Saturday, 12 August 2017

MEMBEDAH KISAH SCORPENE BAHAGIAN I:ASET KERAJAAN YANG CUBA DIJADIKAN SINETRON DONGENG TERHEBAT PEMBANGKANG MALAYSIA



Rakyat negara kita yang makmur ini kebiasaannya mempunyai masa senggang yang berlebihan, lantas masa ini selalunya diisi dengan pelbagai jenis aktiviti antaranya membaca dan menggarap novel. Bagi rakyat yang pernah membaca buku The Hunt For Red October, karya Tom Clancy yang menjadi antara karya teragung beliau mengisahkan tentang peperangan kapal selam antara Russia dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia tidak kurangnya juga apabila kita turut terkena 'tempias' legenda kapal selam apabila pembelian dan pemilikan aset ketenteraan kapal selam pertama negara cuba dijadikan 'wayang' atau 'kisah dongeng' terhebat oleh pembangkang di Malaysia.

Kisah ini mula dipolitikkan pada 2010 oleh satu entiti yang menggelarkan diri mereka SUARAM yang dipercayai menjadi suara kepada pembangkang di Malaysia. Menurut SUARAM, sebuah firma yang menjual aset ketenteraan laut bernama DCNS telah membayar sejumlah RM452 juta kepada pegawai Malaysia untuk membeli dua buah kapal selam berharga RM4.2 billion.Kisah dongeng ini dihangatkan lagi dengan isu pembunuhan tragik seorang model yang bernama Altantuya Shaariibuu yang dikatakan terlibat dalam pembelian tersebut dan mengugut pegawai Malaysia untuk membayar USD500,000 sebagai upah atas perkhidmatan beliau.

Seakan novel Hollywood yang terpalit dengan skandal rasuah,penipuan, seks dan pembunuhan, Scorpene yang tidak bersalah ini menjadi modal politik murahan oleh pembangkang Malaysia yang rakus mencari fitnah untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

Pada April 2013, media dari Perancis dan juga Sepanyol mengeluarkan beberapa laporan yang menyatakan mereka agak keliru dengan obsesi SUARAM dengan pembelian Scorpene sebagai salah satu aset tentera Malaysia, sehinggakan ada satu laporan yang menyatakan SUARAM telah merasuah sistem pengadilan Perancis hanya untuk mensensasikan isu Scorpene ini.

Pada tahun yang sama pembangkang yang menyorok di belakang SUARAM telah melancarkan kutipan malam amal yang mana salah seorang pemimpinnya Cynthia ... telah dipetik berkata bahawa satu sapina sedang dalam perjalanan dari Perancis ke negara kita dan ditujukan kepada Jasbir Singh Chahl, individu yang mengetuai pembelian tersebut.Anehnya, sapina yang on the way to Malaysia seperti yang difitnah oleh Cynthia masih belum kunjung tiba walaupun sudah 4 tahun diumumkan!

Menyentuh tentang Jasbir,sebuah portal arus perdana Malaysia telah berpeluang untuk menemuramah beliau dan menanyakan beberapa soalan panas untuk menangkis segalah tuduhan palsu yang dilemparkan oleh SUARAM dan pembangkang Malaysia.Sewaktu ditemuramah, Jasbir telah bersumpah dengan kitab suci masyarakat Singh iaitu Guru Granth Sahib bahawa beliau sama sekali tidak pernah kenal maupun berjumpa dengan Altantuya Shaariibu walaupun di Perancis semasa pembelian dan diskusi itu dijalankan,sekaligus mematikan hujah bahawa wanita itu terlibat dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Tindakan beliau bersumpah dengan kitab suci ini mengingatkan kita semua kepada seorang lagi individu yang diperalat oleh pembangkang untuk menjual kisah Altantuya dan Scorpene iaitu PI Bala.Mendiang Bala adalah seorang penyiasat persendirian yang dikatakan telah menyiasat serta berjumpa dengan Altantuya sebelum wanita itu dibunuh.

