal pembangkang ini dikuasai 100% oleh orang bukan Islam dan matlamat utama mereka adalah memastikan bahawa orang Melayu terus mundur supaya mereka ini boleh terus merasai nikmat kekayaan yang dikecapi negara.

Cuba kita sebagai orang Melayu Islam berfikir sejenak, jika betul apa yang dicanang oleh pihak pembangkang bahawa Kumpulan FELDA ini satu syarikat yang mencatatkan kerugian yang besar, bagaimana pula FELDA boleh membayar zakat sebanyak RM 23 juta? Sudah pasti zakat ini adalah hasil daripada pendapatan FELDA yang lebih dari RM 23 juta tersebut. Akhir sekali wang zakat ini akan digunakan oleh Lembaga Zakat untuk kesejahteraan umat Islam juga.

Besar harapan untuk melihat umat Melayu Islam tidak mudah mempercayai apa yang dikatakan oleh portal pembangkang. Kita sebagai orang Melayu Islam wajar siasat dahulu berita yang disebarkan, dengan melakukan sedikit kajian samada betul atau tidak berita yang dibawa oleh pembangkang ini kerana percayalah tidak ada apa yang akan menggembirakan pembangkang dari melihat Melayu Islam itu berpecah di negara ini.

Sumber

Friday, 19 June 2015

#Anwar Hadiri Mesyuarat Luar Penjara Pagi Khamis? @penjaramalaysia @drwanazizah




Seorang saksi ternampak konvoi kereta Jabatan Penjara muncul di parking tingkat bawah Wisma Maran, Medan Pasar, Lebuh Pasar Besar Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10 pagi.


Sebaik saja pintu masuk ke tingkat bawah ditutup, saksi tersebut nampak Dato Seri Anwar Ibrahim keluar dari kereta.

Saksi yang berada di tingkat itu telah dapat mengambil gambar-gambar mereka.

Menurut saksi, beliau nampak pegawai penjara mengarah pihak polis yang mengiring memberi keselamatan tidak mengikuti Anwar.

Anwar telah dinaikkan melalui lif bomba ke tingkat 8 yang mana ada ada pejabat firma guaman. Pegawai penjara mengawasi supaya tidak ada gambar Anwar diambil.

Dua puloh minit kemudian, anak Anwar dan AP Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba ke Wisma Maran bersama ibunya, AP Permatang Pauh dan ADUN Kajang serta Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah

Saksi memberitahu dia difahamkan satu perbincangan dipercayai diadakan di Tingkat 8 dan perbincangan kes Anwar selesai pada pukul 10.55.

Kemudian dalam pukul 11 pagi, Anwar bertemu ahli keluarga di tempat perbincangan Tingkat 8 Wisma Maran hingga dia pulang ke penjara Sungai Buloh pada pukul 12.15.

Suatu perkara yang pelik untuk Anwar keluar dari penjara Sg Buloh bagi menghadiri perbincangan.

Beberapa persoalan:

1. Adakah pegawai penjara berhak memberi arahan kepada polis di tempat awam?

2. Bila berada di kawasan Dang Wangi adakah pihak penjara lebih berkuasa dari polis?

3. Adakah pegawai penjara telah di "kawtim" untuk iring Anwar untuk keluar hadiri mesyuarat dan perbincangan sesuka hati?

4. Apakah keistimewaan Anwar sehingga boleh berjumpa peguamnya di luar penjara ?


Thursday, 4 June 2015

#MuktamarPAS Kelibat Azmin Ali Sahaja Kelihatan, Wan Azizah Masih Pro-DAP!! @drwanazizah @azminali


Muktamar PAS ke 61 yang sedang diadakan di Kuala Selangor telah jelas mempamerkan keretakan hubungan parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat sedang retak menanti belah. Wakil DAP tidak kelihatan langsung manakala dari parti PKR, seperti dijangka, hanya Azmin Ali sahaja yang mencemar duli melawat PAS dan ini memberi kita beberapa tafsiran tentang tindakan Azmin ini.

Lupakan sahaja Wan Azizah kerana beliau memang bengang dengan PAS yang telah boikot suami beliau semasa Anwar meminta sokongan dalam perbicaraan liwat. Ini membuat beliau terus bersama kepimpinan DAP yang kita pun sudah tahu telah putuskan hubungan dengan PAS. 

