Thursday, 12 October 2017

Pendapatan Isi Rumah Malaysia:Pulau Pinang Makin Gagal


Dari segi purata pendapatan isi rumah bulanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ni, Pulau Pinang tertinggal jauh di belakang negeri-negeri lain yang bersaing bersama-samanya.

Tahun 2009, pendapatan isi rumah Pulau Pinang lebih dari purata negara iaitu sebanyak RM4,407 sebulan – tak jauh dari Selangor RM5,962 dan Kuala Lumpur RM5,488. Ketiga-tiga negeri ini melebihi jumlah purata negara.

TAPI, untuk tahun 2016, purata pendapatan isi rumah Pulau Pinang hanya pada RM6,771 - jatuh jauh di belakang Selangor (RM9,463) dan KL (RM11,692 sebulan).

Yang teruknya, pendapatan isi rumah Pulau Pinang untuk 2016 dah menurun kurang daripada jumlah purata kebangsaan dan dikalahkan oleh negeri Johor dan Melaka yang berkembang pesat.

Dengan rasminya... pendapatan isi rumah Pulau Pinang kini di bawah purata negara!

Oleh kerana purata pendapatan isi rumah untuk keseluruhan Malaysia untuk 2016 ialah RM6,958, Kuala Lumpur dan Selangor melebihi pendapatan purata.



Pada tahun 2009, isi rumah di Kuala Lumpur adalah RM1,081(sebulan) lebih daripada Pulau Pinang. Untuk tahun 2016, KL meningkat kepada RM4,921 sebulan.

Juga pada tahun 2009, Johor adalah RM3,835, Melaka adalah RM4,184 – dua-dua di belakang Pulau Pinang bernilai RM4,407 sebulan.

Menjelang 2016, Johor (RM6,928) dan Melaka (RM6,849) telah mengatasi Pulau Pinang (RM6,771).
Tapi DAP kata nak ambil alih Johor dan bangunkan Johor....??

Negeri Pulau Pinang yang penuh dengan macam-macam syarikat, projek sana sini dan ada pelabuhan sendiri, tapi pendapatan isi rumah rendah...?

Dalam masa 7 TAHUN buat projek macam-macam tapi akhirnya Pulau Pinang jatuh bawah purata negara dan dikalahkan oleh negeri Johor... tapi ada hati nak bangunkan negeri Johor.

No comments:

Post a Comment