Bala telah meninggalkan Malaysia dan dibawa pulang oleh Wan Azizah dan Tian Chua untuk berkempen pada PRU13. Sekembalinya Bala ke Malaysia, beliau telah disambut sebagai seorang hero di KLIA dan seraya itu beliau turut dirakam bersumpah dengan kitab suci Bhagavad Gita bahawa Altantuya memang terlibat dengan pembelian Scorpene dan DS Rosmahlah yang telah membunuh Altantuya kerana cemburu. Tidak lama selepas bersumpah, PI Bala telah diserang penyakit jantung dan telah meninggal dunia sebelum sempat beliau diusung untuk berkempen.

Kematian Bala langsung tidak dibela malah mereka cuba untuk menuduh kerajaan telah membunuh Bala sedangkan tiada bukti langsung yang dijumpai yang mengatakan Bala telah dibunuh.Ini lantas mengingatkan semua kepada sumpah yang telah dilafazkan Bala di KLIA sebelum ini.Jika Jasbir yang telah bersumpah sebelum ini masih lagi sihat walafiat pada 2017,bukankah ini jelas memperlihatkan kebenaran bahawa Jasbir memang tidak pernah menipu?

Menurut kenyataan Razak Baginda di mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada 2004 sedangkan pembelian Scorpene selesai pada tahun 2002.
Satu hujah yang tidak boleh dibuktikan oleh pembangkang adalah tuduhan bahawa Altantuya telah menjadi penterjemah kepada pegawai Malaysia semasa menguruskan pembelian Scorpene pada tahun 2000 hingga 2002.Peliknya, semua dokumen dan laporan rasmi yang telah dikeluarkan oleh polis dan penyiasat Perancis tidak menemukan atau melaporkan sebarang penglibatan penterjemah yang bernama Altantuya.Malah, wanita itu tidak pernah direkodkan memasuki Perancis sepanjang tahun 1999 sehingga kematiannya pada 2006.Kesemua mesyuarat dan perbincangan telah diadakan di Malaysia dan juga di Perancis dan semua pertemuan tidak memerlukan sebarang penterjemah kerana medium yang digunakan adalah Bahasa Inggeris.Dan fakta ini telah disahkan sendiri oleh polis dan penyiasat Perancis.

Bukan itu sahaja, firma yang bertanggungjawab dalam penjualan Scorpene turut menegaskan kesemua urusan pembelian aset-aset militari mereka dengan mana-mana negara di seluruh dunia dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan tidak memerlukan sebarang khidmat penterjemah kerana ianya diketuai oleh seorang rakyat British yang bernama Martin Hill.

Firma tersebut turut menyatakan kehairanan mereka dengan dakwaan daripada blog-blog murahan pembangkang yang berulangkali menulis bahawa Altantuya adalah penterjemah dan orang tengah dalam pembelian Scorpene.

Bukan itu sahaja, malah rakyat dan media seluruh dunia mentertawakan rakyat negara kita yang mempercayai gambar yang telah diedit menggunakan Photoshop oleh pemimpin PKR iaitu Tian Chua. Imej palsu itu menunjukkan DS Najib Razak, Razak Baginda dan Altantuya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran mewah di Perancis.

Razak Baginda semasa dibicarakan telah mengakui bahawa apa yang berlaku antara Altantuya dan beliau adalah masalah peribadi dan tiada kena mengena langsung dengan pembelian dan pengurusan Scorpene. Malah jika dilihat kepada 'timeline' pembelian Scorpene ini ianya bermula pada 1995 dan berakhir pada 2002 semasa Tun Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan Malaysia bersama-sama Anwar Ibrahim.

Scorpene menjadi mangsa keadaan kerana kebetulan urusan pembelian dan juga kehadiran Altantuya disumbatkan sekali untuk menyedapkan cerita dongeng Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment