Sunday, 13 August 2017

SCORPENE BAHAGIAN II:ASET TLDM YANG DIAUDIT SEPENUHNYA



Satu perkataan yang sering meniti di bibir para peminat teori konspirasi berkenaan Scorpene sudah pastilah terma "komisyen".Ramai yang mengaitkan wang sebanyak 115 juta Euro atau RM452 juta ringgit yang dibayar kepada syarikat yang menguruskan logistik dan latihan Scorpene itu iaitu Perimekar Sdn Bhd sebagai satu bentuk komisyen sedangkan menurut Jasbir, wang tersebut sebenarnya adalah yuran pengurusan dan servis.

Beliau mengakui dongeng ringkas yang dikarang oleh Pakatan Rakyat yang mengaitkan wang pengurusan Scorpene sebagai komisyen sudah cukup untuk memberi persepsi bahawa pembelian ini tidak berintegriti dan hanya bertujuan untuk memenuhkan poket beberapa individu di dalam urusan pembelian ini. 

Bagi yang tidak pernah mendengar nama Perimekar ini, syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh firma yang diaudit setelusnya iaitu KS Ombak Laut Sdn Bhd, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Boustead.Ini bermaksud Perimekar Sdn Bhd turut diaudit sepenuhnya maka sebarang keraguan atau penipuan dapat dikesan tanpa was-was.

Yuran yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd meliputi pengurusan dan integrasi projek Scorpene, koordinasi serta penglibatan beberapa syarikat dari Malaysia untuk turut sama menyertai dan meneliti setiap proses Scorpene, dari pembinaan sehinggalah latihan kepada tentera TLDM untuk menggunapakai dan baik pulih kapal selam tersebut. Semua proses ini haruslah didokumentasi dan menepati piawaian dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Pecahan terbanyak daripada yuran tersebut adalah pengurusan untuk membawa dan melatih tentera TLDM dan keluarga mereka ke Brest, Perancis dan Sepanyol untuk tempoh masa 6 tahun, dan ini termasuklah insurans nyawa dan kesihatan yang mana caj minimum adalah 50 euro setiap seorang.Kos yang lain adalah penerbangan pulang balik ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun yang melibatkan 145 tentera TLDM, termasuk 49 pegawai dan waris.

Rakyat yang tidak terlibat akan melihat sejumlah wang itu akan masuk ke poket beberapa individu namun sebenarnya yuran yang diterima itu adalah untuk menguruskan kawal selia dan kebajikan tentera serta pegawai terlibat,latihan untuk mengendali dan membaik pulih Scorpene serta urusan lain yang diaudit sepenuhnya.

Tiada apa yang disembunyikan oleh Perimekar kerana setelah cukai, syarikat itu mencatatkan keuntungan sekitar RM105 juta yang dimanfaatkan kembali kepada LTAT dan Boustead. Kemampuan Perimekar untuk menguruskan pembelian dan penyelenggaraan Scorpene sememangnya tidak dapat disangkal lagi dan mereka tidak perlu untuk melobi atau merasuah sesiapa untuk menjayakan projek ini.

Sebagai sebuah negara yang menuju sebuah negara maju, Scorpene adalah kapal selam yang tidak menggunakan kuasa nuklear yang terbaik yang boleh dimiliki oleh mana-mana negara.Ianya juga adalah satu permulaan yang baik untuk negara kita berjinak-jinak dalam aset ketenteraan laut dalam,setanding kuasa-kuasa besar dunia.

No comments:

Post a Comment