Untuk kes Azmin pula, ramai yang muda mudi ini tidak tahu tentang perangai golden boy Anwar Ibrahim ini. Sejak Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mula tubuhkan Parti Keadilan Nasional, Azmin telah pergi menyorok ke luar negara menyelamatkan diri beliau sendiri. Di saat Anwar dan Ezam serta Lokman Adam dihumban ke dalam ISA, Azmin bersenang lenang dan bersantai di luar negara bersama keluarga beliau. Setelah melihat Parti Keadilan mendapat sambutan dan momentum semakin kuat, barulah Azmin pulang ke sisi Anwar.

Di sini kita dapat melihat perangai Menteri Besar Selangor ini yang tidak pernah berjuang dan bersusah payah tapi dapat pegang jawatan besar dengan gaji yang tinggi. Dan kehadiran beliau ke Muktamar PAS kali ini membuktikan PKR masih memerlukan undian untuk Pilihanraya Raya Umum yang mana penyokong PASlah yang selama ini menyumbangkan majoriti undi kepada Pakatan Rakyat. Untuk DAP tak payah cakaplah, mereka itu melayan PAS ibarat habis madu sepah dibuang.

#MuktamarPAS Hentam Portal Jamban The Malaysian Insider Kerana Spin Kenyataan Perwakilan? @nikabduh @tm_insider



Lihat sahajalah headline dari The Malaysian Insider ini yang dishare oleh Dato' Tarmizi Mohd Jam yang jelas menunjukkan portal dari jamban ini sekarang bukannya pro-Pakatan Rakyat tetapi pro-DAP kerana tidak putus-putus memecahbelahkan umat Melayu Islam dengan headline dan isi berita yang tidak benar lagi menghina. Apa salahnya dengan Pantai Timur? Apa orang Pantai Timur ini konservatif dan kolot lagi tidak pandai ke?

Tinjauan di FB page mereka mendapati ahli totok PAS benar-benar marah dengan headline demi headline yang seolah-olah menghina orang Melayu Islam. Agaknya mereka yang bekerja di dalam portal ini sebenarnya diarahkan untuk memberi kemenangan kepada calon-calon yang mesra DAP namun jangkaan mereka agak meleset apabila keputusan awal pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda dilihat dikuasai oleh mereka yang pro-Ulama dan bukan pro-DAP. 




Syukur alhamdulilah orang-orang PAS telah sedar akan buruknya perangai mereka yang berada di dalam portal jamban seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini ini. Dahulu mereka bertepuk sorak apabila kenyataan UMNO dispin dan disalah tafsir. Kini apabila kene batang hidung sendiri, baru nak insaf.

Ketahuilah semua bahawa seperti perangai bangsa Yahudi, golongan DAP ini bertekad untuk menguasai negara (dan dunia) melalui dua cara,iaitu melalui pendidikan dan juga media. Itu pasallah anda dapat lihat liat sungguh mereka nak join sekolah wawasan tapi bising-bising panggil orang lain racist. Dan semua pun tahu siapa pemilik The Malaysian Insider ini yang pernah fitnah Majlis Raja-Raja juga sehingga laporan polis dan saman terpaksa dibuat. Lepas ni tak perlu lagi la bagi support kat media yang dikuasai DAP ini. Alang-alang nak putus hubungan, putuskan semua je!



Wednesday, 3 June 2015

Mahasiswa Anak ‪#‎FELDA‬ Dapat Diskaun 30% Bayaran Pinjaman PTPTN..Beruntung Sungguh Jadi Anak FELDA!



Semua anak FELDA yang mendapat pinjaman PTPTN mulai 1 Januari 2014 (tarikh surat tawaran PTPTN) di universiti terpilih akan menikmati pemotongan diskaun sebanyak 30% daripada jumlah pinjaman yang diterima sepanjang tempoh pengajian sekiranya berjaya menamatkan pengajian...

Pengecualian diskaun ini diberikan kepada anak FELDA merupakan satu inisiatif FELDA dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat peneroka. Sebelum diskaun 30% ini diumumkan, Jemaah Menteri pada 5 September 2012 telah bersetuju menanggung sebahagian daripada kos pengajian anak-anak warga FELDA melalui surat bertarikh 13 Mac 2014 telah bersetuju untuk menanggung 30% daripada keseluruhan pinjaman PTPTN anak Felda yang berjaya menamatkan pengajian...

Banyak betul sumbangan FELDA untuk masyarakat FELDA..bayangkan seorang anak FELDA melanjutkan pengajian di peringkat Diploma meminjam lebih kurang RM 13,000...untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda pula tak kurang RM 20,000..jika dijumlah seorang mahasiswa Anak FELDA telah meminjam sebanyak RM 33,000...dan 30% daripada jumlah itu adalah sebanyak RM 9,900 telah ditanggung oleh FELDA...

Ini pun masih ada lagi pihak tidak bertanggungjawab mengatakan FELDA ini along dan bangkrup...dari dulu lagi kita telah dengar yang FELDA difitnah akan bankrup..masakan sebuah organisasi yang akan bankrup mampu melakukan semua ini khususnya menanggung 30% jumlah pinjaman khas untuk anak FELDA...

Dahulu zaman atuk nenek mereka, Kerajaan buat tanah tanaman kelapa sawit berkelompok untuk diteroka...zaman sekarang FELDA sudah maju..mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia melalui FGVH..kini FELDA buat bandar FELDA..bina rumah generasi kedua..belajar ditaja dan PTPTN ditanggung FELDA sebanyak 30%...

Diharapkan semua warga keturunan FELDA percayalah kepada institusi ini dan jangan sesekali termakan hasutan pembangkang yang hanya mahu memecah belahkan warga peneroka yang tak lain tak bukan hanya bermotifkan politik semata-mata.

Banjir Besar Tahun Lalu Antara Faktor Pendapatan #FGV Terjejas @FeldaVoice



Semalam ketika bercakap di satu majlis taklimat media , Ketua Pegawai Kewangan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Ahmad Tifli Mohd Talha sempat berkata bahawa banjir teruk pada akhir tahun lalu ada impak kepada pendapatan FGV.

Ahmad Tifli dalam sesi taklimat juga turut berkata 50 % dari kesemua ladang FGV terletak di 3 negeri yang terlibat banjir besar.


Sebagai makluman, En Ahmad Tifli juga turut memberitahu volum pengeluaran tandan buah segar telah susut 20% kepada 930,000 tan berbanding tahun lalu yang berjumlah 1.16 juta tan .

Pada sidang media yang sama Ahmad Tifli juga memberi maklum berkenaan harga Minyak Sawit mentah (MSM) telah susut 12% menjadi RM 2,279 satu tan berbanding suku pertama tahun 2014 ia itu RM 2,584 satu tan.

Keuntungan sebelum cukai FELDA Global Ventures (FGV) bagi suku pertama berakhir 31 mac 2015 telah susut 80.9 % menjadi RM 51.17 untuk di banding kan dengan pendapatan tahun sebelum nya ia itu RM 268.01 juta.

Pendapatan kumpulan juga turut merosot sama menjadi RM 2.96 billion berbanding dengan pendapatan tahun lalu RM 3.73.

Untuk perkara ini Ahmad berkata “ Keputusan suku pertama kami terjejas oleh jangkaan pengeluaran rendah tandan buah segar dan kejatuhan harga minyak sawit mentah yang turut menjejaskan syarikat berasaskan perladangan”

Maka jelas sekali ada factor kemanusian yang boleh diperbetul kan untuk menaik kan dan menambahkan pendapatan FGV , tetapi ada factor luar bidang kuasa manusia walau bijak mana pun kerana ia ada lah kuasa Allah seperti kejadian banjir besar yang tiada siapa mampu mengelak kan diri dari nya.

Pemegang saham dan rakyat tentu dapat menerima nya , kerana asal kan bukan isu dan hal penyelewengan kerana mereka juga faham, berniaga bukan selalu nya untung sahaja, ada kala ia merudum atas factor yang bukan dalam kawalan manusia.

P/S: Pendapatan jatuh maka saham terjejas. Pendapatan naik, salah naik. Itu saja ... mudah. Orang tak sekolah tinggi pun boleh faham.

Yang mudah percaya khabar angin dan kaki spin yang tolong sebar fitnah dan pembohongan, ingat tak banjir yang tuhan turunkan sebagai peringatan, dugaan dan pembina kekuatan semangat kepada makhluknya. Terimalah hakikat itu.

#MuktamarPAS :Mat Sabu Benar-Benar Takut Kehilangan 'WANG BESAR' Kalau #DAPigs Putus Dengan PAS!



Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu semakin menunjukkan siapa dia yang sebenar. Dahulu, masa dia tidak ada apa-apa, memang PAS adalah wadahnya. UMNO jadi bahannya. Cerita-cerita seluar dalam, baju dalam dan apa-apa sahaja yang membabitkan 'dalam' adalah zikir dan ratibnya. Dan dia jugalah yang berusaha sedaya upaya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual yang tidak ada pantang larang membalun dan melampiaskan nafsunya.


Dia jugalah orangnya yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai ANWAR AL-JUBURI.

Namun apabila Lim Guan Eng membelanya dan meletakkannya di bawah payroll, lain pula cerita Mat Sabu. Segala idealisme perjuangannya dahulu, hilang entah ke mana. Mat Sabu masih berada di dalam PAS kerana itulah yang dimahukan oleh DAP dan Lim Guan Eng. Tetapi hati dan perasaan Mat Sabu sudah pun berada dalam DAP.

Mat Sabu bergandingan dengan Ahmad Awang, seorang lagi yang menggunakan topeng PAS tetapi sangat terhutang budi dengan DAP.

Siapa yang tidak kenal Ahmad Awang dan hubungannya dengan Ngeh-Nga semasa DAP menguasai Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009.

Beberapa orang pemimpin PAS yang lain telah mendapat tempias dari DAP sepertimana Mat Sabu dan Ahmad Awang. DAP telah membuat pelaburan besar untuk menentukan hala tuju PAS sebagai sebuah komponen DAP yang akan patuh, akur dan sentiasa menurut kehendak DAP, serta pada masa yang sama mengumpulkan undi-undi Melayu untuk DAP atau sebagaimana yang dimahukan oleh DAP seperti yang kita dapat lihat pada PRK Permatang Pauh beberapa minggu lepas.

Serangan bertali arus para pemimpin DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Anthony Loke ke atas Presiden PAS, begitu jelas untuk membawa PAS ke haluan baru dengan menggantikan para pemimpin yang dilabelkan sebagai pro-ulama kepada golongan pro-DAP. Mat Sabu dan Ahmad Awang telah diberikan peranan untuk MENDEWAKAN dan MEMAKSUMKAN DAP sebagai membalas budi yang telah ditaburkan kepada mereka sebelum ini.

Tiada DAP dalam PAS bermakna Ahmad Awang dan Mat Sabu akan kehilangan sumber pendapatan yang sangat besar. Dek kerana itulah, apa-apa cara sekalipun, Mat Sabu dan Ahmad Awang, di samping memperkecil-kecilkan kepimpinan Abdul Hadi Awang, perlu juga mempromosikan DAP sebagai PENYELAMAT PAS daripada kekalahan teruk.

Monday, 1 June 2015

@limkitsiang SERU DEWAN RAKYAT PERLU 1/3 WAKIL #SABAH DAN #SARAWAK, TAPI WAKIL PARLIMEN #DAP, KENAPA 90% CINA?



Lim Kit Siang berusaha keras untuk membantu DAP Sarawak merampas Sarawak daripada pentadbiran Bumiputera. Kononnya bijak, dia cuba buat serampang dua mata. Satu untuk Pilihanraya Negeri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dan satu lagi untuk PRU-14 yang pasti akan lebih sengit berbanding PRU-13 di mana PAS jikalau terus berada di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang, akan menghilangkan kuasa DAP ke atas parti berjenama Islam itu.

Individu yang tidak pernah mengaku bertanggungjawab untuk TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969 itu mengungkit kononnya jumlah kerusi Parlimen sekarang untuk Sabah dan Sarawak tidak menghormati semangat Perjanjian Malaysia. Sepatutnya kata Guan Eng, Sabah dan Sarawak mempunyai 74 kerusi Parlimen di Parlimen Malaysia iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen.

Sabah dan Sarawak sekarang ini memiliki 57 kerusi Parlimen sahaja.

Bagi yang BUTA PERUT dan SINGKAT AKAL, tohmahan dan hasutan yang dibuat oleh Lim Kit Siang itu, pasti akan diterima bulat-bulat. Malah Lim Kit Siang sendiri akan diangkat sebagai PEJUANG MALAYSIA yang tulen!

Suruhanjaya Pilihanraya sedang melakukan PERSEMPADANAN SEMULA di Sarawak. Malangnya, persempadanan semula yang melibatkan 11 kerusi DUN baru - belum pun kerusi Parlimen baru - telah ditentang keras oleh DAP dan PKR. Malahan DAP dan PKR bersegera membawa kes persempadanan semula itu ke mahkamah yang kemudiannya dimenangi oleh mereka.

SPR bagaimanapun menyatakan akan membuat rayuan di peringkat lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan Pakatan menghalang persempadanan semula di beberapa DUN baharu di Sarawak.

Kenapa agaknya Lim Kit Siang tidak menyebut langsung tidak perkara ini? Tentang tentangan mereka bagi persempadanan semula, sekaligus menambahkan kerusi DUN dan Parlimen Sarawak serta Sarawak yang sedang dijalankan oleh SPR? Mengapa pertambahan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen baharu segera ditanggapi oleh DAP-PKR sebagai cara untuk memenangkan Barisan Nasional dan UMNO, padahal Lim Kit Siang sendiri mahukan pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak di Parlimen Malaysia?

Cakap berbolak-balik! Menipu sepanjang masa! Dan belitnya, kalah pemborong yang akan terus menipu untuk mendapatkan bekalan mentah pada harga yang sangat rendah tetapi menjualnya pada harga yang sangat tinggi sambil memberi alasan, kerajaan punya angkara menyebabkan harga barangan meningkat!!!

Lim Kit Siang mempersoalkan jumlah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dalam Dewan Rakyat... kenapa tak persoalkan, BERAPA BANYAK KERUSI UNTUK BUMIPUTERA SABAH SARAWAK dalam DAP? Mengapa wakil-wakilnya semua CINA? Kenapa dalam satu keadaan, DAP dengan penuh bangga menyatakan mereka tidak rasis tetapi dalam mempraktikkannya, jelas sekali DAP adalah BAPA SEGALA RASIS?

Di Sarawak dan Sabah, berapa DUN dan Parlimen yang dikuasai oleh DAP diduduki oleh Bumiputera sedangkan DAP mendabik dada kononnya mereka pelbagai bangsa dan agama? Adakah pelbagai bangsa dan agama itu bermaksud, suku-suku dalam Cina dan agama-agama yang dianuti oleh suku-suku Cina dalam DAP?

#Felda Menang Kes Saman Fitnah! @FeldaVoice #DAP


Syukur Alhamdulillah akhirnya tukang fitnah merangkap pencacai dan pengacau FELDA disaman. 

Itulah nasib yang menimpa Mazlan anak Aliman dan syarikat cari makan Angkatan Edaran Sdn Bhd yang diperintahkan membayar saman RM500,000.00.

Rasa-rasanyalah mampukah musibat-musibat ini bayar denda kepada FELDA?

Gamaknya lah adakah para pencacai mereka akan dikerah kutip derma tin milo dan beg plastik setiap kali ceramah fitnah seluruh negara untuk bayar saman ini?

Atau mungkin DAP selaku tokey dan along besar akan tolong bayar. Sebagai galang ganti Mazlan Aliman perlu melakukan sesuatu untuk merosakkan lagi bangsa Melayu terutamanya para peneroka dan generasi FELDA?

Jawapannya mudah...kalau semakin banyak ceramah fitnah terhadap FELDA, kalau makin banyak demo jalanan hasut generasi FELDA, kalau makin banyak usaha memecahkan masyarakat FELDA oleh puak pembangkang maka yakinlah duit DAP telahpun disalur ke dalam akaun Mazlan Aliman.

Setakat RM500,000.00 apalah sangat berbanding jika undi kepada UMNO-BN boleh jatuh dengan fitnah, dakyah dan tohmah liar puak penghasut.

Untung bela babi berbelas ribu sehari setakat setengah juta hinggit denda saman bagi DAP bagai daging babi lekat celah gigi jer.

DAP bagi duit haram maka kerja-kerjanya mesti yang haram, berdosa di sisi agama dan bersalahan di sisi undang-undang negara.

Lepas ni kita akan lihat lagi satu per satu pemfitnah FELDA disaman. Tak kiralah ko siapa...yang nyanyuk kerepot pun silap-silap pun kena saman dan bertambah sasau nyanyuknya....

Errrr...saman peneroka terhadap FELDA isu Kadar Perahan Gred apa khabar?....Yuran guaman Latipah Koyak, Sivarasa dan N. Surendran makin meningkat sejak 2012 tak settle-settle lagi... 

Peneroka bingai dan anak-anak pencacai tak sabar nak peluk duit berkepuk-kepuk ni.